Guru Dan Ibubapa Zaman Sekarang

Assalamualaikum, Baru-baru ni ada terbaca confession bertajuk “Sayangkan Anak Tangan Tangankan” (https://iiumc.com/sayangkan-an4k-tangan-tangankan/).

Saya nak kongsi pengalaman saya sebagai seorang guru sekolah rendah berkenaan isu tersebut. Kebelakangan ni kerap sangat dengar orang kata “cikgu zaman sekarang ni lain macam ya”.

Tapi tahukah anda ibu bapa sekarang pun dah lain macam. Saya sangat setuju dengan apa yang confessor cakap dalam confession tersebut.

Pertama sekali, ibu bapa seolah olah tak kisah tentang kehadiran anak ke sekolah.

Dalam satu kelas yang saya ajar sahaja, ada lebih kurang 8 orang murid yang tak hadir ke sekolah 2 ke 3 hari seminggu.

Wajib tidak hadir 2 ke 3 hari setiap minggu ya. Tak pernah missed tak hadir.

Dia punya ponteng tu sangat consistent. Itu baru satu kelas.

Belum kira kelas lain lagi. Ibu bapanya pula langsung tak maklumkan sebab ketidakhadiran.

Bila berturut-turut tak hadir saya mula contact sorang2 parents. Macam2 alasan diberikan.

Katanya anak demam panas sampai menggigil. Tapi setiap petang saya nampak anaknya main di taman.

Selain tu, alasan urusan keluarga pun agak famous. Siasat punya siasat anaknya ada je di rumah tapi tak ada mood nak pergi ke sekolah.

Ibu bapa pun tak segan silu menipu guru dan sokong anak2 tak pergi sekolah. Seolah-olah bersekongkol pula dengan anak-anak untuk buat perkara buruk.

Sedangkan ibu bapa sepatutnya membetulkan tingkah laku anak. Sudahlah anak-anaknya tak pandai membaca lagi.

Bila nak pandai kalau sehari dua je datang sekolah dalam seminggu. Sebaliknya ada parents yang sangat bagus, setiap kali anak tak hadir tak pernah lupa maklumkan kepada guru.

Dan esoknya dia akan minta anaknya serahkan mc atau surat rasmi kepada guru. Baru betul caranya tu.

Tapi isu ponteng ni saya masih lagi boleh bersabar. Yang buat saya darah tinggi adalah isu kedua ni.

Isu kedua adalah kebanyakan ibu bapa zaman sekarang kerap melayan para guru seolah olah kami ni orang gaji.

Mereka expect guru buat semua benda untuk anak mereka sehingga anak mereka langsung tak tau berdikari.

Hampir setiap hari saya akan menerima ws yang agak biadab daripada para ibu bapa. Situasi pertama, anaknya datang lewat ke sekolah.

Semua orang dah ada di dewan untuk perhimpunan. Maknya ws saya “kenapa saya hantar anak saya ke kelas tadi kelas kosong?

Cikgu pergi mana sampai tak sambut budak2 kat kelas? ” Situasi kedua, anak berak dalam seluar.

“Tadi saya ambil anak saya dari sekolah, seluarnya penuh dengan tahi. Kenapa cikgu tak ingatkan anak saya untuk pergi berak di tandas? Dia jenis pemalu. Cikgu la kena ingatkan dia untuk pergi ke tandas”.

Situasi ketiga, buku teks anaknya banyak hilang sebab anaknya suka main campak2 buku teks dan tinggalkan merata-rata di sekeliling sekolah.

“Buku teks anak saya banyak yang hilang. Kenapa cikgu tak tolong carikan kat mana dia letak buku teks tu? Kesian anak2 tak dapat belajar”.

Situasi keempat, tak lengkapkan borang.

“Saya takda masa nak isi borang tu. Nanti cikgu bukak beg anak saya, amik borang tu dekat bahagian belakang dan isikan”.

Situasi kelima, anak gaduh dengan kawan sementara tunggu mak ambil lepas sekolah.

“Tadi murid bernama X tolak anak saya. Cikgu buat apa dekat sekolah. Tak pantau ke budak2 buat apa? ”.

Dan macam2 lagi. Tu baru sikit je contoh.

Tapi isu kedua ni boleh lagi kami ketepikan. Isu ketiga ni pulak sangat menggeramkan.

Isu ketiga adalah dimana sangat ramai murid-murid yang datang ke sekolah hari2 tanpa bawa sebatang pensil pun. Dalam satu kelas katakanlah ada 30 orang.

Yang bawa alat tulis ada 10 orang. Lagi 20 orang ni tanpa segan silu meminjam alat tulis rakan yang 10 orang ni.

Perkara ni menyebabkan kehilangan barang yang sangat serius. Sudahlah pinjam barang kawan, rosakkan dan hilangkan pula tu.

Lepastu saya pun siasat kenapa ramai sangat tak ada alat tulis. Alasan ibu bapa mereka, takda duit, gaji tak masuk lagi, tak mampu nak beli pensil.

Maknya siang malam online di facebook, post status sana sini, share video. Ada pula duitnya untuk beli data internet ataupun topup.

Ayahnya pula setiap hari ambil anak, tak pernah lekang tangan tu pegang rokok. Lagi satu situasi ni berlaku selepas beberapa hari sahaja murid2 diberikan bantuan awal persekolahan.

Persoalannya mana pergi duit bantuan tu. Sanggupnya ibu bapa ni mengabaikan keperluan sekolah anak untuk perkara2 lain.

Bukan tiada usaha saya untuk sedekahkan alat tulis kepada murid-murid ni. Banyak kali dah belikan.

Tapi akhirnya sama juga. Murid-murid ni masih lagi datang sekolah dengan tangan kosong.

Katanya, mak suruh beralah dengan adik. Suruh bagi adik guna alat tulis yang saya bagi ni.

Jadi akhirnya murid-murid ni nak belajar pun susah. Kesian.

Akibat sikap ibu bapa yang tak tekankan pelajaran anak, anak jadi ketinggalan. Kitaran kemiskinan pun berulang sebab ibu bapa tak ada usaha untuk mendidik anak keluar dari kemiskinan.

Isu keempat, ibu bapa sekarang tak semak langsung buku anak2. Setiap kali saya bagi kerja rumah, ada sorang dua je yang buat.

Yang lain bawa kertas kosong tanpa jawapan. Saya terkilan.

Murid-murid sekolah rendah sangat memerlukan pemantauan ibu bapa dalam menuntut ilmu. Tapi ibu bapa tak kisah langsung samada anaknya buat kerja atau tak.

Bila dimaklumkan tentang anaknya yang tak buat kerja, mulalah kelam kabut membela anak masing2. Katanya anaknya bukan jenis tak buat kerja.

Mesti kawannya kacau sampai dia tak fokus untuk siapkan kerja. Ada banyak lagi isu-isu lain tapi cukuplah sampai disini sahaja.

Diharapkan agar golongan ibu bapa yang baca confession ni dapat mengubah apa yang salah. Tidak dinafikan, golongan ibu bapa yang prihatin juga ramai.

Kelengkapan sekolah disediakan dengan lengkap, buku anak disemak setiap hari, berkomunikasi dengan sopan dengan para guru dan ajar anak di rumah jika ada waktu terluang. Sesungguhnya anda adalah ibu bapa yang hebat.

Percayalah bila anak-anak anda dah dewasa nanti mereka akan ingat dan hargai jasa anda dalam membentuk mereka jadi insan yang cemerlang,

Seperti mana saya sentiasa ingat akan jasa ibu saya berjaga malam untuk pastikan saya siapkan kerja rumah dan jasa ayah saya yang bekerja siang malam untuk pastikan anaknya tak kurang satu kelengkapan belajar pun.

Tahniah buat ibu bapa yang cemerlang ini.

Walaubagaimanapun, saya berani cakap golongan ibu bapa yang bertanggungjawab ini sudah tidak ramai.

Harapan saya agar kita dapat sama-sama mengubah diri masing2 agar anak-anak kita dapat kehidupan yang sebaiknya kerana anak-anak kita adalah amanah kita.

Semoga segala urusan kita dipermudahkan.

– Cikgu X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit