Graduated
Kawin paksa demi syurga saya.
assalamualaikum sahabat.
Sy bekas pelajar uia gombak. Grad tahun 2014.
Sy berasal dr family yg agk alim & ilmiah. Kalau bab solat, pakaian & pelajaran memang mama abah pentingkan.
Sy berlatar belakang sekolah agama sejak tgktn 1 yg mana sume pompuan. Jd pergaulan sy dgn lelaki mmg agak terbatas & sy sangat 'penyegan'. Sy bukan jenis yg mudah berbual2 dgn kenalan lelaki, even rakan sekelas. Biasanya kalau bercakap hanya waktu study grup, assignment brkumpulan atau tentang pelajaran.
Sy mmpunyai seorang rakan lelaki yg agk istimewa. sy kenal waktu sekolah form 4 mlalui seorang kenalan. Kenal scara kebetulan. Dia sgt caring & sgt supportive. Bagi sy, dia agak special. Tapi kami brkawan bukan mcm kapel yg lain. Setahun hanya beberapa kali berjumpa. Tu pun keluar makan. Dia kerja jauh di pantai timur & sy masih belajar di uia.
Dia sangat baik. Dia slelalu sokong sy dlm ape jua keadaan. Kadang2 dia teman sy study malam2 atau hujung mggu (melalui sms). Waktu tu sy belum ada wassap & even kawan sy tu takde fb. Waktu sy exam. sy mintak dia bacakan yaasin utk mudahkan sy menjawab exam. Kadang2 dia akn buat solat hajat utk sy supaya midah belajar, siapkan assigment & sebagainya. Dia selalu bg nasihat, mintak sy jaga diri di tempat org.
Waktu final year, final sem, sy kat rumah. Buat dissertation utk fyp.
Waktu tu. hubungan sy dgn dia terputus. Sebab mama tak restu.
Sy bukan jenis memilih rupa
jauh lagi harta
Sy menilai seseorang berdasarkan karektor
Tapi mama kata, taraf kami berbeza.
Dia tak berpelajaran, hanya setakat tingkatan 4 & terus kerja. Agamanya tak seberapa, banyak benda bab2 agama dia akn tanya sy.
Even abg2 & kakak2 sgt membantah. Mereka kata kami tak sekufu. Latar belakang dia org biasa2. Mak ayah kerja kampung. Sedang keluarga kami keluarga ilmiah. Mama guru & abah pensyarah. 9 beradik semua berpelajaran & masuk u.
Waktu tu. sy sangat sedih.
Hati saya hancur.
Disebab keluarga sy tak setuju, sy banyak buat 'perangai'. Sy tak pernah bgtahu dia yg keluarga sy tak suka. Sy taknak burukkan family depan org luar.
Apa yg sy buat, sy cuba carik alasan utk putuskan hubungan.
Sy tak angkat fon, tak balas sms. Sy cakap sy stress buat tesis. sy cakap sy tak ada hati dah dengan dia. sy cakap sy nk hidup sorang2 tanpa dia.
Padahal. Tiap2 malam sy akan menangis, menangis & menangis sbb sy sangat sedih terpaksa buat macam ni. Sy terpaksa. Demi mama yg menjaga syurga sy.eq111
3 bulan dia msh kontek sy sbb takleh move on. & 3 bulan tu jugak sy tak balas apa2.
Sampai dia dh penat cari saya.
.
.
Alhamdulillah. Keputusan fyp sy okay. 4 tahun di uia, sy grad dgn cemerlang. Best student kuliyyah. Best student cocu course. Tiap2 sem sy deanlist, jd sy grad dgn Rector list.
Mama & abah sangat bangga.
Tapi sy hanya mampu senyum.
Sebab sy tahu. Hanya 10% disebabkan usaha sy. 90% lagi sy berjaya sebab doa2 org sekeliling.
Termasuk doa mama abah.
& mungkin doa dia.
Habis sem akhir, sebenarnya sy join abang buat bisnes. Meniaga online. Sambil2 tu sy ambik upah buat akaunting utk bisnes abang sy tu, walaupun sy bukan course akaun. Tapi sy ada basic.
Waktu tu mama sangat risaukan sy. Sebab waktu tu sy berkawan dengan seorang lelaki. Ustaz. Suami orang.
Mama sangat anti. Mama takut sy jadi bini no 2.
Sebab mama pun hidup bermadu.
Mama trauma mungkin.
Mama mintak sy kawin dengan pilihannya.
Waktu tu sy sangat marah. Saya dah putuskan hubungan dgn pilihan sy sbb mama tak suka, sekarang sy terpaksa kawin dengan pilihan mama.
Mama hubungi isteri ustaz. ceritakan ttg suaminya.
Mama buat sy tertekan.
Sy tahu, syurga di bawah tapak kaki mama.
Tapi, perlu ke sy serahkan hidup sy untuk ikut telunjuk mama?!
Bila sy nak sambung master, mama tak berapa nak bagi.
Mama tetap paksa sy kawin. mama tak senang selagi sy tak kawin.
Mama takut sy buat benda bukan2 sebab mama halang hubungan sy dulu.
Sanpai mama sampai 'melamar' lelaki tu utk sy. sbb nak jugak sy kawin.
lelaki tu rakan partner bisness abang sy.
& yg sy memang tak ada hati lansung.
sy tak sangka. lelaki tu setuju.
Akhirnya.
sy dah penat nangis.
sy pasrah.
waktu tu, awl bulan 3. sy msh ingat lg. sy letak syarat, kalau betul nak sy kawin. kawinkan sy bulan tu jugak.
Sy taknak tahu apa2.
Lepas tu. Mama mntak keluarga lelaki tu masuk merisik
Bincang2, tarikh kawin bulan tu jgk.
Abang sy tetapkan hantaran rm1k, katanya urusan perkahwinan jangan disusahkan.
Walaupun ada sedara mara fikir tak munasabah, tarikh tergesa2. hantaran budak u murah,
sy dah tak kisah orang nak kata apa.
mama banyak berusaha utk majlis sy. mama carik tempat utk kursus kawin. semua tempat penuh. abah try adjust dgn kawan dia, hujung mggu tu jugak sy kena pg kursus kawin.
Pasal cincin hantaran semua. bilik pengantin. majlis. sy mmg tak ambik tahu lansung. siang malam sy kerja. sy taknak fikir apa2.
& akhirnya, bulan tu jugak sy akad nikah.
majlis berjalan lancar.
Cerita saya. Tak de sape yg tahu.
sehinggalah sekarang.
Kehidupan sy lepas kawin?
Sy tak tahu kenapa, mungkin sbb sy redha.
mungkin sbb sy pasrah.
Rezeki bisnes partnership yg sy buat dgn abang sy sangat melimpah ruah. Keuntungan pernah cecah rm45k sebulan.
Income sy dr bisness sejak sy kawin sampailah sekarang, tak pernah bawah 10k. Alhamdulillah.
Sy bukan nak menunjuk2. Sy bukan nak riak.
Walaupun ada beberapa amalan penarik rezeki yg sy amalkan.
Tapi sy tahu, salah satu sbbnya adalah perkahwinan yg berkat.
Sejak hari pertama kawin. Smpai sekarang, hari2 solat berjemaah.
Tipu kalau sy cakap perkahwinan kami smooth.
Ada waktu bergolak. ada waktu bertengkam lidah.
hidup dengan manusia yg kita tak pernah kenal.
bukan macam yg kita nak
rasa tak sesuai.
rasa tak sama.
perangai kita macam lain
perangai dia pun macam lain.
even bercinta bertahun2 pun, bila kawin baru kenal perangai sebenar.
ini lagilah yg memang tak kenal langsung.
Kadang2.
ada waktu syaitan menghasut
kalaulah aku tak kawin dengan dia.
mesti aku tak perlu lalui semua ni.
Tapi.
istighfar banyak2.
nangis sorang2 cerita kt Allah, tuhan letakkan sy dalam situasi ni. tolong tabahkan hati sy utk tempuhi hari2 yg akan datang.
& hari2 cuba adjust.
cuba jadi yg terbaik.
doa yg baik2.
& 2 bulan lagi, genap setahun usia perkahwinan sy.
Sy tahu.
Mama banyak doakan sy.
Suami sy banyak doakan sy.
Berkat kehidupan kita datang dr orang2 sekeliling.
Sy ceritakan ni utk pedoman semua.
tak semestinya kita dapat apa yg kita nak.
Tuhan ambik sesuatu dari kita,
sebab Dia nak kita kosongkan tangan
untuk Dia berikan yg lebih baik.
Untuk awak-awak yg membaca cerita sy.
— Tolong.
Tolong doakan sy.
supaya sy terus tabah.
sypaya sy terus kuat.
sebab sy nak masuk syurga.
syurga mama sy.
syurga suami sy.
& sy nak jumpa dengan awak2 semua.
kat sana nanti.
– –