Assalamualaikum semua. Aku rasa aku amat tertarik dengan pages iiumc confession ni. Dari cerita dan luahan korang semua, macam-macam cerita yang boleh jadi tauladan buat kita semua. Tujuan aku bukan nak bebel ke apa ke eh! Tujuan aku nak share selama aku hidup ni apa yg aku lihat tentang pandangan manusia zaman sekarang.
Aku seorang perempuan. Aku rasa mesti ada some manusia yang sokong apa yang aku nak ceritakan. Mungkinlah. Orang sekarang mudah me'LABEL'kan manusia berdasarkan apa yang dilihat. Tudung Labuh vs Free Hair.
Aku ada seorang kawan baik. Dia free hair. Kalau orang tak kenal dia, orang akan anggap dia jahat. Biasalah anggapan orang. Asal free hair je jahat. Asal Free hair je kutuk. Kadang-kadang tu ada jugak tegur dia. "Kau taknak try pakai tudung, cantik tau kau pakai". Manis je aku tengok. Macam biasa jawapan dia. "Alah tak cantiklah aku pakai". Takpelah. Mungkin belum sampai hidayah. Tapi aku tabik spring dengan dia sebab dia solat tak pernah tinggal. Cuma tula kekurangan dia. Dia free hair. Aku hormat dia sebagai kawan aku. Aku hormat keputusan dia. Manusia kita tak boleh paksa. Yang mampu cuma kita perlu nasihat.
Lain pula cerita dengan sahabat lagi sorang ni. Bertudung labuh. Kalaulah aku lelaki aku pun boleh cair. Yelaa tudung labuh. Sedap je mata memandang. Pandangan manusia semua yang baik-baik je. Tu apa yang aku lihat sepanjang aku kenal dia. Hakikatnya, Dia ni jenis mulut lepas, takpandai jaga hati orang. Cakap pun siap ada bodoh,bangang, lagi best dok tunjal bergurau kepala orang. Kau rasa ? Mana adab seorang wanita muslimah bertudung labuh. Apakah kau memakai sebegitu untuk menarik perhatian orang atau sebaliknya ? Mana niat kau sebenarnya. Huh!
Berbalik cerita kawan aku yang free hair tu. Alhamdullilah. 2 tahun selepas itu dia mula dapat hidayah. Dia mula pakai tudung. Bagi aku tak kisah sebagai permulaan dia pakai tudung pendek. Manusia berubah bukan sekelip mata. Manusia berubah sikit demi sedikit. Begitu juga kita. Manusia tak sempurna. And now dia mula memakai tudung menutupi dada. Solat full. Alhamdullilah. Aku gembira melihat perubahan kau.
Tu jelaa aku nak cerita. Maaf kalau aku ada buat korang semua terasa dengan cerita aku ni. Tak semua gadis bertudung labuh & tak semua gadis free hair sebegitu. Aku tak burukkan wanita bertudung labuh tapi aku cerita apa pengalaman yang aku lihat dekat sahabat aku selama ni. Cuma pengajaran yang korang boleh nampak. Janganlah memandang seseorang itu dengan apa yang dia pakai. Taksalah nak jaga pemakaian supaya dilihat dari pandangan ajnabi. Menutup aurat itu wajib. Tapi manusia tak sempurna. Ada yang dilahirkan dari keluarga yang mampu mendidik kita. Ada juga yang tidak kenal apa sebenarnya islam. Mungkin mereka memerlukan manusia untuk berubah. Mereka memerlukan sokongan. l
Paling utama yang dititikberatkan untuk aku adalah HATI. sucikan hati. Jangan ada sifat dengki, tak menghormati orang. Selaraskan hati kita dengan pakaian kita. Jaga percakapan kita. Biar tak pakai tudung labuh tak apa , Asalkan tutup aurat. kalau pakai tudung labuh tapi suka sakitkan hati orang pun tak guna jugak. Sehina-hina dia free hair dlu. Hina lagi yang kutuk dia. Tengok. Siapa sangka, dialah yang sebenarnya mendalami apa itu islam. Apa itu adab?
Semoga pintu hati kau terbuka sahabat. Kau dah jumpa jalan sebenar. Aku sokong kau.
Ikhlas dari aku:
-Kaklong Cirah.
– Nurcirah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Sbb tu i learnt from experiences that when u ever meet someone whoever it is wether muslim or not.jenis ttup aurat ke tak jnis solat ke tak.dont ever judge.satu jer my opinion.saya respect dgn org tdung labuh brpurdah ni sbb mampu pakai camtu.bukan senang nak pakai woi sbb mntaliti manusia kalau pakai camtu msty geng baik.kita xtau mgkin dia tgah dlm process nk brubah.memang kita kecewa tgk penampilan x srupa dgn perangai tp at least sy bangga sbb dia dah brusaha istiqamah ttup aurat.yes…org free hair bnyak jer baik hati cuma.aku tak suka nk judge diorang.sbb dlu pom aq agak judgemnental la jugak tp lama2 aq open minded.smua org ad dugaan masing2.komen ni tak kritik tapi pandangan peribadi shaja.maaf kalau kasar bahasa.
Samaaaaa sangat dengan besfren saya. Baik sangat2. Solat penuh. (Solat wajib sekali dengan solat sunat espcially Dhuha, Hajat, Istiqarah). Sopan santun. Hormat orang tua. Xkedekut. Suka tolong orang. Cantik. Pandai (kaki dekan). Bekerjaya.
Walaupun dia free hair, tapi bila gi kelas dia pakai tudung. Mula2 ada kawan2 hairan sebab dia ni gi kelas pakai tudung tapi kat luar free hair. Aku penah cakap kat dia, cantikla dia pakai tudung, kenapa tak pakai je terus? Then dia cakap taknakla sebab tak ready lagi. Dia takut dia tak istiqamah. Then aku tanya, pegi kelas boleh je pakai tudung? Dia cakap, dia memang pakai tudung gi kelas sebab dia hormat majlis ilmu.
Saya kenal dia dari kitorang mula masuk belajar sampai habis belajar (5 tahun), then habis belajar tu sampai sekarang, selepas 8 tahun (dalam 8 tahun ni ada lah dalam 2x je jumpa sebab saya di Sabah, dia d Semenanjung), dan dia masih lagi sahabat baik saya Alhamdulillah.
Tahun lepas, dia cakap kat saya, dia niat nak pakai tudung. Tapi dia takut. Dia takut tak istiqamah. Dia malu apa orang kata. Biasalah, sebagai seorang sahabat kita mesti bagi sokongan kan. Dia bagi diri dia masa sebelum buat keputusan dan Alhamdulillah, tahun yang sama pada bulan Ramadhan, adalah hari pertama dia menunaikan apa yang dia hajatkan. Dia ada bagitau, dia segan sangat bila kawan2 atau staff tiba2 tanya, eh?? ‘Dah pakai tudung?’ Atau, yang mengusik, ‘Haa pakai tudung la cantik.’ Dan, ‘Eh cantik laa Puan pakai tudung.’ Tapi yang pasti semuanya positif dengan perubahan dia. Kecuali ex boifren dia yang cakap dia macam makcik2 lepas pakai tudung Nasib baik dah jadi EX.
Alhamdulillah dia masih istiqamah. Malah boleh saya kata, tudung dia lebih labuh dari saya. Saya pernah dalam hati kata nak bagi dia tudung, tapi dah setahun tak bagi2 lagi. Doakan dia terus istiqamah. Sebab itu yang selalu dia minta saya doakan untuk dia. And she’s my bestfriend; Aisyah binti Khalid.