Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca sekalian.. Disini ingin aku terangkan serba sedikit ciri2 keperibadian aku.. Aku seorang isteri dan ibu kepada dua anak. Telah melayari bahtera perkahwinan selama hampir 4 tahun.. Seorg isteri yg bekerja dlm jabatan kerajaan dan sekarang aku sedang ditaja melanjutkan pelajaran sepenuh masa dalam institut latihan kerajaan.. Alhamdulillah, aku dikurniakan ank2 yg comel, sgt bijak dan tidak byk kerenah..
Ciri2 aku seorang yg happy-go-lucky, bergelak ketawa adalah theraphy untuk aku melupakan masalah disekeliling aku selain menutupi parut hatiku yg byk terluka daripada dihidu oleh orang yg rapat denganku. Aku tidak suka perkara yg remeh temeh diperbesarkan selagi boleh diselesaikan dgn cara yg baik.. Mempunyai seorg suami yg sgt baik, memahami dan bertanggungjawab. Aku bukanlah seorang yg pandai berkata-kata.aku cuma berharap pembaca dapat memahami apa yg aku ingin sampaikan..
PERKENALANKU.
Disini aku ingin meluahkan tentang Hak. Aku mula berkenalan dgn suamiku pada tahun 2010 di IPTA di utara semenanjung. Semasa kami bercouple dia seorang yg sgt pendiam dan dia diantara best student pada awal sem disitu..aku yg mula approach untuk berkenalan dgn dia. Dari perkenalan itu aku baru tahu dia baru break up .dia mengalami fasa yg amat sukar kerana gadis itu adalah first love dia.
BERCINTA.
Dari fasa berkenalan aku pun xtahu sejak bila aku jatuh hati pada dia. Ketika itu,dia seorang lelaki yg hati kering.. bagi dia cinta itu tidak wujud. Hanya orang yg suka berangan yg mengimpikan cinta.. bagiku, itu adalah ayat biasa bila dh break up. Byk kali aku frust dgn dia. Tp dia masih melayani ku dgn baik. Selama 2 tahun kami bersama aku tidak sedar dan tidak kenal erti cinta sebenar dek kerana nafsu yg menutupi akal fikiran. Kami terlanjur dan itu adalah yg kedua buatku.Aku tahu dia menyesal kerana dia pernah beritahu aku dlm hidup ini dia xpernah melanggar salah satu prinsip hidup nya..yg dia takkan berzina, arak,berjudi dan dadah.. ini adalah first time buatnya.
BERTAUBAT.
Aku masih ingat lagi malam ramadhan itu aku sujud dan mohon kepada Allah..ampunkan segala dosa aku dan dia. Kalau benar Allah masih sayangkan aku,tolonglah jauhkan dia drpd aku. Supaya kami tidak lagi hanyut.Alhamdulillah,Aku dpt tawaran pengajian di institut latihan kerajaan di selatan tanah air.aku sujud syukur kerana Allah makbulkan segala doa2 ku. Pengajian di IPTA yg hanya tinggal 2 sem di utara semenanjung tu aku quit dan tinggalkan semuanya tanpa berbincang dgn keluarga dan dia..bagiku Allah telah gerakkan hatiku pada-Nya…aku tekad, hendak berubah segalanya. Selepas ketiadaanku,kami masih berhubung. aku dpt tahu dia ada terjebak dadah setelah bercampur kawan dgn mat gian. Sekali lagi ak diduga. Aku adalah punca membuatkan hatinya semakin hitam jauh drpd landasan agama. Keputusan pengajian dia juga kian merosot. Hatiku tidak tenang. Bersalah sgt!
DOA ADALAH SENJATA.
Aku masih menadah tangan meminta pada Ilahi walaupun aku adalah insan yg paling jijik pada pandangan manusia. Aku malu pada Allah kerana aku adalah hambanya yg paling hina di dunia ini yg masih ingin meminta. Aku memohon ampun dan permudahkan hubungan kami.setiap hari aku merayu kepada Allah.. Permudahkan segala urusan kami. Ya, Allah mendengar setiap titip2 doa ku. Keputusan aku belajar setiap sem sgt cemerlang..ak antara calon dean list dalam kolej itu.. Dan urusan dia juga dipermudahkan kerana berjaya juga tamatkan pengajian di universiti itu walaupun 10 sem menghabiskan pengajian diploma disitu.
INGIN SERIUS.
Setelah aku tamat pengajian aku terus diserap masuk bekerja.Doa ku tidak pernah putus. Aku ingin ended up hubungan ini dgn ikatan perkahwinan. Aku telah kemukakan padanya. Dia masih tidak setuju kerana dia masih dlm pengajian ( sambung degree pula). Sedangkan aku masih dihantui perasaan bersalah pada diri aku dan diri nya.. Setiap malam aku berdoa jika dia jodohku,maka percepatkan hubungan ini dihalalkan supaya kami dapat mencabut paku2 dosa kesilapan kami dahulu walaupun kami sebenarnya tahu hodohnya rupa sebuah dinding setelah paku dicabut.can u imagined?.
Aku pernah merayu kepadanya untuk mengahwini ku asalkan aib ku dapat ditutup.dia seorang manusia yg baik dan bertanggungjawab.kepada ibu bapanya dia meluahkan hasrat untuk berkahwin dan Alhamdulillah keluarga nya yg membantu memberi sumbangan dan menguruskan segalanya..
GERBANG PERKAHWINAN.
Aku melayari bahtera perkahwinan dengan rasa penuh kasih cinta dan sayang kepada dia..walaupun beberapa kali konflik yg berlaku ianya akan berakhir dengan aku yg beralah..biarlah rajuk ku pulih sendiri.kerana xmau besar2 masalah walaupun aku dh bau byk kecurangan yg telah dia ciptakan..sehinggalah malam tadi penentu segalanya..selama hampir 4 tahun aku dinikahinya aku hampir terkejut dgn terbongkar msg2 dia bersama perempuan2 lain..hatiku remuk.sukar nak diluahkan rasanya bagaimana..sejak berkahwin dgn nya baru aku kenal erti cinta.aku belajar mencintai suamiku seadaanya..kekurangan diri nya aku tutup dgn kasihku padanya.aku semai benih2 cintaku pada dirinya seorg.buat pengetahuan pembaca semasa hari pertama kami diijabkabulkan,aku dan dia telah berjanji takkan ungkit lagi kisah silam.biarlah menjadi simpanan sejarah buruk buat diriku.
AKU PASRAH.
Setiap manusia takkan lari drpd diuji, tanda kasih dan sayang Allah pada hamba2nya. Aku hambanya yg ingin mencari dan mengenal jalan-Nya. Apabila terbongkar semua aku hanya senyap. Lari dari kemelut ini untuk beri diri aku ruang berfikir. Selama seminggu aku di kolej xdapat tumpukan perhatianku pada study. Malam tadi adalah jawapan kepada semua pertanyaanku. Apabila dia meluahkan yg dia memang tiada hati langsung pada aku walau sekelumit rasa cinta sejak berkahwin dengan ku. Dia memgungkit segala kisah silam aku dan dia padahal dia tahu dia telah berjanji xkan mengungkitnya. Hatiku cukup hiba.
Buat pengetahuan semua suami ku baru 6 bulan sahaja mendapat pekerjaan setelah grad degree. Segala tanggungjawab nafkah tak pernah dia abaikan walaupun time study dulu dia berusaha buat part time online seller untuk jana pendapatan beri nafkah kepadaku walaupun aku bekerja.dia xpernah mengambil mahupun meminta wang dari ku sebaliknya dia yg sering menghulurkan kepadaku bila dia dapat untung lebih..aku tidak minta tapi atas dasar tanggungjawab dia tidak pernah abaikan.dan aku tak pernah mengungkit jika keperluan itu kadangkala tidak cukup..biarlah aku bantu sama2 dengannya..
TERUNGKAI.
Aku seorang isteri yg tidak punya hak untuk menuntut supaya disayangi dan dicintai. Kerana bagi nya,dia mengahwiniku atas sebab ingin menutup aib ku dan mengalas tanggungjawab sebagai seorang suami semata mata. Rupanya dia masih belum bersedia dan menganggap aku adalah penghalang untuk dia merasa bebas bersama kawan2 nya. Aku tidak punya hak menegur nya.aku tidak punyai hak untuk mendapat belaian nya.patutlah selama ini hanya aku sahaja yg meminta keperluan batin padanya. Rupanya dia melayaniku atas dasar tanggungjawab semata-mata tanpa rasa kasih dan cinta. Aku hanya mampu melihat dua jasad anak ku yg sedang lena dibuai mimpi..memikir masa depan mereka segala perkara berceramuk dalam fikiran. Benarlah, cinta manusia tidak dapat menandingi cinta TERANGUNG kepada yg Esa.
Tetapi aku sedih,kerana telah mencintai suami ku sesungguhnya. Memikirkan semenjak aku berkahwin,sudah jarang aku habiskan masa bersama ibu ayah ku.padahal ayah ku sering kali admitted wad kerana kesihatan diri yg semakin uzur..lebih memilukan,aku lupa mereka itulah sebenarnya cinta abadi kerana mereka tak pernah menuntut aku untuk pulang melawat mereka walaupun aku tahu mereka teramat merindui aku. Mereka itu lah yg telah aku calitkan dosa kisah2 silam aku. Mereka itulah yg membanting tulang empat kerat berniaga untuk menyara aku 3 beradik melanjutkan pelajaran sehingga aku berjaya sekarang.Ya aku lupa! Sampai saat kini aku masih terbayang wajah ayah ku yg lemah terbaring di katil hospital. Ya, Wajah itulah yg tidak pernah menuntut rindunya padaku. Kerana aku lebih mengutamakan suami dan anak2 dalam segala galanya..sedangkan suami ku sebenarnya tiada rasa cinta padaku selama ini.
SISA-SISA CINTA.
Apa ertinya sebuah perkahwinan jika tiada langsung rasa cinta dan sayang dalam hati? Mendera perasaan batinku selama hampir 4 tahun. Dendam kah dia kepadaku sampaikan tiada langsung ruang untuk membuka hatinya kepadaku? Semalam kata putus telah aku berikan padanya. Dua pilihan aku beri.
Pertama, lepaskan aku daripada mendera batinku dan dia boleh bebas bergaul dan mencari suri yg jauh lebih baik dariku.. dia sendiri kata aku tidak punya hak mengganggu hidupnya, tidak punyai hak untuk menyekat kebebasannya.
Pilihan kedua, jika masih sayangkan ikatan perkahwinan ini, ubahlah sikap. Berhenti habit kau dan dekatkan diri pada Allah, rasai Cinta Allah. InsyaAllah, jika Allah izinkan, pintu hati kau akan terbuka untuk mencintaiku. Aku tinggalkan nya supaya beri aku ruang merawat hati ini mencari sisa sisa cinta yg masih tertinggal tanpa pengharapan… kerana aku adalah pendosa.. aku hanya berserah segalanya pada takdir Allah.
– Nor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit