Harga Sebuah Ketenangan

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana approve luahan saya.

Nama saya Jane. 30an, ada dua orang anak. Bersuamikan seorang yang penyayang dan sabar.

Selepas FIL meninggal dunia, suami mengambil MIL walaupun saya agak keberatan berikutan perselisihan faham beberapa tahun sebelum itu yang menyebabkan kami sekeluarga dihalau dari rumah mertua.

Setelah MIL pindah masuk ke rumah kami, saya cuba untuk membuka buku baru. Saya dididik untuk melayan mertua seperti ibu sendiri. Tapi saya dapat merasakan Mama tak suka saya.

Dia selalu menghantar mesej tentang saya kepada suami. Ada juga kami bertengkar disebabkan itu.

Mama berlakon di depan anak-anak yang lain jika mereka datang melawat.

Contohnya, pura-pura sibuk bila semua sudah siap tersedia. Sedangkan dia baru keluar dari bilik. Hasilnya, saya dipandang serong.

Kerja rumah dan menjaga anak, semuanya sendiri. Saya terkilan bila dituduh oleh adik suami, tak tahu menjaga anak, cuma tahu makan dan tidur sahaja.

Saya dan suami cuma mampu bersabar. Saya kenang Mama sudah tua, sunyi dan tiada tempat bergantung.

Mama pandai berlakon. Di depan saya, dia begitu rajin tersenyum, rupanya beberapa minit sebelum itu dia boleh teruk mengumpat saya.

Ibu saya juga pernah kena. Saya dilayan tak ubah seperti maid. Saya tetap diexpect untuk masak dan hidangkan makanan walau saya terpaksa bertongkat, kayap, etc.

Saya tidak pernah mengharap balasan, pujian selain dari diterima sebagai keluarga.

Setelah bertahun-tahun, jiwa saya amat tersiksa. Saya hampir membunuh diri dan anak-anak.

Saya rasa kosong. Ada suara berbisik.

Suami bawa saya berjumpa psychiatrist. Saya menghidap Bipolar II. Saya makan ubat dan cuba untuk gembira.

Mama semakin hebat. Mesej-mesej makin banyak. Lauk saya tidak sedap, makanan orang miskin, hobi baru dikecam, etc.

Mama selalu cakap saya tak pandai apa-apa, semua menjadi negative.

Saya dihina, menantu yang lain dipuji. Mama selalu menghasut anak-anak saya. Contoh, saya penipu, etc.

Mama bercakap benda salah tentang Islam. Mama seorang mualaf. Mama sering mengkritik dan menghina Rasulullah SAW dan Islam.

Beberapa bulan lalu, anak sulung saya sleepwalking. Saya cuba rawatan Islam. Bacaan al Quran saya pasang 24 jam. Saya mula solat dan merangkak mengaji.

Alhamdulillah, anak saya tidak lagi sleepwalk. Rupanya Mama marah. Anak saya difitnah melakukan perkara jijik.

Sedihnya, Mama call adik suami dan BF nya untuk bercerita. Mama juga marah kerana suami saya mula berubah mengikut keluarga saya.

Keluarga saya agak islamik. Kami, keluarga saya dipanggil kolot, uneducated dan mengamal sihir. Mama sebarkan fitnah.

Apa dosa anak saya? Umurnya cuma 11 tahun. Tersiat hati kami mendengar fitnahnya. Kami dengar semua dari rakaman cctv.

Tuduhan Mama tiada basis. Bila Mama dah kantoi, mama fitnah pula kami tak sediakan makanan.

Suami saya diserang oleh adiknya, padahal setiap hari ada makanan saya sedia di atas meja. Lunch and dinner.

Pelbagai fitnah dilemparkan. Kami cuma mampu mendengar.

Mama serupa operator setiap hari call orang untuk update fitnahnya ke atas kami.

Saya dan suami boleh mendengar kerana suara Mama cukup kuat walaupun dia didalam bilik. Saya kembali suicidal.

Suami pinta Mama berhenti tapi Mama kata dia tidak salah.

Suami sendiri saksi perbuatan ibunya. Suami minta Mama pindah ke rumah anak lain. Mama enggan. Kemudian minta duit deposit rumah sewa yang sudah dihalalkannya dulu.

Kemudian saya berikan satu-satunya rantai emas pemberian suami.

Harga sebuah ketenangan. Doakan saya dan keluarga. Doakan saya kuat menghadapi Bipolar ini.

Doakan kami istiqomah mencari redha Allah.

– Jane Doe (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *