Gila kah saya?

Assalamualaikum. Pertamanya terima kasih admin yang sudi approve.
.
saya ni sekarang diri rasa macam mayat hidup. hidup takde arah tuju. rasa malas nak solat. saya tau dosa pahala. tapi macam confessor sebelum ni, saya rasa macam tu. daripada dulunya diri ni boleh kata baik la jugak, tapi sekarang macam makin teruk. Dalam kuliah tak boleh fokus. Time nak solat memang akan rasa malas sangat. rasa macam, lantaklah apa nak jadi. awal tahun dulu pernah kena gangguan. Dah pergi dekat darussyifa',rasa macam takde efek apa. ada masa, rasa takde mood nak buat semua benda. .
.
lepas tu, selalu sakit-sakit. demam , batuk , migrain jangan cakap, memang selalu. lepas tu sakit tengkuk, sakit belakang, sakit kaki dan macam -macam jugak sakitnya. sampai satu tahap, pergi jumpa doktor, doktor cakap demam biasa, suhu tak panas sangat katanya, tapi saya rasa bahang sangat badan. rasa pinggang, tulang belakang sakit sangat. malam-malam ada gak mimpi macam mimpi ular, jatuh daripada bangunan la,macam-macam. ada masa, saya rasa macam tak dapat nak kawal diri. Selalunya bila waktu solat, memang rasa nak solat tu ada, tapi selalu rasa macam malaslah.malas nak mengaji, malas nak study. sampai tahap, bila waktu solat memang saya akan paksa diri, dan macam lawan jugak perasaan taknak solat tu. memang selalu nangis jugak sebab bila nak buat kebaikan, tapi rasa macam berat sangat.rasa malas. solat tak cukup, subuh bangun lewat, banyak tidur daripada buat assignment. Dalam kuliah pun, pernah tetiba rasa sangat takde mood nak study,rasa macam ada benda lain yang kawal diri ni, yang duk suruh buat jahat semua tu. saya tahu tu bisikan syaitan, tapi saya tak dapat nak halang diri daripada buat semua tu. dekat mahallah pun kadang-kadang rasa benda tu ada dekat dengan saya.
.
.
ya, saya tahu saya teruk. saya dah rasa putus asa dalam hidup. bila orang tanya nak jadi apa, saya tak tahu. walaupun mak ayah saya memang letak harapan yang tinggi pada saya, tapi saya tak tahu kenapa jadi macam ni. kawan saya kata mungkin kafarah dosa. Saya hafal quran, jaga ikhtilat, jaga aurat. memang dulu saya boleh mengaku yang saya sangat menjaga syariat. tapi sekarang, saya akui saya teruk. sebab tu saya kata saya macam mayat hidup dekat kampus. family saya pun tak tau saya macam ni dekat sini. Saya rasa takut, pada masa yang sama rasa bercampur baur. setakat ni dah dua tiga kali cederakan diri sendiri, calarkan tangan guna kaca. saya nampak apa yang saya buat tu tapi saya tak rasa apa-apa dan saya tak fikir apa-apa..
.
.
saya buat solat taubat, saya buat solat hajat..saya baca jugak mathurat dan manzil,tapi lepas tu kejadian sama berulang. saya rasa empty. saya rasa letih sangat. rasa macam nak mati je. sebab letih selalu sakit, letih dah cederakan diri macam tu. pernah jugak tak sedarkan diri. Emosi pun tak stabil.
saya rasa sangat tak berguna sekarang.
.
.
gilakah saya?

– Mir

CREATE A POST