Hancurnya Hati Disebabkan Tindakan Crush

Aku Alex (bukan nama sebenar), seorang lelaki berumur 24. Aku baru mula bekerja di sebuah syarikat di kuala lumpur.

Setelah aku tamatkan latihan industri aku di syarikat tu, aku terus sambung kerja and walaupun gaji yang diberikan tak lah seperti yang aku inginkan but aku still terima sebab aku just nak gain experience dulu before aku jump to the others company.

Dipendekkan cerita, didalam tempoh internship aku ni, aku ada seorang kawan perempuan, dan aku kenalkan diri dia sebagai Mawar, 23 (bukan nama sebenar).

Dia juga merupakan seorang student intern sama seperti aku dan sekarang ni pun dia still teruskan buat part time dekat company aku. Orangnya tidak lah cantik mana tetapi aku tertarik dengan perangai nya yang independent tu.

Nak dijadikan cerita, aku jadi agak rapat dengan Mawar ni sebab aku selalu share advice berkenaan education. Plan sebenarnya Mawar ni nak sambung belajar tu yang dia just buat part time je dekat company aku.

Masa kian berlalu, dan aku cuba berazam untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan si Mawar ini. Berbagai persoalan aku tujukan kepadanya sebagai mukadimah perkenalan aku dengan dia.

Walaupun banyak persoalan aku tujukan kepada dia, tetapi tidaklah sampai fasa yang menampakkan aku ni terlalu mendesak dan aku masih menjaga batas aku.

Nak dipendekkan cerita, kebelakangan ini, si Mawar ini kerap bertanyakan soalan yang agak lari dari konteks yang biasa diborakkan. Antara persoalannya ialah berkenaan poligami.

Dia kerap bertanyakan dekat aku berkenaan poligami, berkenaan isteri kedua, berkenaan penyondol, berkenaan bercinta di tempat kerja.

Pada waktu tu aku tak adalah fikir bukan-bukan sebab maybe dia just nak tahu pendapat dari pov aku je. But lately ni, benda tu menjadi persoalan dekat fikiran aku sebab makin kerap soalan seperti itu ditujukan dekat aku.

Masa pun berlalu, and baru-baru ini, company aku ada buat iftar, and selepas selesai iftar tu, aku pun mesej dia macam biasa bertanyakan berkenaan iftar tadi.

Tetapi dengan tiba-tiba dia bertanyakan kepada aku, “awak nak tau tak saya bercinta dengan sape dekat office”.

Jujur aku kata, aku agak tersentak tetapi aku tak boleh buat apa-apa sebab aku ni bukan lah sesiapa di dalam hidup dia. Aku pun seperti biasa layan kan lah mesej dia and bertanya siapakah gelaran jejaka yang bercinta dengan dia tu.

And dia pun dengan jujurnya cakap yang dia tengah bercinta dengan Si A, which is seorang senior staff dekat company aku juga.

Aku speechless setelah baca mesej tu, and yang membuatkan aku speechless ialah bukan sebab dia dah ada kekasih hati, tetapi sebab status staff itu ialah suami orang.

Jujur aku kata, aku tak dapat balas mesej dia, lama aku fikirkan berkenaan perkara ini. Dia ada juga bertanyakan dekat aku tentang pendapat dari side aku berkenaan ini.

Apa yang aku boleh balas ialah “no comment sebab sebelum ni aku dah pernah hujahkan pasal poligami dari side aku”, so no point untuk aku kasi hujah lagi masa tu sebab end up dia still bercinta dengan husband orang.

Yang lebih membuatkan aku kecewa ialah sebab semua statement yang dia berikan, tidak masuk akal langsung bagi aku.

Antaranya ialah, dia kata “saya takde pun usaha suruh dia untuk tinggalkan wife dia”, “jeles tu ada, tapi saya cuba control”, “at this age.. saya memang nak laki yang berumur.. sebab for me. they are matured enough, berpengalaman.. n etc”.

I though she is different, but i was totally wrong and she also said that dia dah buat solat istikharah, and dia kata, semua dia mimpi tentang senior staff tersebut.

Bagi aku dua-dua pihak salah dekat sini sebab bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Aku dah tanya pasal perasaan lelaki tu dekat dia, and dia balas yang lelaki tu pun ada perasaan dekat dia. Aku tak tahu if niat lelaki tu betul-betul nak memperisterikan dia or just hanya nafsu semata-mata.

Disebabkan hal ini, aku decide untuk jauhkan diri dari dia and tak akan layan dia langsung sebab bagi aku, aku tak boleh tolerate dengan sikap dia yang tak matang tu.

Maybe sikap aku ni macam tak matang, but for me, itu tindakan yang wajar. Biar dia tertanya-tanya dekat diri dia, adakah tindakan dia ni betul di sisi undang-undang mahupun Islam.

Lepas ni, aku just akan layan dia if berkenaan dengan kerja je.

Last words dari aku untuk Mawar, take care Mawar. Minds and feelings change like the weather. I hope you’ll remember.

– Alex (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *