Habis Madu Sepah Dibuang

Assalamualaikum dan salam lebaran,

Aku ni sebenarnya bersyukur dengan apa yang ada. Tapi lebih, tak kurang. Cukup apa adanya.

Memang kadang-kadang rasa cemburu bila orang lain ada segala-galanya tapi aku tak pernah buat benda yang bukan-bukan sebab dengki dengan mereka.

Contohnya, ada kawan sorang ni lengkap segalanya. Ada pakej, berharta, belajar bidang yang dia minat dan boleh kata apa yang dia nak semua dia dapat.

Aku? Kadang dapat kadang tak. Kena tunggu bertahun-tahun baru dapat apa yang aku hajatkan.

Aku sebenarnya kekurangan daripada segi persahabatan. Aku memilih untuk berkawan dengan sesiapa.

Pengalaman mengajar aku. Kalau dulu masa aku takde apa-apa aku tak dipandang langsung.

2-3 ni aku bangunkan diri dan buat benda yang aku suka. Sebelum ni semua sorang-sorang.

Makan sorang, travel sorang, shopping sorang. Forever alone orang kata kat aku.

Aku tak kisah pun sebab aku tak menyusahkan orang lain.

Makan duit aku. Travel duit aku. Apa semua duit aku. Kalau aku sesak aku pinjam duit emak aku.

Aku ada kawan yang sebenarnya sangat jaga tepi kain aku. Padahal aku ni takde apapun.

Semua benda pasal aku semua diorang nak tahu tapi aku tak boleh langsung ambil tahu pasal diorang.

Kalau aku tak reply sms (dulu) dan whatsapp itu jadi satu isu. Diorang x reply sms/whatsapp aku x heran pun. Itu pilihan kau.

Kalau aku tak reply, siap boleh tanya depan-depan kenapa aku tak reply padahal benda tak penting pun.

Ada sorang kawan ni time susah baru cari aku. Lepas spm terus dia tanpa berita. Cari aku balik sebab nak ajak ketua kampung bila dia dapat tawaran masuk universiti.

Lepas tu, bila aku add tak nak accept. Tapi boleh pula dia PM aku sebab ada hal yang dia nak tanya. Aku malas layan orang macam ni.

Time susah cari, time senang lari. Sebab dia ni lah aku berlanggar. Tengah bawak moto mengelamun dan maki hamun dia, tiba-tiba terus langgar 4wd. Okay ini aku mengaku aku pun salah.

Banyak lagi orang yang serupa ni. Dulu time nak exam cari aku nak belajar sama-sama. Lepas exam terus cabut lari. Raya pun tak nak datang dah.

Bila aku dah senang sikit, ramai cari aku. Aku suka travel and share gambar bila travel. Ramailah yang jadikan aku not so called idola.

Ada yang nak berkawan tu masa mula-mula beria-ia nak kawan. Tapi lepas tu macam aku pulak yang terhegeh-hegeh nak kawan dia.

Dia yang whatsapp dulu then aku reply. Pastu dia senyap seribu bahasa.

Starting from that moment, I don't believe in people anymore. Takde masalah apa-apapun tapi tiba-tiba diam seribu bahasa.

Dah 2 orang yang buat aku macam tu. Mula-mula datang mencari lepastu lari mendiamkan diri.

Tapi takpe itu bukan masalah, dugaan atau cabaran untuk aku. Itu rezeki. Rezeki aku untuk terus bersabar.

Aku bukan nak kata aku baik, tapi aku hargai apa yang aku depan mata.

Bila benda dah lepas kau akan rindu macam aku. Aku rindu berkumpul dengan adik-beradik aku dulu.

Salam lebaran.

– Hanan Ashraff

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

36 Comments

  1. Forever alone tu kadang kadang elok bro. Sebab aku pun lagi suka forever alone. Kadang kawan dengan orang sekeliling, kau akan lagi sakit hati banyak. Cumanya aku nak pesan, kekadang ko kene selarikan diri untuk jadi extrovert jugak supaya kau tak terus tenggelem.

    Skrg ni aku masih suka forever alone cuma untuk beberapa situasi je and contoh: p soping. Style soping aku pon memang sensorang, jalan laju, terus tuju ape bende nak beli, then balik. Takdenye nak lencong mana2 sebab aku tak suka tempat crowded.

    Bro, jom follow aku buat aktiviti naik gunung. Am a mountaineer enthusiastic naik gunung best bro!

  2. maaf, tak faham plot citer ko ni. memula aku faham, tapi part perenggan last tu yg ko ckp pasal rindu adik beradik ko, aku dah kompius.

    adakah cerita2 kat atas tu, ko rujuk kpd adik beradik ko? kalau tak, maknanya ko takde masalah dgn adik beradik ko. so jumpa je la dorang.

    btw, apapun masalah ko hadapi, aku nak ucapkan terima kasih sbb ko menulis dengan perenggan.

    • Kahkahkah. Aku tahu ayat aku tunggang-langgang.

      Nak taip lain tertaip lain. Ada perkataan tertinggal, ayat jadi tak lengkap.

      Hahaha. Jadi macam ni sbb semalam taip laju sgt sbb nak makan nasi beriani rumah sebelah.

      Masalah aku takde besar mana cuma terkilan bila selalu dipergunakan org. Dtg dan pergi sesuka hati.

      Aku takde masalah dgn adik-beradik (geram tu ada jugak nak hangguk kepala kalau yang malas tu) hahaha.

      Maksud ayat last tu, hargai apa yang ada skrg, bila dah lepas kau akan rindu.

      Contohnya mcm rindu nak berkumpul dgn adik-beradik aku masa kecil-kecil. Dah besar panjang semua buat hal memasing dan susah nak jumpa satu sama lain.

    • Wwahaha.. femes la abam reez lps ni.. tukang confess reply komen abam.. btw confessor/confessant akak pon x paham cerita awk kat atas tu.. blurr kejap lps makan paprik ayam ni..

    • X pernah like pun page ni Saya Reez ..
      Just bila keluar kat timeline kata awak komen.. baru sy g jengah tengok post yg dikomen tu.. dan kalau rajin akan komen.. so seolah2 dah ditapis dulu oleh awak samada layak baca atau x.. haha..

  3. ko nk kwn yg perfec mmg x la. tp xkan la kwn kau tanya knapa x reply msg pon ko nk trasa. aduhai ni normal situation la. kdg2 tanya sbb nk mula bicara or nk saje sembang. klu kau nk ramai kwn jgn terlalu sensitif n mengharap dorg terbaik utk kau. klu ad sejuta kwn, bermakna kita ad sejuta habit berbeza. k, selamat hari raya, be happy go lucky guys

    • Aku tak harap pun yang perfect sbb aku pun x perfect. Mungkin ayat aku tunggang langgang, makanya orang lain tak dapat faham maksud sebenar.

      Aku ni bukan sensitif x tentu pasal. Aku ni ketegaq dan keras hati. Masalahnya benda tu selalu sangat terjadi, kalau sekali sekala boleh dimaafkan. Mesej kau aku balas tapi mesej aku yg penting pun kau tak nak balas. Itu adil ke?

      Bukan nak mula bicara atau saja sembang tapi diorang cari aku bila susah dan nak mintak tolong. Time tu manislah mulut. Kau faham tak?

      Aku dulu suka berkawan (ramai sgt berkawan) tapi bila rasa diri x dihargai dan time kita susah dan betul2 terdesak perlukan bantuan tiada siapa nak hulurkan tgh. Kau dah faham erti kehidupan.

      Aku harap semua jadi yang terbaik utk org lain. Aku tak harap dorang berikan terbaik tapi aku jugak mesti berikan yang terbaik which is memang aku buat pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *