Aku Yang Gila

Assalamualaikum. Dengan lafaz bismillah aku mulakan cerita aku ini.

Sebenarnya aku tak tahu nak mula dari mana. Aku masih lagi berfikir yang aku waras ke nak cerita ni. Macam mana kalau orang fikir aku ni mengada. Ujian sikit je dah koyak.

Hmmm.. Inilah aku. Inilah diri aku yang sebenarnya.

Orang luar yang tidak rapat dengan aku akan cakap aku ni manusia paling relax and confident gila. Tapi jauh sudut dalam hati aku. Aku sangat takut. Takut dengan pelbagai benda.

Mostly aku takut pasal diri aku. Fizikal aku terutamanya.

Aku berbadan besar dan gemuk. Aku tak cerah, kulitku sawo matang dan aku tak pandai mana tapi masih menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Ini serba sedikit tentang aku.

“Aku yang gila.” Selalu ada dalam kepala aku. Aku tak pernah salahkan orang lain atas penyakit aku ni. Sebab orang sekeliling rasa mereka melayani aku baik ja. Baik keluarga, baik kawan-kawan.

Ibu dengan Abah pun masih ada, sihat. Aku ada adik lelaki 2 orang. Aku satu-satunya perempuan. Jadi itu bukan masalahkan. Betul. Kawan-kawan aku memang baik.

Pernah dengar lagu ” Melanie Martinez – Doll house ( 00:51-01:14)

“Everyone thinks that we’re perfect, please don’t let them look through the curtains. Picture, picture smile for your picture, post with your brother, won’t you be a good sister?

Everyone thinks that we’re perfect. Please don’t let them look through the curtains” dan itu lah hidup aku.

Aku akan sorok selagi aku boleh sorok. Selagi aku boleh tutup. Aku tutup.

Aku takkan tunjuk yang keluarga aku sebenarnya macam mana. Biar aku yang telan sorang sorang.

Tapi sejak aku sambung belajar ijazah kesihatan aku makin worst.

Aku pulak sambung ijazah dengan keadaan pkp. Terperap dalam bilik. Tidak bersosial.

Keadaan belajar macam tu memberi kesan buruk dekat aku. Aku susah tidur. Aku migraine.

Sampai satu cahaya pun aku takleh tengok sebab sakit kepala.

Selepas kerap datang ke klinik. Dr bagi aku borang untuk isi.

If you are psychiatric patients you will know borang apa. After isi, yes. Aku dapat penyakit itu.

“Gila”. Sebab apa gila ? Sebab family aku tak faham tentang MDD, Anxiety, Depression, Suicidal thoughts dan banyak lagi.

Family aku anggap if you have that means you gila and if you buat benda benda macam self-harm tu maksudnya TAKDA IMAN, Tak ingat Allah.

Wallahi aku punya menangis atas sejadah every night sebab kata kata macam tu. So, aku sampai jadi immune.

Aku takkan cakap aku makan ubat sekian sekian, aku cakap ja, kakak makan ubat gila. Senang nak faham and no more soalan after that.

Sometimes keluarga aku bergurau ye tentang ubat tu and effect dekat aku.

Effect ubat tu aku cepat lupa. So kata-kata yang lebih kurang macam ni 

“Umur muda lagi tapi macam orang tua”. 

“Takkan la tak ingat baru ja pegang tadi”.

“Hang ni biaq betui, semalam keluaq beli haqini lupa”. 

Bunyinya biasa tapi untuk aku yang self-critism terlalu banyak akan cepat terasa. 

Ya lah. Family sendiri pulak tu. Haih. Aku yang gila.

Aku yang salah. Mulut family aku memang berbisa. Bisa dia sometimes buat aku naik hantu.

Dari aku kecil sampai lah aku besar gemuk macam ni tiada satu kata manis yang ikhlas diucapkan. Pujian tapi secara sindiran tu tak perlu dikira memang sentiasa ada.

– Li (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *