Hanyut

Assalamualaikum.
Seriously, dah tak tahu dah nak buat apa and macam mana. Bukan saya tak cuba, tapi setiap kali rasa diri tu dah boleh, jatuh lagi. Hanyut lagi. Kadang kadang dah rasa give up. Ya, umur saya masih sangat muda. Saya masih belasan tahun dan saya mula melakukan aktiviti yg keji ini sejak di sekolah rendah lagi. Ketagih berseronok menggunakan tangan, seorang diri.
Ramai orang cakap saya ni baik orangnya, tapi mereka tak tahu rahsia saya. Rahsia yg hanya saya dan Tuhan sahaja tahu. Kadang saya tertanya, kenapa pemikiran saya boleh rosak diusia yg masih muda? Kenapa harus hilangnya pemikiran suci yg masih belum matanng? Tak dinafikan, memang ada dorongan pada waktu dulu sehingga saya terjebak drpd orang yg saya kenal, yg rapat. Apa yg kelakarnya sekarang, mereka semua seolah olah lupa tentang perkara yg terjadi itu. Entahlah, mungkin mereka seperti saya juga?
Saya berjaya berhenti drpd ketagih ini ketika saya berada di form1. Saya seperti hilang ingatan tentang perkara yg membuat saya ketagih. Saya menjadi seorang insan dan pelajar yg normal seperti orang lain. Tetapi tempoh 'normal' saya tu tak berkekalan. Saya hanya mampu pertahan hanya tiga tahun. Ya, kemudian saya terjebak lagi dengan ketagihan yg jijik ini. Semuanya berlaku, semasa zaman game coc menjadi kegilaan orang ramai. Dengan sifat ingin tahu dan mencuba melibatkan diri dengan game tersebut, sehingga saya dimasukkan kedalam group sebuah clan. Dan di situlah bermulanya semua rasa hina, keji, jijik saya datang kembali. Seorang hamba Allah cuba mendekati saya. Dia melontarkan kata kata manis, indah yg jarangnya saya dapat. Kata kata yg menaikkan nafsu seperti ingin mencium saya, memeluk saya dan sebagainya. Saya terlalu mentah, dan bodoh membenarkan dia masuk kedalam hidup saya. Dan akhirnya dia meninggalkan saya.
Sebagai seorang manusia, rasa kehilangan itu selalunya membinasakan kita. Kerana apa? Kerana rasa kehilangan itu membuatkan kita lupa diri kita, lupa asal usul kita dan lupa yg lebih berkuasa diatas sana. Oleh disebabkan kerana rasa kehilangan, saya cuba kekal 'high' untuk melupakan dia. Sejak saya mengenali dia, saya mula tinggal membaca Quran. Saya mula lalai. Saya mula hanyut. Ikhtilat semakin tidak diendahkan. Dengan pemergiannya juga membuatkan saya makin hilang. Hilang diri saya, hilang arah tuju. Dan apa yg paling perit, saya mula ketagih kembali.
Saya buntu, hilang akal, tak tahu mana nak cari jalan keluar. Perkara ini sudah lama saya pendam seorang diri. Saya ingin mengadu untuk mencari jalan dan diri saya kembali kepada seseorang, tapi saya tidak tahu bagaimana dan siapa hendak diluahkan. Bukan saya tidak cuba untuk merapatkan diri dengan Tuhan kembali. Saya dah cuba. Saya kembali membaca Quran, alhamdulillah tidak pernah tinggal solat dengan sengaja tanpa rasa serba salah. Apa yg peliknya, saya masih tetap ketagih. Saya tiada pembimbing, melalui masa yg susah, bergelut dengan diri sendiri seorang diri.semakin hari semakin hanyut. Kadang rasa putus asa dengan iman sendiri, bagaikan meniti anak tangga, ditarik dari bawah dan ditolak dari atas.
Kepada yg sudi membaca luahan hati yg kotor jijik dan hina ini, saya tidak meminta lebih. Saya hanya mahu doa dan kata kata semangat dan pendorong untuk saya kembali mencari keredhaan Allah. Doakan saya berjaya. Saya dipertemukan dengan Seseorang yg boleh memberi tunjuk arah kepada saya yg kian hanyut ini.

– -si hina

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *