Hamba Abdi Social Media

salam. saja nak share pasal pengalaman saya mengenai kawan2 saya yang rajin upload gambar dekat instagram. ramai jenis yg ramai followers, banyak likers. jadi semua gambar yang diambil mesti kena instagram-worthy. saya nak cerita kisah disebalik hidup mereka. bukan la mengaibkan cuma ini hakikat hidup.

kisah 1 – sister cantik, ada phD
kawan saya, sentiasa upload gambar di IG,FB, semua nampak bahagia. selfie, cantik orangnya. semua puji dia cantik, pandai etc. hakikatnya, dia lonely, tak ada teman, bakal suami tak ada, umur mendekati 30, risau memanjang belum ada jodoh. selalu cerita dekat saya dia jeles dgn kawan yg dah kahwin dan ada anak. and shes nowhere near that.

kisah 2 – make-up tebal
yang ni, muka nya sentiasa tebal dengan mekap. tak penah tak mekap. cantik. muka macam patung dengan make up. hakikatnya, kulit dia tanpa mekap, ngeri. sebab tu tak penah tak mekap. kalau nak turun ke cafe pun, dia akan mekap, wajib la ada foundation dan bedak. mungkin effect terlalu banyak mekap. puas nasihat supaya kurangkan mekap, tak berjaya.

kisah 3 – show-off barang
yang ni, orang yg ada kaitan darah dengan saya. hidup nya sentiasa nak tunjuk pegi makan tempat mewah, beli barang mewah, beli pakaian berjenama, up to date dgn fashion. hakikatnya, duit dia banyak pinjaman saja. hutang merata. mengikis boyfriend dan scandal tak payah cakap. semua nya utk instagram/social media-worthy photos

kisah 4 – my-husband-is-the-best-husband-ever
kisah ni sedih. sebab saya dulu baik dgn dia. selepas dia kawen, dia menjauh. saya cuma perhatikan saja di social media. bercerita suami sempurna, suami nya rajin, suami nya perfect. hakikatnya, suaminya panggil anak dalam kandungannya dgn bahasa kasar seperti "son-of-a-b*tch'. suami tak peduli semasa dia bersalin. saya terjumpa suami nya melepak main internet seharian, beberapa hari selepas dia bersalin. tinggal isteri terkontang kanting berpantang sendirian. sedih. sebab saya tahu, dia upload di social media kerana dia nak cover up kesedihan dia mungkin..

kisah 5 -my boyfriend is husband material
classmate saya. gambar dengan boyfriend, penuh. gambar bercinta pegi mana2. semuanya puji boyfriend. hakikatnya, boyfriend nya kaki maki, kaki pukul. saya selalu terserempak dgn dia menangis di tangga masa cakap telefon, suara boyfriend dia sampai saya boleh dengar. ada sekali, saya nampak boyfriend dia tampar dia dekat cafe. kawan saya penah nampak dia ditampar dekat shopping mall. kesian. saya pun taktau nak tolong camana..

sebenarnya banyak lagi kisah yg boleh diceritakan tapi rasa dah cukup panjang. pengajarannya, jangan jadikan hidup kita ni hamba abdi pada social media. anda takkan tenang. without realizing it, you are ruining your life. pengajaran lain fikir sendiri lah. terutama nya sisters…

assalamualaikum..

– sister observant

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *