Hari Tua – 10:41 AM

Hari Tua – https://iiumc.com/forumv2/

Aku takut tengok mak ayah aku makin tua.Tapi aku lagi sedih bila aku tak perasan pom yg mak ayah aku dah tak kuat mcm dulu, dah tak berapa sihat mcm muda2 dulu. Aku ingat lagi, aku balik rumah masa cuti sem, aku tengok mak senyum pastu aku nampak gigi mak dah banyak yg patah. Tu pom aku perasan lepas seminggu duk rumah. Seingat aku gigi mak tersusun cantik je sebelum ni. Tak peka kan aku?

Aku sedih tengok mak dah tak boleh nak makan makanan yg keras sbb gigi dia dah tak kuat mcm dulu. Dulu mak selalu eksyen gigi dia paling kuat. Sekarang ni, mak banyak mengadu dah tak boleh makan tu tak boleh makan ni.

Aku tak sedar yg kepala mak dah penuh dgn uban. Dulu aku rajin cabut uban mak. Tapi sejak belajar jauh, mak cabut sendiri je uban dia depan cermin. Kadang tu ayah yg cabutkan. Mak tak tahan gatal uban.

Aku sedih tengok mak dah tak banyak tenaga mcm dulu. Sekarang ni, mak buat kerja sikit mesti dah mengah. Mak cakap mak tak boleh nak lipat baju sbb sakit belakang duduk lama2. Sejak tu, aku pastikan bakul baju kat rumah aku akan sentiasa kosong sbb aku dah siap2 lipat. Tapi kalau aku dah takde kat rumah, mak jugak yg kena lipat sendiri sbb yg ada kat rumah sekarang adik lelaki aku je yg tgh tunggu result spm. Sbb tu aku selalu pesan kt adik aku, kalau mak suruh buat apa2 buat je lah.

Mak walau letih mcm mana pom dia tak suka nak susahkan anak dia. Memang semua kerja mak nak buat sorang. Ada satu malam tu, mak cakap mak ada mesyuarat hari esok emm mak cikgu sekolah rendah pastu mak nak siapkan terus makanan utk tengah hari esok & kerja aku just masak nasi & panaskan balik je lauk mak masak. Mak buat mcm tu sbb aku tak reti masak. Memang tak boleh harap kan aku ni. Aku duduk dapur tu just teman borak je. Pastu mak mengadu mak tak iron lagi baju nk ke sekolah esok.Aku offer diri nak tolong iron. Tapi mak cakap takpe sekejap je iron. Aku mcm okay mak nk iron sendiri.Tapi bila aku tengok mak dgn peluh penuh kat dahi, dgn mata nampak sangat mengantuknya aku rasa aku ni anak yg tak berguna sbb tak tolong apa2 pom. So malam tu aku yg iron baju mak. Tapi mcm tulah mak, padahal dah tak larat tapi nak jugak buat sendiri.

Aku sedih bila tengok mak dgn ayah sekarang ni banyak tido je. Kalau dulu petang2 mak suka jalan rumah jiran tapi sekarang kalau pergi pom mesti malam tu mak banyak tido.

Ayah pom dah tak kuat mcm dulu. Sejak ayah kena langgar kereta masa nak ke masjid, ayah dah tak boleh buat kerja berat sbb tulang bahu ayah patah. Kalau dulu tiap2 petang ayah pergi kebun tapi sekarang tak, ayah dah tak larat nak pegang cangkul lama2.
Aku sedih bila tengok mak ayah tido depan tv. Aku boleh nampak mak ayah letih. Kadang2 aku menangis bila tengok mak ayah tengah tido.

Aku ni bukan anak yg baik. Aku tak reti nak cakap lemah lembut depan mak ayah. Aku rasa aku banyak lukakan hati mak. Tapi aku tak pernah mintak maaf lepas dah buat salah kat mak. Biasanya Aku cakap mcm takde apa2 pom, buat mcm biasa je lepas dah lukakan hati mak. Aku pernah nk cuba ckp aku minta maaf kat mak, tapi aku tak berani. Ego tinggi nak mati. Kdg2 aku emo tak tentu pasal depan mak. Tunjuk muka masam dpn mak. Kejamnya aku. Sepatutnya hati org tua la yg lagi cepat sensitif, tapi mak tak pernah nak ambil hati dengan aku. Lagilah buat aku rasa bersalah kat mak.

Aku tiba2 teringat cerita A.I Artificial Intelligence. Kisah pasal robot yg nak seorang manusia yg dia panggil mak sayangkan dia mcm anak sendiri. Dia berdoa kat blue fairy sampai 2000 tahun tapi doa dia tak dimakbulkan juga. Lepas aku tgk cerita tu, aku nanges gila2 sbb aku rasa aku lagi teruk dari robot yg takde hati dan perasaan tu. Sebab aku tak reti nak bersyukur mak ayah masih ada tapi tak pandai hargai dorang.

Aku mcm dlm dilema sebenarnya, aku syg mak ayah tapi aku tak pandai nk tunjuk. Mcm aku cakap tadi, aku tak pandai nak guna bahasa lembut depan mak ayah. Selalu je ayat aku bunyi kasar sampai mak tersinggung. Lepas dah buat mak terasa boleh pulak aku cakap mcm biasa je dahlah tak minta maaf. Memang lepas aku buat salah, aku rasa teruk sangat tapi aku still tak minta maaf. Aku buat baik kat mak lepas dah lukakan hati dia konon2 nak tebus balik kesalahan.
Even aku sedih tengok mak ayah makin tua, makin tak sihat tapi aku tak pandai nak jaga hati dorang, lagi2 hati mak.

Wish we could turn back time to the good old days :')

– Miss Lee

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *