Halau Secara Halus

Salam semua, saya pernah berkongsi cerita di laman ni sebelum ni. Yang first tajuk dia Berkorban Kasih dan second Jalan Buntu. Okay saya nak sambung cerita saya lagi.

Ibu mertua saya memang duduk dengan saya. Sebelum ni dia ada jaga cucu dia. Tapi sejak dia mengeluh pada saya dan suami. Suami saya terus beritahu kakak dia tetang mak dia yang suka mengeluh itu ini. Stress jaga cucu bagai.

And then, after a few days, mak dia boleh cakap kat suami saya. Di sudut hati mama kesian dekat kakak.

Eh kitaorang auto confuse. Kau ni sebenarnya nak mana satu. Nak jaga cucu ke tak nak sebenarnya. Entah apa la yang dia ngadukan kat anak perempuan dia. Tau2 anak perempuan dia terus ambik anak dia pulang ke rumah dia.

Dia selalu maki hamun cucu dia. Merentan. Mengeluh cakap di usia begini patut ke dia jaga cucu.

Umur mertua saya sekarang 67. Kami kalau mak mertua tak mengeluh kami pon tak nak campur urusan dia jaga cucu. Tapi kalau dah tiap kali mengeluh je. Mesti la kitaorang take action.

Dah kakak ipar saya salah anggap. Dia cakap kami yang tak suka anak dia duduk dengan kami. Entah apa mak dia cerita kat kakak ipar. Jadi lain pula cerita.

Mak mertua saya memang tidak akan berterus terang dengan kakak ipar saya jika memang dia tidak mahu jaga cucu.

Sy pernah slowtalk dengan dia banyak kali. Saya cakap ma, saya ambik mama duduk sini untuk tenang2. Tak payah buat apa2 just urus je la diri sendiri.

Saya cakap lagi kalau tak mahu jaga cucu berterus terang sahaja dengan kakak. Tak perlu nak menyusahkan diri.

Lepas tu saya juga kerap bertanya dengan dia. Mama okay ke tinggal dengan kami. Dia selalu jawab mama follow the flow. So, means ok la kan.

Sejak kakak ambil anak dia, hubungan kami dengan kakak agak tegang. Maybe dia dah salah faham atau memang sengaja tidak mahu faham.

Okay nak di pendekkan cerita. Baru2 ni dia datang ke rumah kami. Sebelum ni dia pernah cakap. Yang dia tak akan jejak kaki lagi dekat rumah kami.

Tapi dia sendiri yang tak boleh ikut undang2 yang dia buat. Alasan dia nak ambik bahulu yang di order dari mak dia.

Ketika dia datang rumah saya tu. saya baru balik kerja malam. Anak saya pula meragam badan naik merah2 gatal. Saya dah sapu macam2 pon tak kurang.

Saya tak marahkan anak saya. Cuma saya macam burn out. Ikhtiar terakhir saya mandikan anak saya. Saya keluar bilik saya buat biasa je la bila nampak kakak. Tapi memang muka saya agak stress la dengan masalah saya tu.

Kakak terus cepat2 masuk kereta dengan anak dia. Tak lama dia update story kat fb dia tentang saya. Dia kata saya macam2. Dia kata saya buat muka la. Tak puas hati dengan dia la.

Nampak sangat dia penakut kan. Kenapa tak tanya saya depan2 time jumpa kat rumah tu. Kenapa mesti update story kat fb.

Saya geram. Saya terus serang dia kat group family dia. Saya cakap kalau dia rasa tak puas hati dengan saya.

Dia boleh tanya mak dia apa yang selama ni mak dia burukkan dia sampaikan saya termakan dengan kata2 mak dia yang konon ye hidup ye terpaling teraniaya.

Lepastu saya cakap lagi selama mak dia jaga cucu dirumah saya. Apa yang mak dia telah buat dekat cucu dia.

Saya ni sebenarnya tak suka mertua saya maki hamun budak 3 tahun macam budak tu dah besar panjang. Maki hamun siap cakap keturunan tak elok la. Macam2 la dia cakap.

Kesian budak tu. Dah la kurang kasih sayang. Mak bapak bercerai. Bapak tak pernah ambik peduli. Mak pula hidup seolah macam takada anak. Lepas tangan ke orang lain. Hidup dengan nenek asik kena ders mental ye.

Okay pada hari itu juga, sebelum saya bergaduh dalam group ws family dia.

Mak dia senyap2 ikut kakak dan tak balik rumah saya lagi. Kalau nak cerita sangat panjang ye. Cuma saya nak jelaskan disini. Kebaikan saya selama ni diguna2 kan oleh mereka ye.

Mak mertua saya memang tak akan mengaku silap dia walaupon dia tau silap dia. Kakak ipar percaya bulat2 apa yang mertua cakap. Saya memang dah lama sangat kecil hati dengan mertua. Sebab dia selalu mengadu itu dan ini. S

etelah saya tolong. Dia boleh buat uturn. Dia buat saya ni yang salah dalam hal ni. Sejak itu, setiap kali cuti memang saya akan bawa lauk masak dirumah mak saya. Bila malam saya balik untuk tidur. Bercakap dengan dia pon tidak.

Tapi saya rasa bahagia sangat bila dia dengan rela ye keluar dari rumah kami. Sebab saya dah tak mampu nak layan drama mak mertua saya yang suka belit2 cerita.

– Yana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sy bukan nak suruh awak benci, tapi dah mak mertua awak dgn rela hati keluar rumah tu, bersyukurlah.. jaga je keluarga kecil awak dengan baik.. dapat suami baik yg tak menangkan mak dia membuta tuli tu satu rezeki tau.. jauhkan diri dengan orang toksid.. jaga kesihatan, jaga keluarga.. tentang mak mertua awak tu. Pandai2 la dia hidup kat rumah anak dia tu.. bila perlu, jenguk je sekali sekala.. sekadar tak memutuskan hubungan.. moga dipermudahkan segala urusan kalian.. Aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *