Salam. Saya cuma nak berkongsi pengalaman saya. Baru baru ni alhamdulillah saya diterima bekerja dia salah sebuah kolej swasta. So masa hari lapor diri, berlepakan di HR office sementara menunggu beberapa pegawai lain. Kebetulan ada seorang adik ni datang untuk apply kerja.Dari UIA katanya.. Datang dengan kakak dan abang dia mungkin. Yang saya rasa marah sekali, abangnye yang TOLONG cakapkan kat pegawai HR tu bahawa adiknya ni nak apply kerja. Adiknya diam membisu memandang ke bawah. Please sisters2 brothers! Tolong create first impression yang bagus sikit. Yang nak apply kerja nya siapa?Kena ke ada tukang bercakap untuk awak? Cakap la sendiri. Dia bawak masuk abang n kakak dia pun dah cukup untuk create first impression yang tak bagus. Nampak manja.Nampak tak berani.
Lepastu pegawai tu tanya, nak apply kerja apa. Allah!suara tak keluar.Tak jelas tak kuat. Rasa time tu nak pergi dekat dia goncang2 badan dia “Cakap kuat sikit boleh tak??Boleh tak ko je bercakap?Janganlah suruh orang lain bercakap untuk ko” So saja nak share a few tips kot2 berguna pada masa datang untuk yang mencari kerja.
1) Please jangan bawa masuk mak ayah masuk dalam HR office tu. Suruh mereka tunggu luar. Awak sendiri cakap dengan HR tu. Awak sendiri handle situation situ. Takut nanti mak ayah awak interrupt kalau HR tu tanya apa2 soalan. Kan dah create impression tak bagus.
2)Jadi ramah sikit. Ringankan mulut tu cakap2 dengan staff kat situ.Kadang2 first impression counts!Jangan Tanya soalan yang “tak bijak”. Janganlah baru nak isi borang hang tanya pasal gaji. U patut dah buat survey berapa gaji mereka akan offee dengan kelayakan n experience sendiri.
3)Bawak semua benda lengkap2.Salinan sijil sijil, resume, gambar satu keping. Make sure semua complete masuk dalam satu file. Nanti diorg ingat la awak ni bagus.Semua benda dah bagi tanpa perlu ditanya.
Okay tu je. Abam taknak lihat graduan UIA berperangai mcm ni lagi ok.Kalau tak abam ketuk kepala kat situ kalau ada budak2 UIA lagi datang. Jangan malukan UIA please. Abam sayang UIA. Semoga membantu. All the best bagi yang mencari kerja. Semoga Allah permudahkan
– Abam
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit