Hari raya kau yg best aku yang merana

Nak beletiaq sikit .

Bagi aku Hari Raya bukan lah hari seronok sangat . Ia merupakan hari yang penuh pengorbanan . Pergorbanan apa ? Pengorbanan dari segi duit , masa , tenaga .

Yang pertama dari segi duit .

Kau bayang kan orang kampung mana lah ada duit sangat untuk beli daging , beras pulut banyak-banyak untuk jamu anak kau yang gemuk-gemuk tgh remaja yang kuat melantak tiga empat pinggan . Hulur – hulur lah sikit ingat duit abg jibby kasi ke ? Kau dah la pulang lambat . Malam raya baru nampak batang hidung kt kampung . So mak bapak kau yg tua ni lah terpaksa korek duit pencen ke duit toreh getah ke utk beli daging , beras pulut , mentega bagai nak buat kuih . Kau cuma tau call pastu order . Dari kau kecik sampai ada 5 org anak besar2 gemok pulak . Kau masih buat mak kau mcm hamba abdi ? Kau sepatutnya hulur duit . Bukan nak 2.6 bilion pun . Sikit pun jadilah . Kalau dah 10 adik beradik kan dah pokai mak bapak kau .

Yang kedua tenaga .

Yang paling penat bagi aku adalah keluarga kau di kampung . Seminggu sebelum raya diorg berlelah penat cuci rumah . Sakit pinggang taktau nak ckp lah . Buat kuih 20 jenis utk cucu nak lantak . Tak cukup rendang daging , serondeng ikan pun kau order . Tak cukup ketupat lemang pun family kau buat kan . Semua tu sbb sayang anak jauh yg paling tak guna sbb takda rasa kesian kt mak bapak . Dah sampai kampung mlm raya buleh pulak duduk rilek . Kau tu pergilah tolong . Ajak bini sama . Kalau kau kawin bayar hantaran mahal – mahal kalau setakat nak hadap muka lawa dia tapi masak tak reti . Potong bawang pun kekok . Kau adalah suami yang paling looser dalam dunia . Kalau bini kau bagi alasan ada anak kecik . Kau pegi ajalah jaga nak kau . Biar isteri kau tolong mak mentua di dapur . Kau ingat mak kau muda lagi lepas jambang kau keluar mcm hutan amazon . Tulang diorg tu dah rapuh bhai . Zalim do bagi mak bapak siapkan makanan kat anak menantu . Anak menantu balik duduk depan televisyen . Hadap tv 24 jam . Perangai menantu pompuan lahabau je mcm nih .

Kalau korang masih nampak kak ipar duai korg dok tunggu 24 jam anak dia yang merangkak sampai buleh berdiri . Korang sepak je laju-laju . Dah anak tak buleh berjalan kau kasi je kat suami kau suruh dia jaga . Pandai pancut pandai bela lah . Kau tu masok dapur belajar masak kalau tak reti masak . Bila kau tak pandai masak . Kau ingat keturunan kau lepas ni mahu belajar masak ke ? Kau nak biak keturunan kaki gajet ke? Hadap instagram, fb , twitter 24 jam . Chat balak sana sini . Padan la balak pun dapat makwe mcm kau . Dua-dua pemalas nak buat kerja rumah . Makan laju kalah binatang hidung pink .

Dah aku penat beletiaq . Btw sebelum kecam aku dengan alasan korang yang tak penah habis setiap tahun aku selalu kata depan . Hasilnya ada ahli keluarga aku yang tak balik raya sebab kecik hati . Lantak kau nak balik ke tak . Duit aku jimat . Bil letrik api air pun jimat . Dah la tak jaga mak bapak . Balik setaun sekali nak jadi raja pulak . Kang tak pasai – pasai makan kaki aku kot .

Korang apa tau balik jauh-jauh . Selak tudung saji . Komen sana sini , yang ni sedap yang ni tak sedap . Sekupang tak keluar . Perabih makanan adalah lah . Pastu cukup masa kau ucap maaf zahir dan batin then belah . Kampung ibarat hotel kau je .

Kampung bukan hotel bro dan sis sekalian . Sepatutnya kita balik awal tolong siapkan apa yg patut sebelum hari raya . Mak bapak kita tu lah king dan queen yang sebenar bukan bini kau yg kaki melaram baju 10 pasang . Ada anak 10 orang bahagi lah tugas . Keluar duit sorang sikit . Kongsi tenaga buat kerja . Baru lah nikmat tu rasa dengan penuh kepuasan setelah penat bersama – sama . Kalau kau selfish . Org maki belakang tau .

Dah . aku nak sepak sapa minta password wifi tahun nih . Kau balik tu cuba lah borak dgn sepupu papat kau . Bukan hadap instagram yg penuh gambaq minah balut shawl sana sini yg tak reti masak . Alasan dunia skrg dah moden . Buleh beli luar . Alasan pala bana kau .

– Ketupat hangit –

– Ketupat hangit

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

46 Comments

  1. Rileexx kak/abg..mak saudara saya chill je anyam ketupat sambil dodoikan anak..adik2 saudara semua pakat sibuk tolong bakar lemang dan bersihkan halaman rumah.kucing saya pun tumpang sekaki buat gulai daging.saya pula letih dok tengok diorang☺

    • Nak sound mcmn, suami dah siap bagi amaran. Dia kata “awak jgn kata apa2 kat adik ipar saya, dia pemalas ke, x pernah tolong masak ke, merengek2 nak duduk lebih selesa ke, x nak duk kat rumah mak ayah ke time raya…nanti adik saya x mau balik kampung…”. Semua kita kena mengalah dgn adik ipar dari melaka ni. Kena keluar bilik sendiri dan bagi dia duduk supaya dia selesa. Kalau x dia akan angkat beg, merajuk time2 tu jgk nak balik. Menyampah pun ada…Tp terpaksa diam…

  2. Haha..i like it..bkn ngadap fb ..whsap sna sni..krja dpur tah ke mna..pmls..blik umh brkurungg jga ank dh bsr kot..wak lebar punggung je taw..muka lwa pemals org xpndang jugak.last2 org buat ketupat hngit blkang ang berbakul2..ko ape taw.ubh l dri ke arh kebaikan..mhon hdayah smpai..org dh ke bulan ekauu mkn kuih karas lg ..bhaii #bia_sentap

  3. always facing this every Raya and any Raya.. dah lali.. BTW, ade sesape bolah ajar cara nak tukar avatar?

  4. Seperti yg dinyatakan….hari raya penuh pengorbanan…..jika rasa tak sanggup nk berkorban…carilah cara lain sambut raya….bg org yg bekerja kdg2 memang terpaksa pulang last minit….berkemas last minit….slps selesaikan semua urusan kerja….penat tak habis….kene drive plak jauh2….so….kalau rasa tak sanggup berkorban menolong keluarga di kg….tak payah balik raya….pergi bercuti….lagi baik dan tak menyakitkan hati org di kg….duit tambang or minyak tu…bg belanja famly di kg hi hi….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *