Hak & Kuota – 2:36 PM

Hak & Kuota

Harap admin sudi terima confession nie. Post nie bukanlah nak membangkitkan isu politik dan sebagainya. Aku post nie sbb aku asyik tertanya2 pasal benda nie. Harap ada yg sudi jelaskan. Aku dilahirkan bumiputera. Sebagai bumiputera dekat Malaysia nie ada kelebihan tersendiri yg dikhaskan untuk bumiputera.

Masa zaman sekolah aku x rasa pun perbezaan kelebihan bumiputera. Aku rasa sama jaa untuk semua kaum. Tapi lepas zaman sekolah aku mcm perasan. Lepas sekolah aku dapat masuk matrikulasi. Aku perasan kaum aku lebih ramai. Dekat sini aku baru memahami istilah kuota untuk bumiputera apabila kaum yg lain lebih sikit di matrikulasi. Kaum minoriti yg dapat masuk matrikulasi result spm mereka sangat2 gempak. Rasanya semua straight A. Berbanding dgn kaum aku yg kebanyakan result ala kadar. Dekat sini aku perasan kalau xde kuota sudah semestinya kaum aku banyak yg x layak untuk masuk matrikulasi. Kaum lain yg lebih layak namun tidak mendapat tempat jadi banyak yg sambung tingkatan 6. Aku walaupun bumiputera namun aku masih berkawan dengan kaum lain. Kawan2 aku yg kaum lain time nie banyak yg pertikaikan kenapa mereka tidak dpt masuk ke matrikulasi sdgkan result mereka lagi hebat berbanding kaum aku. Time nie aku cuma tertunduk malu. Tiada jawapan yg kukuh dpt aku berikan sbb memang itu kenyataannya. Kaum aku yg ke matrikulasi kebanyakan belajar untuk setahun manakala kaum lain itu belajar untuk dua tahun di tingkatan 6. Kemudian masing2 akan merebut tempat ke uni.

Masa zaman uni aku dapat tempat di uni awam. Uni aku agak balance dari segi kaum. Boleh dikatakan peratusan kaum yg masuk sama rata. Aku xtau kalau uni awam yg lain. Dekat uni aku mmg boleh rasa perbezaan kaum sbb masing2 kebanyakan kawan dgn kaum sendiri. Kalau buat kerja kumpulan masing2 pilih kaum sendiri melainkan kalau lecturer yg aturkan group. Aku kawan jer dgn mana2 kaum asalkan dorang baik. Coursemate aku yg kaum lain kebanyakan dari tingkatan 6, kaum aku kebanyakan lepasan matrikulasi. Kawan2 aku yg kaum lain pernah bagitau mereka merasa tidak keadilan. Dorang berhempas pulas dua tahun untuk masuk uni manakala kaum aku cuma setahun. Dan ada antara mereka result stpm mereka lebih baik dari budak matrikulasi. Dekat uni aku mmg tiap2 sem belajar sungguh2 supaya result aku sama level dgn kaum lain untuk buktikan aku mmg layak masuk uni berdasarkan usaha aku sendiri. Time dekat uni banyak biasiswa seperti mara & jpa ditawarkan untuk bumiputera. Aku perasan kalau kaum aku ckp pasal biasiswa2 nie dorang senyap jer sbb dorang tau dorang xkan dpt. Aku xde apply biasiswa pun.

Aku xtau sejauh mana atau sebesar mana hak & kuota untuk bumiputera nie. Tapi persoalan yg sering muncul dlm kepala aku. Adakah negara kita berlaku adil terhadap kaum2 lain ini? Bagi aku tidak wajar untuk “halau” balik mereka ke negara asal jika tidak bersetuju dgn hak & kuota nie sbb mereka pun sudah menjadi sebahagian drp Malaysia. Aku tau sudah tertulis dlm perlembagaan mengenai hak ini. Jadi adakah mereka patut akur sahaja? Tidak salahkan kita bumiputera mengambil kesempatan di atas hak & kuota nie? Adakah negara lain yg mempunyai pelbagai rakyat turut mengamalkan dasar mcm Malaysia? Aku tau dlm sejarah British telah mengagihkan2kan kaum mengikut tempat. Ada kaum yg mendominasi ekonomi pada ketika itu jadi aku rasa hak & kuota diwujudkan untuk melindungi bumiputera drp ditindas pada ketika itu. Aku bukanlah arif dlm bidang nie. Jadi aku harap ada yg sudi menjawab dgn jelas. Jawablah dgn tenang jgnlah mengikut emosi. Aku harapkan jgnlah bash aku sbb aku cuma bertanya.

# and one more. Aku x paham kenapa kerajaan wujudkan sekolah vernacular. Aku rasa sbb2 pemecahan sekolah nie lah yg mengasingkan antara kaum. Ada coursemate aku langsung xtau berbahasa melayu (kalau foreigner aku paham la jugak).

– #curiousguy

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *