Gigiku yg jarang
Aku punya gigi teratur semuanya kecuali dibahagian hadapan. Dua gigi kapak bahagian atas kedudukannya jarang antara satu sama lain. Bila aku sengih, memang nampak sekali gusi aku ni. Dari kecil lagi aku dikutuk rakan-rakan gaa-gara gigi aku yg jarang.
Nak pakai braces, mahal benar harga dan kos nya. Aku yg berasal dari keluarga yg sederhana tak mampu untuk beri aku duit semata-mata braces. Jadi mak suruh belajar tinggi-tinggi, katanya di universiti nanti, boleh buat free. Aku ni percaya mak aku. Akhirnya dah masuk uia, xboleh jugak dapat pakai braces. Hingga abis study, aku masih xpunya duit utk rapatkan gigiku yg jarang ini.
Nak cari kerja pun susah. Kata majikan cina, orang yg bergigi jarang ini datangkan bad luck. Aku pun xpasti. Tapi gara-gara gigi yang jarang, kalau aku senyum pn xakan nampak cantik apatah lagi dgn gusi sekali terdedah. Aku dari kecil sgt rendah diri tentang ini. Mujur aku ada bf yg menerima aku seadanya.
Kini aku telah bekerja, memang aku mampu utk pakai braces, tapi aku sedari, gigi aku ini tidak memudaratkan kesihatan aku, cuma ia kelihatan kurang cantik. Namun itu bagi aku. Tetapi bagi bf aku, katanya tak perlu nak ubah pape, akak tempat sekerja juga kata, kadangkala kita rasa sesuatu yg kita ada itu adalah sgt hodoh, sebenarnya ia adalah penarik buat diri awk. Sesuatu yg org lain tiada. Unik.
Walaupun aku pernah ada ex bf yg tinggalkan aku kerana aku xckup cantik disebabkan gigi ini, rakan sekerja yg memujuk aku utk memakai braces. Then one day aku realize something. Aku lihat rakan aku yg dahulunya ada pipi pau, gigi berlapis yg sgt manis, segalanya tiada bila dia pakai braces. Kecantikan semulajadi kini telah tiada.
Aku lihat banyak model2 oversea yg ada gigi jarang/gap teeth. Mereka ini dianggap unik dan mereka diberi bayaran yg tinggi. Malahan ada juga bagi sesetengah kaum, seseorang yg mempunyai gigi jarang dianggap mendatangkan tuah.
Aku teringin juga senyum lebar tanpa malu menunjukkan gigi aku. Rendah diri melihatkan adik beradik aku yg punya gigi yabg tersusun dan xsejarang aku, jika mereka sengih pun, takkan nampak gusi. Namun, aku juga rasa, aku xmahu mengubah kejadian Allah. Sesungguhnya ada hikmah-Nya gigi aku sebegini. Aku dapat lihat org yg sukakan aku sebab diri aku, bukannya kerana rupa paras aku.
– Senyum tapi malu