Habiskan atau tak?

Assalamualaikum. Terpanggil untuk share apa yang aku alami sekarang ini terpulang pada admin untuk share atau tak.

Aku sekarang tengah struggle fikir sama ada habiskan diploma aku atau tak. Aku seorang mahasiswa satu universiti swasta. Aku start study masa tahun 2012 dan sampai sekarang aku tak habis lagi diploma aku. Permulaan aku di universiti okay sahaja tapi semua start bila aku SEM 3, aku banyak subject yang fail. Mungkin ada 3 subject yang aku tak lepas. Pointer aku turun, start dari SEM4 aku repeat balik subject yang aku fail dan aku tetap fail 2 subject. Aku punya study planner dah tunggang terbalik sebab aku banyak repeat paper and subject yang sepatutnya aku ambil aku tak ambil sebab U aku bagi ambil subject sikit saja sebab pointer aku dah turun. Start SEM5 aku mula rasa macam aku dah salah ambil course, course yang aku ambil aku tak boleh bawak, lagi aku give up untuk study bila sem ini semua kawan aku dah start buat FYP tapi aku still terhegeh-hegeh nak kejar subject lain. SEM6 classmate aku pergi latihan industry aku baru start nak FYP, tapi aku tak tahu kenapa dengan diri aku aku tak buat satu pun FYP aku itu. Aku tak paham apa yang aku nak buat, semua orang nak tolong aku tapi aku sendiri tak tolong diri aku. SEM7 aku ambil balik FYP aku yang aku gagalkan itu, kali ini aku buat hal juga tak buat FYP tapi kali ini aku ada keluarga aku yang tolong aku. Aku ada akak yang tolong aku buat semua benda, alhamdulillah aku berjaya siapkan FYP aku. SEM8 aku pergi latihan industry dan aku berjaya tempuh 6 bulan aku jadi intern dekat satu buah syarikat ini, diaorang even nak serap aku jadi perkerja tetap mereka. Tapi aku tolak sebab aku masih ada lagi dalam 6 subject yang tak ambil lagi. sepanjang ini tak terkira banyak kali aku tengok mak aku menangis tengok aku buat perangai macam ini. ayah aku kecewa dengan aku. tapi aku terlalu keras hati untuk minta maaf atau mengaku salah. Aku cakap dengan mentor aku yang aku nak berhenti belajar, dia tak bagi sebab aku dah lepas semua stage susah belajar, aku dah lepas FYP dah pergi latihan industry yang tinggal hanya 6 subject je benda yang akan habis kalau aku ambil satu semester lagi. Sekarang aku dah 1 semester tangguh dan semester yang akan datang ini je last chance aku untuk habiskan diploma aku ini. Kalau korang apa yang korang akan buat? Habiskan? Aku kena ada dalam 5K juga untuk bayar aku punya 1 semester tambahan itu. Aku sekarang berkerja tetap di satu syarikat swasta dan pendapatan dan 1800 sebulan. Aku patut habiskan diploma aku atau biarkan je.

Thanks.

– y

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

27 Comments

  1. Teruskan belajar. At least diploma awk tu blh diguna pakai 1 hari nanti. Awk harus yakin awk boleh boleh buat. Sy pernah prnh jd mcm awk, failed a few times smpai rasa nk quit byk kali. At last sy brjya hbiskan jgk. Awk pernah struggle, doa supaya terus diberi kekuatan, permudahkan urusan. Bahagiakan parents awk sementara mereka masih ada.

  2. Duit boleh cari ilmu x boleh.. habiskan insyaAllah kene tabah sket.. susah2 dahulu senang2 kemudian.., nnti ke depan hari menyesal2 x sudah.. dok la ckp kalau la aku abeskan study.. kalau lah aku x malas… kalau lah bla bla bla…. time tu x guna apa daah…

  3. Cuba hang buat check list (comparison) antara habiskan belajar dan berhenti (kalau hang dah dapat tahu hangnya strength… Baru hang sambung belajar balik)…. Yang mana lebih baik utk hang…

  4. Buat pro n cons tu setiap tindakan yg akan diambil. Lebih baik kalau awk berjumpa dgn kaunselor di IPT awk utk discuss supaya dia boleh guide.

    Kaunselor mgkn tak bagi terus jwpn, tp kamu sama2 bncgkan solusi terbaik. Tentu ada lg consideration lain yg awk perlu. Yg pntg ada action plan utk atasi masalah2 berbangkit daripada keputusan yg akan awk ambil. All the best.

  5. Habiskan diploma, jgn sia2kan masa yg lalu dah byk terbuang kemudian nak berenti pulak. Kalau berenti awak akan menyesal dikemudian hari krn yg lps tetap dah lepas xleh nak diulang2

  6. habiskn!..aku spm 2005 tak dpt upu, so first dip 2006 kt kolej swasta tp kandas sbb cgpa cm harom so aku quit..lps tu amik skm kt giatmara jap then bru amik 2nd dip 2007 kt gomen u..grad 2011 with anc..aku mmg malas nk sambung degree so aku tekad habiskn diploma & grad properly then only start keje fulltime since 2011 until now..aku paling tua dlm kelas mse 2nd dip but who cares janji aku lega sbb dpt habiskn ape yg aku xdpt habiskn dulu..so don’t give up just yet!

  7. tak boleh putus asa. teruskan belajar. buktikan sesuatu dengan sekeping diploma tu. esok lusa u susah xkan ada sesiapa nak tlg u melainkan diri u sndiri

  8. Dik…ko tau x nape mak ayah ko ttp sabar dgn karenah ko??.sbb harta yg depa akan tingalkan utk ko bila depa dh x da nnt ialah ‘PELAJARAN’.penting pelajaran tu..Allah dah susun cantik perjalanan hidup ko dik.so tempuh jer.tingal 1 sem lg dah.teruskan..lambat x semestinya teruk.so ko kena terus tabah.mintak maaf kat mak ayah ko.sian dorang tu.

  9. kipidap…duit dah banyak keluar..masa dah banyak pakai..orang dah ramai kau susahkan…takkan lah susah sangat nak habiskan benda baik untuk diri sendiri. at least buat mak bapak kau happy
    #education1st

  10. Nasihat saya, habiskan la dip tu. 6 subjects jer pun lg. Certificate tu penting suatu masa nanti. Ada kawan saya, dia tak pernah kerja dgn org sbb ada bisnes sendiri, tapi dia belajar sampai master. At least pasni blh buat semangat kat anak2 dia, w/pun kerja sendiri, ilmu tetap penting.

  11. Ko ni ibarat klu brlumba grisan pnamat tu xsmpai skilomter pun ag.abehkan stu2 xlh nk lompat2.yg psal krja tu ko blh mntak cti tnpa gji taw postpone sbb in future ko nk gna gk dip tu.xkn slmany nk krja traf gji tu je.pkirla bnyk mse dh ko trbuang end up nk give up cmtu.come onla.ckit je ag.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *