Ujian Disebalik Doa

Nama aku Amelia (bukan nama sebenar). Aku ada kenalan, nama dia Cantik (bukan nama sebenar). Dia 4 adik beradik, dua lelaki dan dua perempuan.

Alhamdulillah adik beradik dia semuanya berpendidikan yang cukup sempurna. Kerjaya mak ayah dia juga hebat. Boleh dikatakan dia dilahirkan dalam golongan T20.

Dipendekkan cerita, ujian Allah itu benar. Kifarah dari doa siapa pun aku tak pasti. Mungkin doa si Cantik atau pun doa si ayah Cantik. Mereka pernah dianiaya oleh ibu atau isteri kepada ayahnya sendiri.

Aku bukan nak memburukkan keluarga Cantik, cuma aku kasihan. Cantik merupakan lepasan Ijazah dan dia memiliki perniagaan sendiri. Malahan keluarganya juga memiliki perniagaan yang bernilai jutaan ringgit.

Malangnya, langit tak selalu cerah. Allah akan memberi ujian pada setiap hambanya.

Ibu Cantik merupakan seorang yang boleh dikatakan narsisistik. Ia, memang Cantik memiliki perniagaan sendiri, tapi semuanya perlu mengikut percaturan dan arahan si ibu.

Sehinggakan Cantik mengalami masalah depresi yang agak teruk. Hampir setahun dia mendapatkan rawatan, dan dia menghabiskan ubatan.

Cantik hidup umpama burung di dalam sangkar. Dia pernah berdoa, ya Allah berilah kekayaan yang banyak pada ibunya, sehingga kekayaan itu menjadi ujian untuk dirinya.

Ini maksud aku kifarah pada ibu Cantik ini, dari doa Cantik atau doa sang ayah.

Habis serba sedikit cerita mengenai Cantik. Aku cerita pula kisah ayah Cantik yang diinyanya dan di fitnah isterinya sendiri.

Sebelum itu, ayah Cantik mendapat pilihan untuk berhenti kerja dan mendapat pampasan.

Pilihan itu diberikan kerana ayah Cantik menghadapi masalah kesihatan dan hal itu mengganggu kerjaya beliau. Nilai pampasan dan juga wang KWSP bernilai jutaan ringgit.

Entah dimana silapnya, wang pampasan dan juga KWSP itu habis. Si ibu Cantik asyik menuduh yang si ayah memiliki isteri lain atau memiliki wanita lain di luar.

Aku pon tak pasti pasal hal ni, sebab aku pun tak pernah jumpa perempuan pakcik tu. Jadi, kerana wang sudah habis, ibu Cantik pun seolah-oleh membenci si suami.

Jika mereka bergaduh, tak habis diungkit mengenai perempuan dan juga nafkah. Si ibu cakap si ayah tak pernah memberi dia nafkah lagi.

Si ayah sakit, sudah tua, mana lagi perlu mencari nafkah? Tak cukup ke perniagaan yang sedia ada yang untungnya puluhan ribu sebulan?

Aku tak faham dengan mak Cantik nie, dia nak nafkah apa? Pakcik tu bukan ada income bulanan macam dulu.

Nak di jadikan cerita, ibu Cantik nie pandai menyimpan. Harta atas namanya sahaja nilai jutaan. Sedangkan si suami hampir muflis. Kenapa dia tak nak tolong suami dia?

Cantik kata ibu dia tak nak tolong sebab ayah dia ada perempuan lain. Perempuan yang mana, Cantik pun tak tau. Setahu dia, ayah dia hanya pergi ke surau setiap kali solat waktu, habis solat waktu ayahnya sentiasa ada di rumah.

Surau dengan rumah Cantik juga tidak jauh, dalam 5 minit perjalanan. Masakan ayahnya menipu dengan alasan solat?

Seperti yang korang nampak, banyak persoalan yang aku tak faham mengenai keluarga ini. Aku tanya Cantik dia juga tak faham.

Dia selalu sangat mendengar ibu ayahnya bertengkar. Si ibu selalu menuduh yang bukan-bukan, sehinggalah suatu hari, si ayah cakap, “kalau tuduhan kau nie tak benar, aku doa supaya hal ini di kembalikan pada kau semula”.

Begitulah kata-kata sang ayahnya setiap kali bertengkar. Selebih hanya diam dan memendam.

Korang mesti pelik, mana peranan adik beradik Cantik yang lain. Adakah mereka hanya menurut sahaja kata si ibu? Atau buat tidak endah sahaja. Nanti aku sambung part 2. Terima kasih yea membaca.

Yang benar,

– Amelia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Apa yang makhluk ni nak confess sebenarnya? Admin mu takyah la post cerita tergantung macam ni. Bengong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *