Hampir ditembak kerana memilih untuk berhijab…

Assalamualaikum, saja nak share kisah yang mungkin agak panjang tapi akan cuba dipendekkan. Aku merupakan pelajar perubatan di luar negara. Sepanjang berada di negara minoriti muslim ni, aku rilex je, xde masalah2 yang complicated Alhamdulillah. Biasalah untuk student oversea ni, akan ambik masa untuk adapt dgn suasana uni, language, cuaca and untuk muslim terutamanya, persepsi dan pandangan masyarakat bila kita muncul ditengah-tengah masyarakat dengan ‘hijab/tudung’.

Teringat masa tahun pertama, masa tu aku join satu program di masjid tempatan. Kecil je masjid kat tempat aku belajar ni. Best jugak sebab dapat jumpa muslim dari negara lain. Masa makan, aku duduk semeja dengan sorang makcik dari Palestin dan anak kecilnya. Dia baru berhijrah kenegara ni disebabkan kemelut di negaranya. Sedang berbual-bual dia tanya aku(semua perbualan dalam English dah diterjemakan ke BM), “Kenapa awak pakai hijab ni?” Aku terkebil-kebil pandang dia sebab aku ni jenis yang kalau jawab soalan orang, kalau boleh nak ikut tujuan dia tanya, contoh kalau dia provoke, ada cara untuk kita handle. Tapi yang aku pelik, makcik ni pun berhijab penuh dan aku tak rasa dia nak provoke. Mungkin lama sangat tunggu jawapan and dia tengok aku macam blur, dia jawab, “Mestilah sebab Allah, sebab tu walaupun awk jauh dari pandangan mak ayah, awak tetap berhijab. Allah di sini dan Allah di Malaysia kan sama. Kalau awak pakai sbb parents, mesti awk dah bebas sekarang, sebab kalau awak nak bukak tudung pun bukan diorng tahu. Mesti awak buat sebab Allah”. Aku termalu sendiri. Setelah itu, makcik tu meluahkan rasa kagum dengan anak-anak Malaysia yang katanya kebiasaannya masih menutup aurat sempurna walaupun berada di negara asing minoriti islam. Bukan sekali, malah pernah ada kawan dari Iran meluahkan perkara yang sama. Dia juga kagum kerana katanya walaupun dinegaranya, hijab diwajibkan kepada semua wanita, kebanyakkan yang berhijrah kenegara luar akan mula merasa kebebasan dari ‘undang2 negara’ dan membuka aurat. Sejak itu, perjalanan hidup aku di negara asing ini berubah. Bukan sekadar mahu menggenggam sugulung ijazah, aku nak cari erti hidup sebenar dan nak lebih mengenal “Allah yang sama” yang dimaksudkan makcik tu.
Hijab tak pernah menjadi masalah untuk aku sepanjang berada di negara ini. Aku berkawan baik dengan classmate non-muslim, malah aktif mengikuti program kelab islam yang ada kalanya memerlukan aku bercerita mengenai hijab kepada mereka. Pendek kata, aku ‘confident’ untuk tampil berhijab ditengah-tengah masyarakat yang mungkin tak pernah tahu pun pasal islam.

Tapi, semuanya berubah. Pada November 2015, berlaku serangan oleh ‘terrorist’ di Paris. Sehari selepas kejadian, bila tengok FB, ramai rakan2 non-muslim mengubah profile picture berlatar belakangkan bendera Paris, tanda berkabung dan sokongan moral terhadap peristiwa itu. Entah kenapa, hati aku tiba2 jadi takut yang amat sangat, berbagai persoalan timbul. Adakah diorang akan anggap aku terrorist? Diorang dah xnak kawan dengan aku ke sebab ingat aku pun jahat? Mesti diorang suspek ada bom dalam bag aku?
Masa tu, aku tengah rotation Psychiatry pulak tu. Ditakdirkan Allah, disaat orang lain semua ada partner attachment, aku sorang diri! Aku kena attach dengan seorang consultant psych ni sorang2. Ingat lagi hari pertama jumpa Dr.V ni masa dalam Multidisciplinary Team (MDT) meeting. Dalam perubatan , ahli2 MDT ni akan duduk bincang pasal sorang2 patient, apa penyakitnya dan apa rawatan yang perlu diambil. Boleh tak, salah satu conclusion kepada meeting hari tu adalah “Semakin ramai patient kita yang ada hallucination berkenaan dengan TERORRIST( T)”. Once diorng sebut je perkataan T tu, entah kenapa aku rasa bersalah dan rasa macam akulah T tersebut dan akulah punca kepada hallucination pesakit2 tu. Maka aku tunduk je sampai meeting habis. Takut nak angkat muka pandang orang lain. Dah la obviously aku sorang je pakai tudung dalam meeting meja bulat tu.

Bulan tu automatik menjadi bulan paling tension buat aku. Dah la sorang2, hari2 kena jumpa pesakit2 yang ada mental illness pulak tu. Aku punya takut sampai jalan kaki nak ke hospital, aku akan pakai hoodie sentiasa walaupun xhujan, dengan harapan orang tak dapat detect yang aku pakai hijab. Aku sengaja pilih tudung colour malap2 je bila nak jumpa patient2 nih. Sebab aku dah ada bayangan dah, seolah-olah diorng ni akn serang aku bila nampak aku pakai hijab sbb ingt aku T. Sampai tido pun termimpi-mimpi. Pernah sekali ni aku mimpi yang aku ada kat sebuah negara ala2 Palestin, yang mana tentera dia akan bunuh semua orang islam, dan perempuan yang pakai hijab sbb obviously lah islam. Dalam mimpi tu, aku cadangkan kat kawan2 untuk bukak tudung sbb darurat. Tapi kami memilih untuk tsabat dan akhirnya kami dikepung. Aku terjaga dr tdo bila muncung senapang tu betul2 depan muka. Nampak tak aku punya hati yang makin mengecut sejak Paris attack tu. Aku pun confuse, adakah aku yang ada mental illness???

Pernah sekali aku sorang2 kat town balik hospital, ada sorang lelaki besar sgt badan dia dtg dekat sgt dengan aku. Dia sentuh tudung aku dengan muka yang bengis dan tanya “Apa yang awak pakai ni?”. Aku pun jawab jelah “Hijab”. Dia Tanya lagi kenapa aku pakai, aku pun dengan ‘confident’(dalam hati redha dan harap Allah lindung) “Because I’m a Muslim”. Muka dia tiba2 berubah dan Tanya lagi, “Oooo, muslim? Terrorist?”. Aku pandang jauh dalam mata dia dan rasa kesian, sbb aku tahu banyak non-muslim negara ini yang hanya tahu TERORRIST=ISLAM. Itu apa yg media tampilkan. Aku kesal sbb xpernah usaha sungguh2 untuk terangkan kepada mereka islam yg sebenar. Ohh, aku selamat je lps tu sbb lelaki ni mabuk sebenarnya, dia pergi kacau org lain pulak lps tu. Dan aku pun terlepas peluang untuk terang lebih lg sbb org kalau dah mabuk, mmg xpayah la layan.

Satu hari, aku jumpa sorang pesakit ni, dia ada Bipolar Affective Disorder(BPAD). Aku namakan dia J. Susah sebenarnya nak built rapport dengan pesakit2 mental problem ni. Awal2 tu J banyak nangis je dan keep saying that “ Aku kena kurung je kat sini(hosp sakit jiwa), diorang semua bukan boleh tolong aku, kau pun mesti tak boleh tolong aku jugak”. Lama2 bersembang, baru J mula bukak cerita sikit2. Untuk pengetahuan, dulu2 aku pernah terlibat dengan Deliberate Self-Harm(DSH), tapi aku sembuh lepas buat solat taubat dan tahu Allah sentiasa ada dengan kita, xserious sampai kena jumpa dr pon. So, aku mudah faham dan menjiwai bila bercakap dengan pesakit2 ni. Lepas hampir 45min ‘clerk’ pt ni, aku keluar dan semak fail dia pulak. Pada aku, takde apa yang istimewa sgt hari ini, cam biasa je, pergi hosp, ward round dan clerk pt.

Minggu terakhir rotation, aku memilih untuk naik bas ke hospital sbb cuaca makin sejuk dan siang makin pendek. Aku tunggu bas depan rumah sambil baca buku. Tba2 datang Atuk K. Sebab dah lama xnaik bas, aku dah lama tak jumpa Atuk K yg aku dah anggap mcm atuk sendiri. Dulu masa rotation klinik, berminggu-minggu aku naik bas yg sama setiap hari dan selalu jumpa dia. Dia dah tahu aku student medic dr Malaysia yang tinggal jauh dari family. Aku seronok jumpa dia sbb dia akn bg semangat ala atuk2. Hari tu kami berbual lg mcm biasa. Bnyk perihal diri nk update setelah lama xjumpa. Tiba2 Atuk K pandang aku dengan wajah simpati dan ckp “Nak, awk belajar lah sungguh2. Jangan hiraukan sesetengah orang yg ego dan memilih. Masih ramai lagi pesakit kat luar sana yang tak kisah siapa doctor yang merawat dia, tak kisah warna kulit, bangsa dan agama. Yang penting awk tahu kerja awk, semua akn OK. Sbb ‘belief’ is in here( sambil letak tapak tangan dia ke dada).” Aku mcm biasa blur sikit kenapa tba2 dia raisekn isu tu, tp br aku teringat minggu lps heboh kes sorang pesakit menolak daripada dirawat oleh doktor muslim. Aku terharu dan cepat2 mintak Atuk K ulang lg kata2 dia, dan berakhir lg dgn “Sbb belief is in here”, dgn tapak tangannya sekali lg diletakkan kedada. Kadang2 aku hairan, kata2 dr seorang yg xtahu sgt pasal islam itulah yg memulihkan semangat aku yang dah kecut kering ni. Walaupun semakin banyak berita negativ pasal muslim dan islam, tanpa dipinta, dia masih mahu beri aku dorongan untuk terus kuat menuntut ilmu di negara asing ni :’). Benarlah, rahmat Allah itu luas.
Beberapa bulan berlalu, aku berjaya mengharungi rotation psych berseorangan di musim dingin yg mencengkam ini. Semangat aku kian pulih, malah aku makin izzah dengan islam dan dengan hijab yg dipakai. Hijab bukan lg satu simbolik bagi aku, tp tanda kepatuhan dan kasih sayang seorang muslimah kepada Allah SWT. Aku sentiasa doakan agar kita semua tsabat dalam memilih jalan untuk menjadi hamba yang berserah diri. Sungguh, memilih untuk menjadi muslim pada akhir zaman ini ibarat menggegam bara api, digenggam terasa sakit, tapi kalau dilepaskan, maka terpadamlah…

Oh ya, kenapa aku selitkan juga kisah pertemuan aku dengan J?

Beberapa bulan selepas musim sejuk berakhir, ketika aku bersama 2 org lg rakan sekuliah sedang berjalan dihadapan gereja yg terdapat dlm hospital, seorang wanita memanggil kami. Aku seakan mengenali wanita ini, tp xcam sgt, so aku anggap myb dia salah seorang patient yg aku pernah ‘clerk’. Kami risau sbb gaya wanita itu seolah-olah marah dan cemas.
Dia ckp lebih kurang mcm ni, “Beberapa minggu lps, sy ada jumpa dan berckp dgn kwn awk semua. Dia mcm awk ni la, pakai hijab ni. Sy lega dan tenang dpt bercakap dgn dia. Sebenarnya, sy ada penyakit yg amat kronik, penyakit ni serious, saya nak mintak sgt2 awk semua doakan saya selepas solat awak. Nama penuh saya ialah ni………Please3x, sebut nama penuh saya dalam doa awk semua, mintak Dia sembuhkan saya. Sekarang, saya pun nak masuk gereja ni untuk berdoa”. Dia pandang dengan penuh berharap. Kawan sy membalas “Ya, ya. Kami pasti doakan awk. Tapi kalau awk xkeberatan, boleh kami tahu penyakit awk?”. Dia jawab “BPAD” sambil bergegas masuk gereja dengan wajah gelisah(kebiasaan pesakit BPAD).

Pulang ke rumah, aku rujuk buku nota psych yg dah berhabuk, dan ternyata wanita itu adalah J. Aku sentiasa doakan J sembuh dari segala ujian yang membelenggu, dan tak salah kan utk kita doakan hidayah Allah untuk semua insan yg kita sayang? Tak pernah aku sangka, saat aku diuji dengan keiman dan keislaman, saat aku goyah, saat islam dihina, dicerca dan dibenci, masih ada insan kerdil lain yang Allah izinkan menemui rahmat dan ketenangan dalam islam. Terima kasih Allah kerana menghadirkan J dalam hidup aku walaupun sekejap, mewarnai perjalan aku dalam usaha untuk menemui Engkau. Kepada kita yang sedia lahir sebagai muslim, jom teruskan usaha mencari kebenaran dan belajar, bukan kerana kita tak cukup yakin, tapi sebagai asbab untuk menguatkan keimanan.

– cucu Atuk K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit