Hala tuju selepas Asasi Sains
Assalamualaikum,
Al kisah, sy ni lepasan asasi sains uitm kemudian telah menyambung degree dalam bidang perubatan sehingga tahun 4 tetapi disebabkan faktor tekanan dan faktor lain, sy telah berhenti drpd kos medik. Skrg sy sedang mencari kos alternatif, selain bidang kesihatan. Sesiapa bole bantu sy kos degree apa yg menjanjikan peluang pekerjaan bg org yg seperti sy lepasan asasi sains? Sy minat bidang sejarah/agama/politik/matematik. Sy sedang meneliti pelbagai pilihan skrg ni daripada pengajian Islam hingga sains politik tapi sy cuma ade lulusan spm sains tulen (cemerlang) dan asasi sains (cemerlang) , background sekolah agama takde so macamane ye? Mohon pandangan semua. Sy akan teliti setiap pandangan kalian. Jzkk
Soalan tambahan: result asasi sains uitm tu masih boleh diguna ke utk apply upu atau sy kne guna result spm? (memandangkan result ni kan dah lama pny)
– Si Pencari Identiti