Hantaran owh hantaran – 8:06 PM

Hantaran owh hantaran

Aku tahu topik ini tengah hangat diperdebatkan dalam iium confession. Meh sini aku bagi situasi aku pulak. Terpulanglah bagi korang nak nilai. Masing2 ada masalah masing2 dan keadaan seseorg xsemua memahami.

Aku anak ke3 dari 6 adik beradik. Anak perempuan lebih ramai dalam famili aku ini. Kakak2 aku dan adik2 aku yg kahwin, semua hantaran mereka adalah kurang dari RM10,000.00. Ada yang kata letak hantaran tinggi sebab nak jual anak. Bagi aku, korang nie memang spesis lelaki yg nak kena sumbat je selipar kat dalam mulut.

Aku tak tahulah kalau memang ada yg nak jual anak. Tapi bagi famili aku, duit hantaran itulah segalanya untuk majlis. Lelaki cakap mudah, ala, dalam Islam sederhana lah dalam majlis. Cuba korang define sikit sederhana tu. Bagi makan bihun masa majlis kahwin kah? Minum air masak? Meh aku tolong kira kan:

Hantaran kahwin: Paling minimum 3dulang..berbalas pula 5dulang. Dalam dulang, bagi yg simple2 pun dah abis rm300(paling sikit). Hiasan paling murah tu.

Cincin: adalah amalan bg sesetgah tmpat utk berikan cincin merisik n cincin bertunang ketika bertunang. Manakala masa akad nikah akan beri cincin kawen atau barang2 kemas yg lain jika mahu. Ok. Kat sini, kalau korang takmo bagi cincin semua ni, arwah mak aku cakap ar, masa kahwin ni lah hadiah suami akan beri. Belum tentu dia dapat bagi pas kahwin kelak. Lagipun masa susah nanti, cincin2 inilah yg akan kamu gadai utk kegunaan masa depan. Nampak tak rasional orang dulu2. Orang skrg asyik duk kata rezeki Allah bg. Yea, betul. Tapi, kita kena juga ada backup plan. Okay, bila emas sekarang pun dah mahal. 2-3 cincin ni, paling murah pun rm1500. Kalau dapat lagi murah, alhamdulillah.

Baju nikah- boleh korang jimat kat sini. Beli yg murah2 pun, adalah sepasang rm300. Kalau dapat lagi murah, kira hebat ar.
Kenduri akad nikah/makan2: nie aku tak tahulah kalau famili ppuan baik hati utk taja. Namun bagi ayah aku, semua guna duit hantaran. Takkan nak bagi makan kuih je? Kalau bagi makan bihun dan kuih-muih pun, catering caj rm1000. Tapi tu kat KL. Korang yg duk ulu2..termasuklah ulu kelang maybe dapat harga lagi murah.

Kenduri doa selamat: nie slalunya dibuat untuk sambut pernikahan yg telah selamat dijalankan. Tak wajib pn. Tapi bagi sesetengah orang tua, dorang sgt titik beratkan ini. Katanya lebih meriah majlis kahwin. Kalau korang nak berjimat sesangat xpyah buat pun xper. Belanja kenduri ni pun dah rm500-rm800. Zaman gst ni msti lebih tinggi.

Baju sanding and pelamin: yang ini korang boleh pilih pakej yg murah jer. Ada adik aku ambik haritu dapat dalam rm1500. Sekarang rasanya paling minimum rm1800. Tapi tu kat ulu2. Aku gak tahu lah kalau korang duk tengah pusat bandar. Tak payah nak grand sangat pun xpe pelamin tu. Nak jimat lagi pn boleh.

Photograph- nie pandai2 ar..xpayah lah nak mahal2 sgt. Tak perlu nak bergaya dilwale. Mintak tolong jer kengkawan yg ada ipung tak pun dslr. Boleh jimat banyak dah tu. Pastu print sendiri.

Goodie bag-ikut rasa hati. Jika ada duit lebih, bagi lah yg lebih. Jika tak, bagi je kerepek. Tak payah lah nak hipster sangat. And tak perlulah nak ada sticker mahal2. Macam tu juga dgn kad kawen. Aku rase dalam rm700 ok ar untuk goodie bag and kad kawen. Kalau rasa mahal, cari paling murah lagi.

Majlis kahwin: buat kat mana? Kalau nak jimat buat kat rumah. Bayar lah khemah. Aku rasa sekarang ni khemah pun dalam rm500-800. Kalau rasa sanggup nak buat tetamu makan sambil berdiri atau dibawah terik mentari. Xpayah sewa khemah. Lagi jimat. Kalau rumah sempit, sewa lah dewan. Kena bayar pulak sewa kerusi meja and dewan. Dah kena dalam rm1000 lebih. Itu aku kira lah. Tak tahu lah pula kalau lagi mahal. Kalau dewan berhawa dingin, memanglah mahal. Jadi cari lah yg under budget.

Penatnya nak kira. Banyak sebenarnya belanja untuk berkahwin. Memang benar Islam nak kita bersederhana. Aku tak suruh korang tak ikut ajaran Islam. Cuma aku nak beritahu apa dilema kami sebagai perempuan:

1. Letak hantaran tinggi, lelaki cakap mak ayah kami jual anak. Walhal tahu tak yg semua duit belanja kenduri tu guna duit hantaran. Hanya duit mas kahwin sahaja yg pengantin perempuan boleh guna. Duit itu juga akan cover untuk masuk umah baru/umah sewa atau beli barang untuk rumah bakal diduduki dgn husband. Ada juga guna duit hantaran utk repair rumah mak ayah yg rosak hanya demi kenduri kahwin.

2. Takut saudara mara bawa mulut. Ini yg selalu mak ayah risaukan. Korang tahu ke betapa seksanya kena hina ni? Bukan setahun dua. Benda nie boleh dibawa hingga 7keturunan. Nie lah perangai org melayu. Kita memang mudah cakap, pedulikan je apa kata org. Tapi korang pikir tak, mak ayah kpd perempuan kena tanggung malu. Oh yea. Korang lelaki. Tak kisah.

Bukan aku ckp bersederhana tu tak baik. Tapi fahamilah juga bukan semua orang sengaja letak hantaran tinggi. Kalau boleh negotiate, nego lah. Sekarang zaman serba serbi mahal. Tak memeranjatkan, mahal hanya kerana duit makan tengahari majlis sahaja. Aku rasa ni semua sbb jibby. Salahkan jibby. Terima kasih.

– Cikku

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *