Salam semua.Saya grad final semester dengan result 2.5.Sedih sebab aku nih dahla takde soft skill.jarang join program program.
Aku risau takda sape nak ambik aku kerja.aku dah pulun tapi result tu je yang aku dapat.takda fail / repeat tapi pointer yang sangat rendah.aku takda keyakinan nak mohon kerja dengan pointer rendah macamni.
Dalam hati aku menyesal sangat sebab tak belajar betul betul.tapi semuanya dah tak guna.Korang please bagi semangat .aku down sangat.sebab sedara Mara adik beradik aku dah mula Tanya bila nak mula kerja.huhu.Aku konvo bulan 11 nih.
Korang kalau taw Ada kerja Kermanshah Kosong macam guru Ganti sekolah rendah ke whatever kerjaa,boleh tak korang share..aku orang Selangor.korang jangan jadi macam aku.aku main main tak bersungguh masa belajar.
– Cik kuntum
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Grade tggi ke rendah ke x mnjamin pon dpt kje bgos…byk company tengok pada experience je….yg penting communication skills kena improve…
please la…rezeki bukan pointer yg bg bukan mak bapak yg bagi bukan kerajaan yg bagi…Allah yg bagi…aq pointer lg bawah dr ko and rezeki tuhan bg aq dpt keje…start dr bawah slow2 kayuh…usaha dan tawakal…usaha tu yg penting…usaha dan insyaAllah ade rezeki…
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
2.5 dh ckup tggi dh tu
Then ikhtiar cara lain..ape kate awk create sndr career yg awk minat.. dan stp hari bce surah Dhuha dan solat dhuha..lpas solat fardhu bce ayt 1000 dinar..in sha ALLAH..murah rezeki
Jom belajar buat CV dan interview. Dulu saya pernah tolong untuk kes yg CGPA bawah 3 utk dapat kerja tapi dia aktif sedikit la. Takpe, tiada salah utk mencuba. Rezeki di tangan Allah, bukan pada CGPA.
Tlg ajar aku bro..
Pm aku eh, luqman.
nak jugak
Daftar sl1m, cube sis google, in Shaa Allah dpt, rmai dh kwn2 pointer bwh tiga msuk program ni, dan dpt kerja, good luck! Jgn putus asa!
Sis s1im tu pa ya???
SkiM latihan 1 Malaysia ( SL1M)
sabar lah, bkn bermaksud kau dpt 2.5 tu ko x akn dpt kerje..rezeki masing2…yg pasti jgn memilih kerja…kerja je dulu ape yg ada…walaupon kerje tu x sama dengan bidang yg kau amik…cari pengalaman…pengalaman tu lg penting dari pointer (pendapat ak lah) hehhehe
Tenang sis… kerja je ape2 dulu.. dapatkn soft skill… yg penting masa interview tu ….
majikan sekarang lg pentingkan pengalaman dr pointer x caye cube usha jobstreet…kebanyakan nak yg ada pengalaman sikit2 je yg ade tulis nak fresh graduate paling koman pun fresh graduate digalakkan/dialu-alukan utk apply
Ada sorg lawyer terkenal ni..cgpa dia 2.3 je..it is okay..cgpa rendah bukan segala-galanya. Improve your soft skill and be confident..paling penting kena rajin
Lawyer mana tu?
My former master’s friend(where I had my internship attachment last yr). I dont think he wants his name to be disclosed..hehe.
Hai, kita pun sama. Now bahagia belajar lagi, how i love UiTM damn so much. Hehe
Ada kerja lumayan yang tak perlukan pointer yang tinggi pun .Antaranya perunding hartanah in English Real Estate Negotiator .Saya check internet job street semua ,banyak kerja kosong dalam bidang ni ,syarikat hartanah bumiputera pun ada .Yang penting mahu belajar and rajin cuba lah mohon .
Jangan terlalu gopoh nk dpt kerja. Biar lambat asal berbaloi. Sorg lectuter pnh ckp. Your first job determine your future career. Cuba je mintak mana2. In sha Allah ada tu
hebat
Wow… the other side of thought. Haha pemikiran macam ni yang kata gen y is choosy. Boleh share further how true is that statement?
Soft Skill, resume yg elok, insya Allah dapat. Jangan pndng rendah pada diri semdiri.
syarikat PTS ada iklankan jawatan sebagai Skim Latihan 1Malaysia. cuba cari
Ko rasa ko tak layak dapat keje, tapi ko risik2 keje cikgu sementara. Keje cikgu ni last resort rupanya. Ape pun,start buat resume dan kuar rumah cari keje,ape keje pun. Usaha lagi penting dari CGPA
Sambil2 apply kerja tu, buat amal jariah/ benda-benda yang boleh murahkan rezeki. Sedekah & etc. Niatkan Lillahi Ta’ala. In shaa Allah, Allah tolong.
jangan risau..kerja sentiasa ada…cuma kita je nak atau tak. CGPA ni hanya batu loncatan utk dpt kerja dgn elit company, tu je. Klu pointer tnggi mmg company cari. Lagi2 klu ade skil. Klu tak ada, pelan2 kayuh, mula daripada bawah, kumpul pengalaman, inshaAllah cerah masa depan
Ok, saya takkan bagi kata-kata semangat kosong. Fact is, CGPA awak 2.5, awak tak ada soft skills, dan awak tak ada achievements. I am assuming your English is subpar as well. Awak boleh dengar harapan kosong kat atas atau awak boleh amik tindakan proaktif.
Soft skills: join GEMS (google sendiri), sharpen your skills, talk to more people and most importantly BUILD CONNECTIONS. Maksud build connections disini, pergi kelas-kelas free dalam eventbrite, berkenalan dengan orang, BUAT KERJA AMAL. Baru awak boleh tambah benda dalam resume. Selalunya bila buay kerja amal, lama-lama kita akan belajar selok belok planning dan macam macam soft skills lagi
2. Cari kawan IT. Belajar skill teknikal baru macam app development ke, programming ke. So kalau org HR baca pun. Oh, budak ni CGPA tak gempak, tapi dia ada banyak skills. Dia ada join kerja amal.
3. Communication skills: join for free first club Toastmasters yang berdekatan. Kelab ni hari hari jumpa untuk membincangkan dan praktis public speaking. Lama-lama awak takkan kekok.
Belajar untuk senyum confident masa interview.
Doa, doa, doa.
You are right ..Sir!!!…bercampurlah dgn masyarakat..masa tanam anggur tu jgn memerap kt rumah dan hanya berkomunikasi dgn kumpulan tg sama…dunia ni luas…tuntutlah ilmu baru yg tidak diajar di universiti…melangkahlah dgn gaya..dgn keyakinan…selamat berjaya utk semua
saya bukan sir, tapi sister. Heheh. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki pointer saya ok dan ada penguasaan bahasa Inggeris yang elok, tapi bila saya tengok balik, majikan-majikan saya hire disebabkan
1. Soft skills saya. Walaupun nervous, tapi saya mampu berkomunikasi ketika interview. Tips dia buat orang tu macam kawan, tapi kita up sikit level skema kita. Kalau nak berseloroh pun, jangan over.
2. Aktiviti-aktiviti yang menunjukkan leadership skills
3. Skills extra yang saya ada. Masa uni, saya ambik course IT walaupun budak business. Saya juga ada basic dalam bahasa lain.
Benda-benda tu semua boleh buat semasa belajar dan ketika kita masih menganggur. Simpan duit sikit untuk pergi kelas ataupun mintak kawan ajar. tengok Youtube pun boleh belajar.
Memang sekarang ni majikan akan tengok pointer. Tapi pointer tu penting untuk lepas stage pertama saja. Letak semua extra skills dan extra curricular macam charity dalam CV jugak. Masa hantar CV please be formal, attachkan sekali cover letter. Tiap tiap cover letter perlu diadaptasikan untuk company yang awak pilih.
Paling penting Cv bg power + letak gambar paling meletop.. Asah communication skill, bila compny panggil tu maknenye dia x kisah la pointer tinggi ke rendah janji masa intvw all out.. Jgn bergantung kat jobstreet n online apps.. Rajin2 contact senior minta tlg depa drop cv direct HR.. Sekian
Cgpa x tinggi, jgn memilih kerja. Start dari level spm pon OK. Cari pengalaman.
Insyaallah awak dapat, kene ada confident tinggi