Hala Tuju

Assalamualaikum dan selamat petang
Thanks pada admin sebab approve confession ni.

Ni sedikit tentang diri aku, aku asalnya adalah anak yang hidup dalam golongan yang miskin. Semua benda yang aku inginkan aku usaha sendiri sehingga la tamat spm aku menyambung pengajian di politeknik.
Masa tu aku dah nekad nak ubah hala tuju hidup aku, tapi aku lemah dengan perempuan.

Ditakdirkan 3tahun aku belajar di sana, aku dibuang institut kerana keputusan yang tidak memberangsangkan and masa tu jugala perempuan yang aku sayang sangat sanggup tinggalkan aku kerana lelaki yang aku anggap kawan. Tinggalkan aku seperti mayat hidup yang berkeliaran di bumi Allah, masa tu aku da jadi sampah masyarakat. Aku da belajar merosakkan diri aku, aku mula merokok, mula menangis seperti pontianak tiap malam, hidup tak tentu kerana ditinggalkan dan failed study.

Hujung tahun 2013, aku mula memohon segala jenis institusi awam yang menawarkan pengajian secara kemahiran. Dari situ aku di takdirkan belajar d ILP. Disitu aku banyak mengenal apa maksud hidup, jumpa kawan2 yang amat baik akhlaknya walaupun cuma taraf sijil sahaja.
Disitu aku mula kenal usaha iman dab amal, aku mula solat 5 waktu, berpuasa sunat, menjaga pandangan, tidak bergaul dengan wanita.

Tapi setelah aku habis pengajian di sana, aku diterima untuk masuk ke adtec bagi mengambil diploma. Masa ni aku da mula jatuh, aku kenal dengan seorang perempuan yang memang baik pada pandangan aku. Aku yakin dia tak kan tinggalkan aku, selang beberapa bulan berlalu dia mula menunjukkan taring. Selalu benar mengeluarkan kata putus pada aku, tapi aku sabar. Aku sabar sebab sayangkan dia, aku yakin dia takkan tinggalkan aku. Namun dia mula mengabaikan aku, tidak langsung ambil berat tentang aku even nak mencari aku pun amatlah susah.

Sehingga sekarang aku masih buntu, ya aku tahu sejak aku di adtec aku da jarang solat. Sikap aku semasa di poli berulang kembali pada masa sekarang. Aku berkorban segalanya untuk dia, aku sanggup menahan lapar dek kerana risaukan dia. Dia marah dengan aku, dia maki aku, aku tetap sabar.

Sehinggakan hati aku mulai remuk, sakit yang ku rasakan dulu berulang kembali. Aku tahu dia xkan curang dengan aku, tapi hati orang kita tak kan tahu. Aku takut sangat bila dia pergi meninggalkan aku.

Sampai satu masa aku persoalkan pada Allah, kenapa hantarkan wanita yang akan menyakitkan hati aku, perempuan yang xkenal isi hati aku, xfaham yang aku sayangkan dia.

Sehinggakan pelajaran aku turut terganggu, sekarang kami masih lagi berhubung cumanya da x seperti dahulu. Dia abaikan aku.

Aku nak minta sangatla pendapat dengan korg semua, macam mana nak hapuskan perasan pada perempuan ni. Aku pada semester akhir, tengah menyiapkan final projek untuk diploma. Tapi aku xda kekuatan nak bangun, menangis xsudah dengan umur yang mencecah 25thn aku xda apa2 simpanan, xtau lepas ke x pengajian kat sini ataupun kisah poli aku berulang kembali dengan hutang sebanyak 20k. Aku xtahu da nak buat apa.

E

– E

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Saya cadangkan confessor berjumpa dengan mana2 kaunseling, untuk membuka fikiran dengan lebih mendalam .. Kenapa saya kata mcm ni? Sebab saya pernah lalui perkara yang sama.. Lepas saya ditinggalkan, saya seperti mayat hidup, takde arah tuju.. Tapi suatu hari saya terdetik di hati untuk jumpa kaunselor.. Dia kata, kenapa saya takde hala tuju.. Sebab saya jadikan perempuan tu priority yang pertama, jadi bila saya kehilangan dia, saya hilang arah tuju.. Sedangkan banyak lagi nak kena capai, nak kena buat? Kaunselor tu bagitahu saya, capai apa yang awak saya mampu dulu, seperti apa? Habiskan study, kemudian bekerja, kemudian barulah fikir tentang perkahwinan.. Awak kena terima hakikat yang dunia sekarang ni semua memerlukan duit.. Jadilah orang yang kuat(duit ada, kerja ada), supaya perempuan boleh bergantung kepada awak, kalau sendiri tak tertanggung, mcm mana nak tanggung orang lain..
    Tapi ingat, duit bukanlah segalanya..
    Hubungan dengan Allah kena jaga, InsyaAllah awk akan dipertemukan orang yang selayaknya.. Tak perlu risau tentang jodoh sangat, kalau dah mampu, terus sampaikan hasrat, tak perlu nak bercinta yang pengakhirannya menyakitkan diri sendiri..
    Dan jangan terlalu yakin dengan manusia.. Kerana apa? Kerana hati manusia ni berbolak balik, cinta boleh jadi benci..
    Muhasabahlah diri..

  2. kuatkan hati, jangan duk sorg2. cari kawan dan cari hobby. perempuan ramai, bila tiba masanya akan jumpa jugak jodoh ko. fokus pada diri sdri dulu. abiskan blaja dan mulakan hidup baru. mesti banyak bnda yang ko nak capai.

  3. Kerja je bro. Sijil ilp tu laku.. Dari buat diploma balik pastu tambah hutang buat apa.. Baik kerja, mula dari bawah takpe rezeki allah tu luas..cari member cari hobi jangan cari pmpuan.. Biar pmpuan datang sendiri.. Tuntut ilmu tak semestinya kat uni, nk berjaya tak semestinnya kena masuk uni..

  4. Sy bukan nak jd sarcastic cuma apa yg sy nk ckp ni mngkin agak kasar. Awk Dah tahu awk Dr kuarga yg susah plus awk tu lelaki n Dah umo 25 pun. Still blaja lagi. Pasal pompuan tu tolak tepi la dlu. Blaja btol2 pastu keje cari duit. Bahagiakan mak Ayah dlu br cari bahagia sndri. Berkat tolg mak Ayah tu sngt pentg. In shaa Allah rezeki akan berlimpah ruah Dan x susah. Doa Dr mak Ayah tu sgt berkat. Sy da xder mak Ayah sy tahu rugi nya mcm mana. Xblh berbakti dgn mak Ayah, xboleh dgr suara mereka, mcm2 lg xdpt. So ubah la hidup, smyg , dekatkan diri dgn Allah. Lupakan psl duniawi. Perempuan bila awk Dah ada kerjaya ada duit in shaa Allah die dtg sndri.. Percayalah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *