HANG RASA HANG SUSAH? HANG KENA INGAT RAMAI LAGI SUSAH DARI HANG – 6:09 PM

HANG RASA HANG SUSAH? HANG KENA INGAT RAMAI LAGI SUSAH DARI HANG

Assalamualaikum.

Aku ex-student uia, dah lama dah habih belajaq.batch aku ni time zaman azzah cafe boleh makan kat sebelah parking mahallah ali, time wire lan berselirat antara mahallah, time arca uia xtukaq jadi keris lagi.time kegemilangan port makan seperti baba seafood masih lagi sedap dan menusuk kalbu.

Cerita aku bermula pabilamana aku dan isteri aku yang juga merupakan ex-student uia( besa la ,mestila nak tackle junior satu kuliyyahh) termengidam nak makan nasi arab+ yogurt sedap kat cafe mahallah ali dek kerana ternampak bumbung kuliyyah ict time lalu tol gombak. Apa lagi, terus aku batalkan niat nak buat one shot drive dari pantai timur ke utara. Demi isteri yg tengah mengidam dan rindunya aku kat makanan murah n sedap uia maka aku pun terus corner ke arah uia.

Muka pakgad yang sama jugak dari dulu, cuma bertambah gemok sikit yang on duty dan aku noticed main gate dibukak satu, kemungkinan budak2 tengah cuti sem.Aku angkat tangan sambil senyum bajet friendly dengan harapan pakgad xkan tahan tapi silapharibulan la….

Pakgad: " student?"

Aku: "ex-student pakcik…"

Pakgad: "budak2 cuti sem, ko datang buat ape?. Sebelah tu sapa?awek?"

Aku: "bini sy pakcik, mengidam nk mkn nasi arab"
Pakgad: macam tu pun boleh?dah…jalannn..

Terus aku corner kiri sambil mengerling tajam keris di tengah2 roundabout…

Terus lagi aku ke atm bank muamalat legend sebelah pejabat pos dan aku kuaqkan duit.check baki duit adala sikit baki untuk belanja makan family n p qeja memandangkan aku dah habih banyk sebab travel jauh n ada urusan keluarga skit. Otak tengah congak balance untuk bajet yang boleh guna…( huhuhu,ada la dlm 400 lg untuk survive sampai next gaji dapat,mcm2 lg xbyaq, nk mkn apa.huhuhu).

Tekan rm50….
Tunggu…
Krik krikkk…
Resit yang kuaq, duit xkuaq pun.. Choihh! Mesin rosak rupanya.

Truih aku bg isyarat kat bini aku yang mesin atm rosak n suruh dia tunggu dlm kereta smntara aku p cari atm lain sebab dlm otak aku ada lg bank kat centre tu selain muamalat.

Peluh bercerauuuu…langsung xdak atm,rupanya depa dah pindah ke azman hashim. Teruih aku lajak kebuilding azman hashim sambil mengerling tajam biawak biawak bawah jambatan sedang berenang2 dalam air legend teh o ais sungai uia..hmmmm

Terus aku ke atm bank islam n kuaqkan duit rm50.

Ok. Time ni la cerita aku yang betoi2 berkaitan dengan tajuk start…

Tatkala mesin atm tengah print resit tiba tiba aku terperasan ada sorang minah international student berdiri sebelah mesim atm aku. Aku assume dia pun nak kuaqkan duit jgkla.

Sekali imbas tampak orangnya putih, subhanallah comei ciptaan tuhan, sama tinggi dengan aku muka mcm baik baik orangnya…

Aku pandang dia, dia pandang aku.. Aku senyum dia xsenyum balik. Terus pandang atm mesin sebab mcm malu ja senyum xberbalas. Tiba2 dia sapa aku..

[aku translate ke bm la senang, english dia xberapa ok dari segi pengamatan aku]

Sis: "assalamualaikum, boleh minta tolong, macamana nak keluarkan duit?"

Aku: "waalaikumsalam, ok, sat,"

Dia terus bagi aku atm kad maybank bercop lambang harimau malaya.

Aku: "nak kuaq berapa?"

Sis:"rm50…" dia senyum tunduk.

Aku: password?

Sis: ******

Trus aku tekan withdraw rm5O.


Krik krikk.. Mesin atm kuaq resit.
Aku xbaca apa dia tulis sebab aku macam bajet control gak time tu. Terus aku try second time.

Krikkk krikkk..skali lagi atm kuaq resit.

Aku pandang dia, dia pandang aku..

Aku: "xboleh ni, mungkin atm rosak atau offline kot?"

Time tu aku terperasan muka dia sedih baqhang…

Terus dengan optimisnya masukkan balik atm kad n aku pun xtau psaipa time tu aku tergerak hati nak check balance akaun dia…

RM20.00..

Aku pandang dia, tgk2 ayaq mata dah meramu( mengalir laju)

Aku tanya dia ada x duit? Dia cakap duit dia last dah habis 3hari lepas. Aku tanya makan x lagi hari ni? Dah 3 hari tak makan, minum air saja.

Soalan last aku, negara mana?
Trus dia jawab..palestin/bosnia ( part ni aku sumpah x ingat sgt, either two la).

Dia cakap dia dh xda duit n sekarang tengah cuti sem.nak mintak parent pun sangat mustahil. So, last resort dia adalah kuar cari kerja ntuk dapatkan duit tapi duit modal nak kuar tu pun xdak.

Allahu,

Terus terpikir.
Tuhan tunjuk cash depan mata. Duit rm400 tu pun dah besar rahmat tuhan bagi, jangan kufur nikmat dok mengeluh. Ada ramai lagi yang lagi susah dari kita.

Apa yg mmpu aku tolong,… Terus cucuk duit kuarkan mana yang mampu n terus sedekah kat dia. Bukan sebab dia comei…

…Sebab diri sendiri penah rasa azab xmakan sebab xdak duit, pengalaman sendiri time belajaq dulu siap kutip syiling2 atas lantai nak bagi cukup rm1.00 ntuk beli ayaq sebab pekin(ikat perut) duit xdak, xsanggup minta kat mak sebab tau mak akan berhutang baris ntuk anak dia senang.

Lepas tu terus aku blah…

Sampai kat jambatan antara azman hashim n centre tu aku terdengar ada org pnggil aku dari belakang…

Rupanya minah tu dtg n bersungguh2 mintak nak ganti balik bila dah ada duit..aku cakap xpayah.
Dia senyum n mnangis.. Sambil berjalan sambil dia tanya aku ni sapa,keja mana,asal mana…

Semua aku jawab…haishhhla…buat bini satgi kot…

Oh.bini.
Bini aku dalam kereta nak mkn nasi arab+yogurt.
Ok bye.

– Makhluk Allah Dari Utara

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *