Assalamualaikum pada admin dan warga IIUMC sekalian. Ok aku kenalkan diri aku sebagai X sahaja.
Apa yang aku nak ceritakan ialah pasal akibat telefon pintar pada diri aku yang sekian lama aku hadapi dan of course aku harap korang bagi pendapat dan komen tentang perkara ni.
Sejak 2 tahun lepas, aku mula ketagih main handphone sehingga lah ke hari ni termasuklah saat aku sedang menulis confession ni. Ya. Aku mengaku yang aku tersangat2 lah ketagih main handphone ni sampaikan kadang2 aku main handphone selama 2-3 jam.
Tanpa sedar, kadang2 sampai lima jam pon ada disebabkan aku terlampau focus main handphone walaupon jam ada kat skrin handphone sendiri. Aku tak tahu kenapa aku jadi macam tu, mungkin ke disebabkan aku terlalu bosan, terlalu stress atau apa2 kemungkinan yang aku sendiri tak pasti. Erghh.
Because of that, sekarang ni aku dah menghidap sakit kepala bila main handphone terlalu lama. Waktu mula2 dulu, memang tak ada masalah main handphone sampai berapa lama pon even berjam2.
Sekarang ni aku sakit kepala sangat2 kalau aku main handphone tu lebih daripada 5 minit. Tapi aku berusaha sedaya upaya untuk hadkan dan kawal penggunaan handphone ni untuk diri aku but ada hari yang aku terbabas juga. Especially pada hari cuti atau hujung minggu.
Bukan tu saja, Kalau aku berada di rumah, jawabnya memang aku lupa dunia semasa main handphone tu kecuali kalau aku kat luar rumah.
Selain tu, akibat yang aku hidapi daripada bad habit aku ini ialah diri aku seolah2 sedang berubah ke arah introvert. Kenapa aku cakap camtu? Sebabnya bila aku berada di luar atau bersosial aku seolah2 blur dan kekok. Pada hakikatnya, sebelum2 ni perkara sebegini tak terjadi pon pada aku.
Aku memang pernah dengar ada yang mengatakan bahawa terlampau berada dalam dunia maya, akan kurang aura kita untuk menikmati dunia realiti. So, disebabkan tu aku fikir punca aku jadi macam tu adalah disebabkan penggunaan handphone secara tak terkawal ni lah. I think memang taj salah lagi.
In addition, ada yang mengatakan bahawa kerap bermain handphone/media sosial akan menyebabkan kita menjadi pelupa disebabkan kita akan terlalu terdedah pada radiasi yang terdapat pada handphone tu such as radiasi pada gelombang signal, radiasi skrin handphone tu sendiri and many more.
Jadi pada perkara ni, aku minta sangat2 pada korang untuk beri komen dan pendapat so that aku boleh berhenti daripada amalkan bad habit aku ni. Please bantu aku…
Sekian terima kasih…
– Encik X (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit