Assalamu'alaikum wbt.
Pertama-tama sekali tahniah kepada admin yang buat page ni. Walaupun pada awalnya kewujudan page ni banyak menimbulkan konflik, tapi ia bermanfaat buat orang ramai terutamanya bagi mereka yang benar-benar memanfaatkan page ni.
Saya selalu mengikuti perkongsian luahan para peluah sekalian dan sememangnya banyak kisah yang patut dijadikan iktibar terutamanya kisah alam rumahtangga yang penuh onak dan duri yang mana orang sekarang hanya memandang sisi 'manis' perkahwinan sampaikan ada yang tanpa segan silu mempamerkan 'keterdesakan' untuk berkahwin.
Harapan saya cuma satu, semoga apa yang diceritakan itu adalah kisah yang benar-benar berlaku dan bukan rekaan semata-mata kerana kadang kala saya membaca kisah-kisah yang agak tidak masuk di akal tapi saya sendiri tidak dapat pastikan kesahihannya. Sebab itu saya hanya mampu berharap kepada mereka yang bercerita supaya bercerita dengan penuh kejujuran tanpa sebarang tokok tambah.
Orang mengambil pengajaran dari kisah-kisah yang disampaikan dan bayangkan apabila kisah yang dikongsi itu hanyalah rekaan semata, seolah-olah memberi harapan palsu, begitulah sakitnya.
Apapun, tahniah sekali lagi kepada admin dan semoga para peluah dapat bersikap jujur dalam menyampaikan cerita.
Sekian, Terima Kasih.
– Zainuddin