Hargai kawan anda

Saya masih belajar lagi. Waktu first sem masuk, banyak suka dan duka. Dan pada sem tu lah saya jumpa ramai orang. Saya ni boleh dikatakan mesra alam lah jugak. Orang senang nak bersembang. Selalu buat bising dalam kelas. Kuat bergurau. Siap boleh kenakan lecturer lagi. Orang pun awal2 tak sangka saya mcm tu sebab saya bertudung labuh. pakai purdah lagi tu. Tapi saya tetap ada limitnya dlm setiap tindakan saya tu.

Ok bukan nak cerita pasal sy sangat. Ada la jugak kaitannya sikit. Ok.. saya skrg dah sem 2. Sem lepas ada sorang classmate sy ni, dia jenis diam.. suka bersendiri, kitorang tangkap2 gambar ke makan sama2 pun dia tak join. Dia pernah cerita dia sekolah agama tak silap. Dia pakai tudung labuh jugak. Tp kat sekolah je lah. Ada satu hari tu dia datang kelas dengan mula pucat saaangaaatt. Orang semua tgur. Saya pun tegur jugak. Dia kata dia memang camtu. Lagipun dia putih2 jugak orangnya. So buat taktau je la kan.

Saya ni jenis instinct kuat la jugak. Bila saya fikir sesuatu benda tu, tup2 Allah nak tunjuk memang betul. Dalam nak masuk 3 bulan masuk situ, saya perasan perut kawan tu makin besar. Dia badan kecik pulak tu, rendang2 je orangnya. Saya dah syak something. Mula nak husnudzon. Tapi bila dah makin lama makin besar. Dia pun selalu tak datang kelas. Sakit2 bagai. Cara jalan dia pun lain. Disebabkan saya dah ada kakak ipar n kakak sndiri yang dah ada anak, so sy expect dia pregnant. Tapi saya diamkan aja. Malas nak kecoh2. Kawan lain pun ada jugak gurau2 ngan dia perut dia besar macam org ngandung. Tapi saya dengar je laa. And gelak2. Yelah aib dia kan. Dia pun kekadang terima, kekadang tak. Selalu jugak kalau gi kelas dia duduk sebelah. Sebab saya ni jenis kawan ngan semua orang. Takde nak rapat2 sangat. Malas nanti mcm2 hal jdnya. Dok sorang pun lg bagus sbb dok ramai2 banyak sembang banyak dosanya kan.

Ok kita teruskan..

Ada satu hari tu, kwn tu dia msg sy kat wechat. Kami rajin jugak chat sebelum tu. And tiba2 malam tu dia kata dia dah kawen. Saya pun memang tak lah nak percaya. Yelah dia boleh ke nak suka2 laki lain. Boleh je chat and text laki lain macam dah nak couple dah rasanya. Bila ada masalah ngan laki tu dia cari saya. Laki tu pulak jenis player. Haaa hamekau. Selalu lah hadap masalah dia tu. Saya apa lagi.. bab bg nasihat kat org mmg power. Memang selalu lah nasihat kat dia macam2. Dia ikut ke tak ikut tu hmm ntahlah. Balik2 pasal dia kata dia dah kawen tu, saya ckp saya tak percaya. Dia pun konon2 nak serious. Tp sy tetap tak percaya. Then dia tak balas.

Satu hari tu saya balik rumah. Saya belajar kat Seremban je. Rumah pun kat KL. So mmg selalulah balik weekend. Hehe. Utamakan family ok.. heee. And tiba2 masuk satu msg dri dia. Dia ckp dia ada something nak cakap. Ada masalah katanya. So dia mintak saya rahsiakan. Saya pun ok lah. Sebab ramai kawan suka share masalah ngan saya. Pasal lesbian lah, boyfriend lah apa lah. Saya pun taktahu kenapa. Sebab bertudung labuh mungkin. Hmmm

Dia cakap dalam chat tu, dia mengandung. Hahhh!! Kan betul apa yg saya fikir. Saya pun takde lah terkejut sangat sebab dah agak. Dia tak tahu dia dah brape bulan. Dia tak sure jugak sama ada dia pregnant atau tak. Dia tak bgtau family dia. dia takut. Ayahnya garang, maknya pulak ada simptom2 lemah jantung, dia dengan kakaknya takbrape baik sangat. Tu yang dia simpan sorg2. Sebelum tu saya ada cerita kat mak psl ada sorang kawan yg perutnya besar bla2. Then kebetulan masa saya chat dgn dia, mak ada kat sebelah. Saya pun tanyalah mak, macam mana nak tlg kwn yg ada masalah mcm ni. Mak ni kalau pasal psikologi mmg dia bagus. Cikgu pulak tu. Tu yg turun kat saya. Hehe. Sooo mak pun tanya siapa, saya ckp kwn yg sy pernah cerita dulu. Mak pun immediately kata bawak balik kl, mak nak tlg dia. Then terus sy kata kt dia, jangan risau In Shaa Allah saya akan tlg yg termampu.

Saya pun taknak lah tanya banyak2 kat dia dalam chat tu. Biar dia cerita sendiri. And then minggu depannya saya bawak dia balik rumah, and pergi check kat klinik biasa. Check2 dah 7-8 bulan dah. Due date dia 7/4. Waktu tu kalau diikutkan waktu Final exam. Mulalah kami risau. Macam2 fikir. Tapi saya relax je lah. Taknak gelabah. Nanti dia pulak yg takut nak sy tlg dia. Then balik rumah, jumpa mak. Sebab mak tak ikut pergi klinik. Mak pun tanya mcm mana dia buat, dgn siapa. Dia cerita lah satu per satu. Lepas tu mak bagi nasihat2.

Dia masuk komander. So bayangkan macam mana nak buat latihan dengan keadaan sarat cm tu. Dia pernah cerita dia kena ragging guling2 kat atas jalan tar, kena ketuk dengan kayu. And lepas habis final nanti, dia kena pergi kem komander seminggu. So saya terus ckp kat dia postpone dulu komander tu and tarikh dia pergi kem tu pun expected time dia tengah pantang.

Jadi masalah bila due date dia dekat dengan tarikh exam. Kami pun rancang dgn mak, kata lepas dia bersalin, dia pantang kat rumah kami. So time ada paper balik seremban balik. Sebab gap pun lama2 jugak. Dia ada niat nk bg baby tu dkt org lain, habis belajar dia amek balik. sy kata jgn. Anak dia sndiri. Jaga sndiri. Hati org lain2kita tak tahu. So sy cadang kat dia bg kakak sy jaga. Kebetulan kakak sy pun baru berhenti kerja sebab tempat kerja dia dah tutup. Dia pun ok

Saya n mak fikir nak bgtau familynya lepas dia bersalin. Yelah takut dia stress pulak nak exam bagai. Tapi disebabkan ini soal hidup dan mati, lepas beberapa paper dah selesai.. due pun nak dekat.. kami buat keputusan untuk bgtau familynya. Kami taknak dipersalahkan nanti kalau jadi apa2. Saya pun pujuk dia bgtau maknya. Dia ok. Sebab malam tu mak saya nak amek dia bawak balik kl. Rasanya seminggu sebelum due date. So sebelum mak sy amek dia di kolej, mak saya call maknya dulu utk slowtalk and then maknya ok lah. Hati ibu mana tak hancur dengar berita macam tu kan. Mak saya dah slowtalk and pujuk mak dia, mak dia ok. Mak ambil maknya di rumahnya di Nilai dan terus ambil kawan tu di kolej. Mak nak bawak balik sebab beberapa malam sebelum tu, kawan selalu ckp dia dah sakit2. Contraction mungkin. Kami pun risau takut terberanak kat dalam bilik kolej. Nanti heboh pulak kampus kami. Jadi sebab tu mak insist nak bwk balik jugak. Saya tak ikut balik sebab esoknya ada paper.

So dorang anak-beranak dah jumpa, bincang pasal study pula, sama ada nak extend atau ambil paper yg mampu. Dah settle bincang balik kl. Dia ngan maknya ikut.

Then nak dipendekkan cerita. Kawan dengan maknya duduk lebih kurang seminggu jugak lah kat kl. Sy balik kl and tlg belikan barang2 keperluannya. Beberapa hari lepas tu, ayah, abg n kakaknya ambil bawak balik Nilai sebab mereka nak uruskan. Kami cadang supaya bersalin di kl sahaja sbb di nilai ada ramai kerabatnya. Sedara2 pulak jenis mulut takde insurans. Tapi takpelah ikutkan sahaja ayahnya nak urus sendiri. Anak dia. Biarlah. Saya gembira jugak family dia boleh terima. Alhamdulillah.

And then beberapa hari selepas tu, dia amek paper sebab dia larat. So sy pun kenalah tengok2 kan dia. Saya suruh dia duduk belakang saya dalam dewan peperiksaan in case apa2 jadi. Selesai je paper, dia cakap dia sakit. Pergi tandas dah keluar darah sikit. Nasib baik kakaknya dah sampai kat bawah untuk terus bawak balik rumah. Saya suruh dia pergi jumpa doktor terus.

Lepas maghrib macam tu, maknya kata dia dah masuk labour room. Mak yang kerja di putrajaya, terus datang ambil saya di kolej. Sebab haritu pun hari jumaat. So boleh sy balik kl terus dengan mak. Lepas isyak mcm tu dia punya sakit dah datang dlm beberapa minit skali. Bukaan pun dah buka 1cm. So kami terus ke hospital. Sebab yakin dia akan bersalin malam tu jugak.

Dalam pukul 10 macam tu kami sampai di hospital, kami pergi minum2 dengan familynya dulu sementara dia masih lagi di labour room. Selesai minum2, dalam jam 12 macam tu, maknya dibenarkan naik ke atas utk teman dia. Mula kami nak balik kl terus sebab mak pun dah penat. Yelah balik kerja terus datang seremban. Then maknya bgtau bukaan dan 6cm. Jd kami pun tunggu dkt kaki lima bwh hospital kat bandar seremban tu. Dengan ayahnya. Kami bersembanglah pasal dia bgai. Then tepat 12.45a.m., dapat call drpd mak dia katanya dia dah bersalin. Allahuuu. Menangis saya kat kaki lima tu dengan mak saya n ayahnya. Allah sahaja yg tahu betapa sayu and bersyukurnya pada waktu tu. Air mata tak dpt saya tahan. Yelah dia pun sy dah anggap macam adik saya dah pun. Alhamdulillah semuanya selamat.

Doktor pun benarkan kami naik ke atas sekejap tengok dia and baby. Ayahnya pun nak azankan babu. Sayu sangat waktu tu. Memang semua speechless. Tapi muka mak ayahnya memang gembira sangat sebab semuanya selamat. Selesai semua, saya dan mak terus balik ke kl. Sampai di rumah lebih kurang jam 4 pagi macam tu. Alhamdulillahirabbil ‘alamin, tanggungjawab kami dah selesai.

So tinggal satu paper lagi. Dia ambil exam waktu pantang. Sy nasihatkan dia lepas ni jangan pakai baju ketat2. Pakai baju besar. Nanti orang perasan. Sya bg dia baju yg besar utk dia pakai. Tp org perasan jugak perut dia kecik. Kami buat taktau je.

Lama-kelamaan, dia makin bahagia mungkin. Saya pun dia tak kesah. Dalam hati saya, takpe lah. Allah dah hadirkan kebahagiaan dkt dia. Saya bersyukur. Tapi cuma bila dia ada masalah dia tau mana contact saya. Takpe lah. Saya ok je. Saya selalu nasihat dia. Kata jangan post gambar baby kat public, jaga emosi, macam2 lah. Tp nasihat tu tinggal nasihat shj. Dia chat sy sekadar nak meluah perasaan. Tp nasihat tak ambil kira pun. Saya biarkan saja..

Start sem baru, dia datang jumpa saya di bilik. Dia kata dia dah tahu siapa bapa baby tu. Saya memangg terkejut sangat dengan apa yg dia kata. Tapi saya buat biasa saja sebab nak dgr apa yg dia cerita. Sebelum2 dia, dia cerita pada kami yg dia pernah buat benda tu dengan sorg laki yg dia kenal masa dia kerja part time habis spm dulu. Lepas dah buat, masing2 tak contact. Laki tu pun taktahu kemana.

Tapi bila dia cerita kat saya dia dah tahu sape bapa baby tu.. saya terkejut amat sangat. Sebab tak sangka begitu jadinya. Dulu dia cerita lain, sekarang dia cerita lain. Saya biarkan aje dia bercerita and anggap saya tahu cerita tu. Hakikatnya saya tahu cerita lain. Jadi jelaslah dia dah buat dengan lebih seorang. Na’udzubillah. Sedih saya dengar. Mulai haritu sy tak percsya dengan apa yg dia ckp. Saya meng-iakan shj.

Saya buat mcm tu sebab saya tersinggung dengan dia. Bila ada masalah dia akan luah kat saya dan minta nasihat saya. Bila saya nasihat, dia endahkan je. Sekarang dia makin gedik. Tak macam sem 1 dulu. So obvious sgt dia punya perubahan. Dengan badan dah kurus. Kawan2 mula berkata pasal dia. Saya taknak masuk campur. Mak kata dengan saya, pedulikan dia sebab tanggungjawab saya dah selesai. Sape tak kecik hati bila senang dilupakan, bila susah bru nak cari. Saya redha. Saya ikhlas tlg dia. Cuma ada terasa hati sikit. Takpelah sy cuba untuk terima semuanya. Saya tak mengungkit.

Sekarang, orang berkata pasal dia yg asyik couple dengan ramai laki. Saya diamkan je. Malas nak ambil tahu. Sebab saya dah berkali2 nasihat dia dulu. Dia tak kesah pun.

Sem 1 sebagai pelajar diploma memang mencabar bagi saya bila hadap masalah mcm ini. Lagi-lagi masalah tu datang waktu peperiksaan akhir. Saya ambil sebagai satu pengalaman dan pengajaran. Alhamdulillah saya mendapat dekan walaupun saya menghadapi cabaran sewaktu final exam tu. Mak kata,”kamu tolong orang, Allah tlg kamu balik”. Alhamdulillah Ya Allah.

Semoga berbahagia ya sahabat. :)

– Syarifah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit