Hi, nama aku brother, aku nak share pengalaman aku sebagai pemandu P hailing. Aku join 2 company.
Sebenarnya aku join industry gig ni sebab terpengaruh dengan kawan-kawan aku yang mana mereka meletakkan industry gig ni ialah 1 pekerjaan yang sangat perfect ; dengan bayaran yang lumayan serta waktu kerja yang flexible.
Sebelum aku join industry ni, aku ada kerja tetap yang pada aku dah okay, aku mampu selesakan anak isteri aku dan juga bayar komitmen bulanan.
Tetapi, sebab terpengaruh dengan mereka, aku join industry gig ni. Sebab lain aku menceburi industry ini ialah isteri aku baru bersalinkan anak sulung kami, maka kerjaya aku sebelum ni tak sesuai untukku teruskan.
Untuk pengetahuan, kerjayaku sebelum ini memerlukan aku untuk bekerja 24 jam shift. So, dengan isteri yang baru bersalin, anak masih kecil, sangat susah untuk aku teruskan kerjaya tersebut.
Mula-mula aku akan share dulu kebaikan industry ni. Pertama, industry gig ni bagi aku masa kerja yang sangat flexible, kalau anak aku sakit, atau isteri aku sakit, aku boleh cuti tanpa perlu minta kelulusan boss.
Kalau hari hujan, atau aku malas nak kerja pada hari tu, aku boleh ponteng sesuka hati aku. Kalau aku ada urusan bank, atau urusan peribadi yang lain, aku boleh pergi uruskan dengan senang hati tanpa perlu dapatkan kelulusan dari sesiapa.
Kalau seharian aku dah penat, aku boleh balik awal. Boleh ambil anak dari taska, sediakan makanan dan minuman untuk isteri aku, kemas rumah, basuh baju, dan sebagainya.
Yang kedua, kadangkala aku ada dapat job yang perlu hantar jauh, 1 trip kadang-kadang boleh dapat hampir RM100. Maka pada hari itu, aku boleh capai target harian dengan cepat.
Kebanyakan customer juga baik hati, mereka suka bagi tips especially semasa waktu hujan, alhamdulillah tips aku meriah. Secara tak langsung juga, aku dapat hafal jalan-jalan sekitar KL dan Selangor tanpa perlu bantuan Waze atau Google Maps.
Aku juga sangat seronok bekerja sebagai rider ni sebab boleh jalan-jalan tengok tempat orang walaupun hanyalah sekitar KL dan Selangor. Okay cukuplah kebaikan yang aku ceritakan.
Sekarang aku share keburukannya pula. Pertamanya, Syarikat industry ni sangat-sangat mendengar cakap customer walaupun customer tu yang salah.
Pada mereka, customer sangatlah penting, rider tak penting, sebab 1 rider berhenti, beratus lagi yang akan join. Aku pernah kena dimana aku tak boleh ambil order customer ni kerana terlampau banyak dan barangnya fragile.
Aku hanyalah penunggang motor, jadi, risiko untuk barang itu rosak amat tinggi. Maka aku meminta customer itu untuk membatalkan order tersebut.
Didepan aku dia tersenyum dan meminta maaf, tetapi dibelakang aku dia complain kepada company, dan aku kena suspend lebih 2 minggu tak boleh jalan job. Duit yang dah masuk dalam wallet aku pun tak dapat nak cash out lebih sebulan hanya kerana kes ini.
Company tak pun call aku atau siasat punca sebenar, tetapi dengan suka hatinya mereka suspend akaun aku begitu saja.
Yang kedua, kalau aku tak pergi jalankan job, gaji aku untuk hari tu tiada. Kalau aku sakit, motor rosak, anak isteri sakit, aku tak boleh jalan job, maka tiada gaji untuk hari tu.
Haritu aku accident, motor aku masuk bengkel lebih 2 minggu, maka lebih 2 minggu juga la aku tak dapat kerja.
Kalau rezeki aku dapat jalankan job, kebelakangan ini fare kepada rider sangat rendah daripada based rate RM5, sekarang dikurangkan kepada RM4 lebih Sahaja.
Baru ni, Malaysia digemparkan dengan owner company hailing ni menyokong Isr**l, maka rakyat Malaysia memilih untuk memboikot sama company ini.
Maka aku pun kurang job, pernah sehari aku keluar kerja, hanya RM20 sahaja aku dapat yang pada target harian sepatutnya RM150. Aku pernah tukar dari P Hailing motor ke kereta, langsung tiada job sangkut.
Maka pendapatanku juga berkurangan. Pada awalnya aku fikir boleh menyimpan duit harian, tetapi itu hanyalah dusta belaka.
Bila masuk je duit, mesti ada jua benda yang perlu ku bayar. Aku tak mampu untuk menyimpan.
Ibaratnya aku kerja dalam industry ni hanya memperoleh penat. Setelah aku kira-kira, pendapatan ku sebulan tak lebih dari RM1,200.
Yang mana sangat sedikit jika nak dibandingkan dengan kerjaya aku sebelum ni. Gaji minimum Malaysia pun dah RM1,500.
Sangat sedih. Setahun isteri aku bagi aku peluang untuk menceburi industry ini.
Maka aku surrender. Aku jadi sangat sedih dengan apa yang telah berlaku.
Tetapi isteri aku tak pernah menyalahkan aku, dia selalu berkata yang ini ujian untuk kami. Tahun ni, isteri aku suruh aku cari kerja tetap yang lain.
Sebagai suami yang baik, aku menerima cadangannya. Dan alhamdulillah, aku juga sudah dapat pekerjaan tetap yang setimpal dengan kerjaya lama aku.
Selama setahun juga semua komitmen kami sangkut. Isteri aku yang gunakan duitnya untuk melangsaikan semua komitmen kami.
Kadangkala ada komitmen yang dapat dibayar mengikut due date, kadangkala terpaksa ditunggakkan dahulu. Isteri aku sanggup tak membeli barang-barang peribadinya sendiri, demi untuk menjaga komitmen kami.
Isteri aku sanggup tak ada baju raya, tetapi tetap menempah baju untuk aku dan anak. Ya Allah, kau kekalkanlah rumahtanggaku ini, sesungguhnya isteri aku ni isteri yang solehah.
– Brotherhood (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kesiannya dengan gaji rendah tu macam mana nak survive hidup dekat kl selangor saya yang bujang gaji 2k lbh pon penat fikir nak hidup😭