Gold Digger

Assalamualaikum semua.

Aku alumni iium. Aku nak buat luahan perasaan sikit. Pasal perempuan-perempuan gold digger yg sangat annoying.

Masa aku mula-mula kenal suami aku, dia ni biasa2 je. Tak hensem pun, tak berharta, anak orang susah, motor pun tak mampu nak beli dan hari2 gi kelas jalan kaki. Pendek kata tak apa yg istimewa. Dan tak ada sister yg pandang dia sebab dia ni sangat lah loser. Tak hensem, tak kaya, dan bukan top student.

Aku start kawan dgn suami aku lepas handle satu program kat uia. Masa tu, aku ikhlas kawan dgn dia. Sebab bagi aku dia baik dan rajin. Aku pun bukan lawa sangat nak kawan dengan lelaki yg hot.

Masa aku kawan dgn dia, dia dah start buat bisnes sikit2. Jual nasik, roti, keropok, air mineral, baju, beg, buku,macam-macam lah yg dia jual. Aku pun support setakat yg termampu dari sudut duit utk rolling modal dan tenaga tolong dia jual barang2.

Masa tu tak dak pun mana2 sister yg approach atau berkenan kat suami aku. Ye lah, muka tak hensem, miskin, pastu nampak mcm kesian sangat jual barang dari bilik ke bilik. Dah macam nepal yg jual karpet pun ada.. Hahaha..

Dari hasil bisnes tu, dia kumpul sikit2 dan kami pun kawin lepas grad. Dan lepas kahwin, rezeki kami murah sangat2. Bisnes berkembang, boleh bukak kedai, aku pun dapat keja tetap. Dlm masa 2 tahun kami kawin, bisnes suami aku maju sangat, sampai satu tahap, average pendapatan dia lebih daripada 20k sebulan.

Suami aku pun start pakai kete mewah. Pindah rumah besar, belikan aku barang kemas, hantar parents dia gi mekah, lifestyle kami berubah. Maksudnya, suami aku tak kisah keluarkan duit utk keselesaan keluarga.

Dan masa ni lah, muncul perempuan-perempuan cantik, lawa dan ayu cuba approach suami aku. Aku tak tahulah dia minat suami aku ataupun duit dia.

Perempuan-perempuan ni bukan sebarangan perempuan ye. Ada student uia, ada student ipt lain, ada junior satu sekolah dgn suami aku, ada jugak customer suami aku. Tapi diorang ni ada satu persamaan. Diorang semua cantik-cantik.

Aku menyampah sangat dengan perempuan2 macam ni. Kalau betul lah kau suka kat laki aku, kenapa tak approach dia masa dia miskin dulu? Time dah kaya ni lah baru kau terhegeh2 nak msg, whatsapp, atau call laki aku. Nampak sangat kau tu seorang gold digger.

Yang tak tahan nya, laki aku dah ada bini. Kalaupun desperate sangat nak cari suami kaya, tolonglah cari lelaki bujang. Walaupun aku tak secantik perempuan-perempuan gold digger tu, tapi aku lagi high class sebab aku bangunkan kekayaan dgn suami aku. Bukan terhegeh-hegeh nak menumpang kekayaan orang.

Dan perempuan2 gold digger ni nampak murahan sangat walaupun muka korang cantik. Hahahahaha.

Ohye, lupa nak cakap, suami aku pun rasa meluat dgn msg2 manja perempuan ni. Silap orang lah kau nak mengayat. Suami aku waras lagi daripada terjebak dengan perempuan2 spesis ni.

So aku nak pesan sikit kat sister-sister semua,
tolonglah tinggikan darjat anda sebagai seorang wanita. Jangan la jadi gold digger. Nampak murah benar nilai diri tu. Nak hidup senang? Usaha lah. Apa la kesian sangat jadi gold digger ni..

– Bini orang

CREATE A POST