good news everyone
assalamualaikum hai semua,
haa, korang ingat lagi tak yang pasal sha confess dulu tajuk dia 'i'm the worst person". kali ni sha nak share apa yang sha dapat lepas tu.
first, sha nak ucap terima kasih sangat2 kat korang sebab sudi bagi nasihat kat sha. thanks atas doa kalian. walaupun ramai yang bagi solusi suruh sha kawin la apa la. ekceli sha bengang bila korang suruh sha "kawin je la, pastu settle masalah". tapi kan korang, satu je sha nak cakap. kawin ni bukan the main solution. dia bukan macam magik tau. memamg senangla korang cakap. tapi ingat senang ke nak kawin, dahla takde org nak kat sha. ok, tetibe lari topik. abaikan.
tapi just one things, nasihat sha, kalau korang jumpa org yg tgh hadapi masalah macam sha, please jangan cakap macam tu kat dia. serius itu tak membantu lansung. melainkan kalau dia betul2 dah sedia.
second, sha nak ucap ribuan terima kasih yang sudi volunteer nak tolong sha. yang suruh pm, thanks a lot. Moga Allah balas jasa anda. sha ada la contact beberapa orang yg volunteer tu. dia ad bagi tips nak berubah. sha kongsi kat sini sebab sha yakin ramai lagi yang macam sha kat luar sana.
1) jaga solat. solat yang sempurna bermula dari wuduk yang sempurna. please jangan pernah ambik mudah pasal ni.
2) jaga pemakanan kita, jauhi makanan syubhah. haram lagi la kan. makanan boikot cuba elakkan.
3) jaga pertuturan kita. jangan amalkan cakap pasal org lain ataupun cakap benda2 kesat.
4) sibukkan diri dengan aktiviti lain. lebihkan masa dengan orang sekeliling. family ke kawan2 ke.
5) lazimkan diri baca al quran. quran ni kan. sha pernah prof muhaya bagitau, dia bagi kes kalau orang nak berhenti merokok. dia cakap kalau yang susah sangat nak berhenti merokok. cuba baca al quran banyak2. makin rasa nak merokok, makin banyak korang kena baca. inshaALLAH lepas tu kita dh tak addicted dah.
6) kalau boleh stop slow2 tengok cerita korea bagai tu. ramai jugak yang komen haritu cakap korea ad porn eh?. ala aku tengok running man je. superman je. ok, sha minta maaf, ni just my opinion. korea ni sha lebih maksudkan movie yang cinta cintun tu. bagi sha benda tu lebih banyak mudharat dari maslahat dia. dan ofkos mesti ad part2 yang tak senonoh. korang yang boleh tahan nafsu, kuat iman boleh la tahan. salute ar korang. tapi ingat, syaitan tu sentiasa ad dengan kita. so, hati2. jangan confident sangat.
7) lazimi taubat. ingat pintu taubat tak pernah tertutup. selagi dunia tak kiamat. ingat, Allah sentiasa ada untuk kita.
so, kalau korang ad apa2 masalah sekalipun. mengadu la dekat dia. mesti korang rasa tenang punya lepas tu.
8) solat hajat dan doa. jangan miss yang ni. supaya kita ditetapkan hati di jalan yang benar.
haa, itu je kut yang sha nak share, sorry for the long post. semoga ia berguna bagi yang memerlukan. sekali lagi. jutaan ribuan terima kasih yang mendoakan sha. kini hidupku lebih tenang, lebih positive.cewaahhh. bagi yang baru nak berubah. jangang tangguh2 tau. nanti menyesal kan. kalau nak share, share je la. moga pahala kita semua mengalir.jom sama2 berubah. dunia ni dah tak lama.uhukss.
last but not least, satu lagi sha nak request, doakan sha dapat suami yang terbaik untuk sha nanti. inshaALLAH, doa korang makbul.amin…hehehe
maafkan sha kalau sha silap cakap ke apa. ok lah. bye…
– sha