Hajat tidak kesampaian.

Tiada cerita menarik utk dinukilkan disini..sekadar berkongsi cerita yang dipendam sekian lama..meluah perasaan kepada yg bernama insan..mungkin juga sebagai tauladan..Dari kecil lagi aku suka menulis..cerpen,sajak,puisi dan apa saja bentuk karya bisu penuh makna yg dinamakan penulisan..aku seorang yg tidak bnyk bercakap.. hanya lancar meluah rasa di helaian kertas..Tamat pengajian di sekolah menengah,aku membuat permohonan utk masuk ke sebuah ipta dlm bidang penulisan..permohonan diterima tanpa perlu ditemuduga ..Surat tawaran tersimpan rapi di ats meja.. tapi langit x selalu cerah.. beberapa hari sblm bertolak meninggalkan tmpt aku dibesarkan, ibu jatuh sakit.. Dan dia x membenarkn aku pergi kerana dia memerlukan aku disisi utk menjaganya.. hati sedikit memberontak.. kerana cita2 didpn mata hilang sekelip mata .. Tpi apabila memikirkan Ibu yg sakit..Dan aku satu2nya ank ibu.. apatah lagi tmpt yg ingin aku tuju itu beribu batu jauhnya.. aku batalkan saja niat itu..walaupun harapan aku sngt tinggi utk melanjutkn pelajaran disitu..lalu aku membuat keputusan utk menyambung pelajaran di sebuah ipts yg dkt dgn rumahku supaya senang utk menjaga ibu.. walaupun bidang yg bakal aku ambil itu jauh tersimpang dari apa yg aku inginkn ..pada mulanya mmg agak berat hati ini utk meneruskan pembelajaran disini..Tpi aku redha..Dan hari demi hari.. perjalanan aku di sini sperti dipermudahkan..setiap kali ditimpa masalah .. ada sahaja tgn2 yg menghulur utk membantu..dikelilingi kwn2 yg sedia membantu..Dan pengajar yg sangat baik bagi aku..perjalanan itu seperti terlalu mudah utk aku lalui tanpa ada halangan yg berat.. tiap sem dpt dekan sedangkan kdg2 aku sndiri x tahu apa yg aku pelajari.. mungkinkah pembelajaran aku disini diberkati ibu .. aku sndiri tidak pasti.. Tpi aku bersyukur kerana langkah aku disini terasa ringan sekali.. Dan tidak lama lagi aku akan menyambung ijazah aku disini .. semoga segalanya dipermudahkan dan semoga ibu sihat2 sahaja ..aku doakan agar hari2 kita semua diberkati yg maha Esa .. Amin..

– Farah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *