Hai. Nak cerita dulu masa malam2 terakhir akak nak setelkan projek IDP(budak2 engin uia mesti tahu), selalu la kena stay back dengan kawan2 dekat satu lab kat level3 e0. Masa malam last or 2nd last nak kena submit and present projek tu, kami 2 3 group berkampung ramai2 kat lab tu sampai pagi. Kejadian ni jadi waktu subuh. Kitorang turun solat subuh kat surau e0 level2 tu ramai2 tapi lepas solat akak terus naik lab sementara kawan2 akak berehat jap kat surau. Masa tu gelap lagi dan tak tahu kenapa malas sangat pagi tu sampai akak gi naik lif sorang2. Padahal e0 tu agak menyeramkan. Masa sampai level3 tengah2 jalan nak gi lab balik tetiba ada suara tegur dari dalam lif tanya akak "eh, tak nak naik level4 ke?". Dengan penat fan konfiden akak pun kalih jawab buat ape nak naik level4, bukan ada bilik lecturer kita pun. Pastu dah toleh depan nak sambung jalan gi lab balik baru akak teringat yang akak naik lif tu sorang je tadi, terus meremang bulu roma. Lepas tu terus teringat bro lab tu selalu pesan jangan stay back lama2 kat e0 tu kalau sorang2.
Setakat akak belajar, pernah kena kacau dengan benda halus ni kat e0 dengan e1 je. Budak2 engine lain pernah kena tak?
– Sister102