Hanya Sekeping Hati

Hi. Nama aku Nor. Aku hanya ingin meluah.

Semasa aku masih di bangku sekolah menengah, aku telah bercinta dengan seseorang lelaki yang sangat sempurna bagi aku waktu itu.

Ia bagi aku memang sempurna sebab pertama kali aku jatuh cinta dalam hidup.

Hubungan kami sangat baik, saling memahami macam hubungan orang lain.

Ya tipulah jika tidak pernah ada masalah tapi kami cepat-cepat selesaikannya.

Hari demi hari tiga tahun lebih sudah kami menjalinkan hubungan percintaan.

Tidak pernah pudar sekalipun rasa cinta dalam hati ini terhadap dia. Semakin hari semakin jatuh cinta ada la.

Aku sayang separuh nyawa aku. Aku percaya pada dia. Tidak ada rasa sedikit pun kekurangan dia.

Hinggalah suatu hari aku terdetik hati untuk mesej dia dengan menggunakan akaun fake.

Jawapannya, dia curang di belakang dan sudah ramai orang perempuan dia jadikan “scandal”.

Ya disitu la aku mulai curiga dengan dia walaupun aku yakin itu bukan dia yang sebenar-benarnya.

Aku cuba menutup segala tetapi hari demi hari segala mulai terbongkar.

Dan aku mengambil keputusan untuk undur diri.

Tiga hari aku menangis, tidak makan minum dan berkurung dalam bilik.

Aku pergi kelas macam biasa walaupun hati aku kosong tanpa arah tuju. Dan menatap apa yang aku hadapi saat itu.

Aku tidak pernah rasa menyesal dalam membuat keputusan tersebut. Move on memang susah tetapi aku cuba dengan tidak memaksa diri aku.

Semua yang melibatkan diri dia, aku buang dari hidup aku walaupun sakit.

Aku mulakan hidup baru dengan fokus pelajaran dan redha dengan takdir yang tertulis.

Tetapi aku masih trauma dengan apa yang berlaku dalam hidup aku lagi-lagi melibatkan cinta dan perasaan.

Aku selalu berdoa supaya Allah tutup rapat pintu hatiku.

Mungkin aku ego dalam hal ini dan tidak memberi peluang kepada mana-mana lelaki. Aku susah nak sayang dan jatuh cinta.

Prinsip aku sekarang, jaga hati sendiri dulu baru jaga hati orang lain.

Sejak itu, aku selalu memendam perasaan dan aku tiada rumah untuk bercerita. Aku berdikari sendiri tanpa disuruh.

Hati aku hancur sampai setiap malam aku mengadu pada Allah supaya ambillah nyawa ku ini, aku tidak sanggup meneruskan hidup. Betapa hancurnya hati aku saat itu.

Alhamdulillah sudah beberapa tahun berlalu, kini aku telah menyambung pelajaran untuk mencapai cita-cita aku.

Dan Alhamdulillah Allah sangat baik, dia lebih memahami ku dalam apa yang aku perlu dalam hidup.

Aku masih single dan aku belum bersedia untuk jatuh cinta lagi tetapi tipulah jika aku tidak mahu berkahwin. 

Ya, aku masih terasa sisa rasa sikit dulu.

Tolong doakan aku berjaya dalam pelajaran untuk bahagiakan orang tua ku dan doakan aku terbuka hati serta mendapatkan lelaki yang dapat membimbing aku yang memang ditakdirkan untuk ku.

Terima Kasih.

– Nor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *