Ujian Di Sebalik Doa II

Untuk part I, (https://iiumc.com/ujian-disebalik-doa/).

Assalamualaikum korang. Salam malam 10 akhir ramadhan. Mari aku sambung kisah si Cantik ni. Hidupnya sangatlah rumit. Aku pun tak faham macam mana orang kaya hidup. Sebab hidup aku pun sederhana sahaja.

Berbalik pada peranan adik beradik Cantik. Kakak sulung Cantik tersangatlah sibuk kerana dia berkerja sebagai penjawat awam.

Selain itu kakaknya memiliki keluarga sendiri yang perlu diuruskan. Jadi kakak Cantik ni tak sempat ambil tahu sangat. Mana yang dia boleh tolong, dia tolong. Semampunya. Abang dan adik Cantik pula, sibuk menguruskan ayah mereka. Hantar ke hospital dan sebagainya.

Abang Cantik juga bertanggungjawab untuk menjaga perniagaan utama keluarga mereka. Adik Cantik pula masih meneruskan pengajian di negeri yang berbaza. Di sini, peranan Cantik untuk menjaga kehormatan ibu bapanya terletak di bahunya.

Syukur, adik-beradik Cantik walaupun sibuk masih meluangkan masa untuk berbincang mengenai masalah ibubapa mereka.

Dalam group whatsapp mereka memberi pandangan. Si akak suruh berubat dengan ustaz. Syukur pekerja Cantik juga sangat membantu. Dalam mencari ustaz untuk berubat ini mereka sangat mahir.

Nak di pendekkan cerita, ibubapa Cantik pergilah berubat dengan seorang ustaz ini. Seperti yang diceritakan Cantik pada aku, ustaz tu kata ini sihir pemisah. Mereka mesti sepakat. Ayah Cantik sehabis baik memberi kerjasama pada ustaz itu untuk berubat.

Berbeza dengan si ibu. Si ibu seolah-olah mengelak untuk berubat. Tak habis-habis bercerita pada ustaz yang suaminya curang sehingga habis duit jutaan ringgit.

Si suami memberitahu, wang kita habis sebab life style kita. Saya tidak bekerja, tapi masih hidup seperti gaya hidup T20. Harap korang fahamlah apa yang ayah Cantik ini nak bagi tau. Kerana sudah 7 tahun tidak bekerja, maka habislah duit simpanan.

Kata Cantik, duit simpanan habis, dan alhamdulillah hutang juga habis. Hutang kereta berharga setengah juta juga sudah habis dibayar. Jadi di sini kita faham ke mana perginya duit itu. Untuk membayar hutang piutang. Jadi apa yang mak Cantik ini nak lagi?

Si ibu masih tidak berpuas hati. Sehingga ustaz itu cakap, “puan nak tinggalkan suami puan sebab suami puan dah miskin, macam tu ke”? Itu soalan yang diajukan oleh ustaz. Tersentak malu si isteri.

“Bukan ustaz, saya rasa suami saya ini ada sihir. Setiap kali dia pegang dan sentuh tubuh badan saya, mesti badan saya lebam-lebam. Saya takut ustaz, suami saya ni guna sihir. Perempuan simpanan dia pakai sihir”, mengucap panjang si ustaz.

Ustaz kembali memegang kaki si suami, “betul ke awak ada sakitkan isteri awak”? Soal ustaz pada ayah Cantik.

Ayahnya memberitahu tidak, setiap kali dia mahu menyentuh si isteri, mesti si isteri meronta-ronta. Mahu dipeluk cium, meronta-ronta menjerit seperti orang yang kena rogol. Itu cerita ayah Cantik. Jadi, si ustaz suruh si isteri pegang tangan suami.

Si ibu Cantik enggan, sehingga berkali-kali disuruh oleh ustaz. “Saya taknak pegang dia ustaz, saya rasa macam ada renjatan, saya sakit sangat”, ibu Cantik mengeluh.

“Kalau sakit kita berubat. Kalau puan pun taknak bagi kerjasama macam mana. Sini kita tengok, kene renjatan yang macam mana”, berkali-kali di pujuk oleh ustaz, akhirnya ibu Cantik akur untuk memegang tangan si suami. Itu pun masih meronta-ronta ingin melepaskan pegangan.

Ustaz kata, ia ini sihir pemisah. Tidak perlu fikir siapa yang hantar Kerna hal ini melibatkan akidah. Yang perlu yakin Allah menguji hambaNya dengan kemampuan hambaNya, tidak melebihi kemampuan itu, ujur ustaz itu lagi.

Puan perlu kuat, benda itu ada dalam diri puan dan tuan bergilir-gilir. Ustaz kata, dia tak boleh ubatkan kalau salah seorang tak mahu berubat. Perlu sepakat.

“Saya taknak suami saya lagi ustaz. Saya sakit sangat dengan dia. Dia ada perempuan lain, tapi kenapa saya yang disakiti.

Saya nak berpisah dengan suami saya. Saya tak nak berubat. Saya tak sakit, dia yang sakit, betina dia yang kaki sihir. Saya sakit ustaz dengan dia, saya rasa dia nak bunuh saya”, ibu Cantik berkeras.

“Baik, puan pegang tangan suami puan. Ada renjatan ke”? Soal si ustaz. “Buat masa nie depan ustaz tak ada. Tapi nanti balik mulalah renjatan tu”, ujur ibu Cantik. Sungguh hairan si Ustaz.

“Macam ini lah puan, kalau puan betul nak ceraikan suami puan pergilah dapatkan nasihat pejabat agama. Saya tak boleh ubat puan, kalau puan sendiri kata puan tak mahu diubati. Tapi puan perlu ingat, ini suami puan. Redha puan pada suami.

Misallah esok puan meninggal, encik masih suami puan. Puan nak jawab apa di hadapan Allah kalau suami puan tak redha apa yang puan fitnah kat dia”? Soal si ustaz. Ibu Cantik diam tersentak.

“Misallah, puan kata, suami puan sentuh je, puan sakit. Puan ada pilihan, mati sakit dengan redha suami, atau puan mati tenang tapi jauh dari redha suami, puan pilihlah”, ujur ustaz itu lanjut. Keadaan menjadi hening seketika.

“Puan kalau sedia nak berubat, datanglah sini balik, kita berubat. Kalau puan sendiri tak mahu berubat dan mahu teruskan penceraian, itu pilihan puan”, itu antara ayat-ayat terakhir si ustaz. Ibu Cantik menangis bersungguh.

Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ribut di tengah hari. Ingatkan ibu Cantik dah berubah. Tapi tak, makin mengarut. Terkantoi pula sibuk berchat dengan si duda muflis, sang pengikis harta.

Dulu bukan main memfitnah si suami curang. Rupanya diri sendiri yang curang. Dari tutur kata Cantik, dia sangat membenci lelaki yang menghasut ibunya untuk meruntuhkan keluarga mereka.

Ok, sampai sini je part II. insha’Allah ada masa terluang aku cerita kisah mak Cantik yang terkantoi curang sehingga menyorok, taknak balik ke pangkuan keluarga.

Terima kasih,

– Amelia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *