Harta, pangkat, wanita.

Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama aku pendam. Kadang rasa macam boleh jadi gila.

Aku asal dari keluarga yang berada. Tapi hidup taklah mewah pun. Dan bagi aku family aku cuma ada ahli, tapi takda rasa family. Ayah aku selalu kena transfer. PTD. Dulu kitorang sume ikut je. Tapi bila masing masing dah besar, dah taknak pindah pindah. Jadi ayah pindah sorang. Duduk asing mak ayah. Ayah aku balik la weekend, kadang weekdays pun balik bila ada outstation sini.

Ayah aku ada jusa. Dulu aku memang rapat sangat dengan ayah. Aku selalu gaduh dengan mama. Sampaikan aku tahu ayah aku kawin lain pun aku tak kisah. Siap boleh jumpa lagi dengan mak tiri aku. Bagi aku biarlah, siapa suruh mama perangai macam tu. Degil, kasar, cepat melatah. Pendek kata dulu aku fikir mak aku yang tak pandai nak jaga family.

Sekarang aku dah kawin. Dah jadi isteri dah jadi mak dah pun. Sekarang satu satu pulak benda aku nampak pasal ayah aku. Aku makin nampak ayah aku ni sorang laki yang tak bertanggungjawab. Tanggungjawab jaga anak dah serah kat mak aku. Lepas tu mak aku ni pun kerja. Jadi kadang tak sempat nak beli barang umah. Bila dia balik takde barang dapur dia marah mak aku. Masing masing salahkan masing masing berkira nak keluar duit. Yang ni suruh yang tu, yang tu suruh yang ni. aku jadi tak faham. Masing masing gaji besar kot. Yang mak aku ni sibuk jaga kebajikan adik adik dia, kebajikan ank yatim, orang susah sana sini, yang bapak aku sibuk pulak dengan perempuan. Bapak aku dah cerai dengan mak tiri. Tapi duk main lagi dengan perempuan lain.

Aku grad uia. Result grad not bad laa, student tajaan. Tapi aku terus amik keputusan taknak kerja sebab aku membesar dengan keluarga yang both parent kerja. Aku jadi trauma. Kau bayang la bila aku gi tuisyen, orang paling last balik tu aku la. Bila balik sekolah, sampai tertidur aku dekat bustop tu. Masa sekolah rendah, naik van cina. Guna pulak perkhidmatan paling murah. Van cina yang angkut sekolah menengah. Memang lewat gila aku balik. Mereput aku tunggu dekat sekolah. Duit belanja sikit je makan tengahari cukupla. Dah balik tu mak kawan aku selalu belanja. Ntah la bila cerita sebak pulak rasa.

Sekarang bila aku tak keje, laki aku je keje, dengan sewa rumah mahal sume so kitorang ok la cukup makan. Tapi bila ada something urgent emergency datang, kereta rosak tayar pecah bagai, sesak la jugak. Dugaan. Ni raya ni kitorang dah decide taknak balik kampung jauh, raya sini je. Dekat kampung kltn tu 3 majlis pulak ada. 2 kawin sepupu, 1 tunang sepupu. Yelah kereta rosak tayar pecah, bajet raya memang takde dahla.

Memangla aku ni dah tanggungjawab laki aku. Tapi bapak aku kaya kot. Ni dah nak pencen tengah bulan ni, hadiah pencen ratus ribu kot untuk jusa. Aku tanya dia nak tak sponsor tiket flight untuk kitorang 3 beranak balik kampung, dia jawab taknak. Terasa gila kot.

Dan yang paling buat aku dah hilang respect dekat ayah aku ni, aku selalu la main phone dia. Perempuan tak payah cakap la berapa orang dalam messenger fb tu. Yang muda, putih, seksi. Whatsapp, save nama laki padahal perempuan. Paling kejam ada sorang perempuan ni rapat dengan mak aku, bini orang jugak, yang mak aku dah anggap macam adik dia sendiri. Manusia. Sumpah jangan percaya orang. Dan yang buat aku kecewa gila, aku jumpa gambar ayah aku peluk perempuan, gambar separuh takat dada, both tak berbaju. Boleh faham perasaan aku? Aku terus forward masuk whatsapp aku. Ntah aku pon tak tau untuk apa aku nak simpan. Tapi aku nak simpan.

Aku kecewa dengan parent aku. Aku kecewa dengan ayah and aku kesian dekat mak aku. Aku cari kekuatan untuk respek ayah aku balik, tapi susah. Aku selalu balik rumah time ayah aku takde. Bila ada tu aku balik sekejap aku buat buat rushing. Aku cuba pujuk diri. Seteruk mana pun abah, dia tetap abah. Dia yang ajar aku solat, kenal huruf quran, baca quran dengan betul. Dia didik akhlak aku. Aku cuba pujuk diri, benci kelakuan, bukan pelaku. Tapi, sumpah susah kot.

Aku tak lah cakap aku baik. Tapi aku ni rela hidup sederhana, dari banyak duit kononnya mewah tapi anak terabai. Aku pilih untuk tak kerja. Pegang ni betul betul. The best among u is the best among ur family. Dengan family dulu weh. Bukan orang lain.

– A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

24 Comments

  1. Betul la tu. Family 1st bukan org lain dulu. Salute perempuan yg jd home engineer. Ayah ttp ayah adik. Xpuashati itu akan ada. Just simpan dlm hati sbb ibu bapa tmptnya tinggi. Hormat plg penting.

  2. kesiannya confessor. chop,adakah mak ayah mmg betul2 kaya atau actually byk hutang? sy tau byk family yg nampak mcm kaya tp actually sesak/semput sbb tiap2 bulan hutang loan mcm2 and kredit kad ribu riban hutang. SBB tu anak2 mintak duit/sponsor tp diorang x leh nk hulur (SBB hutang bulanan).

    • Perempuan xpe dik. InshaAllah kita diuji dgn nafsu yg 9 pelbagai kecenderungan. Mungkin nafsu shopping, nafsu makan, decoration ect. Tapi lelaki diuji dgn 1 nafsu je iaitu wanita. Dan lelaki bila ada kedudukan pangkat wang cukup diuji. Beruntung lelaki yg dpt menundukkan nafsu masing2 & setia hanya kpd seorg isteri serta menggalas tanggungjawab sbg ketua keluarga sebaiknya. Apapun.. jgn jadikan kisah yang mungkin menjadi trauma buat seseorang ni utk membataskan peluang kerjaya kita.

  3. Im not sure why you expect your father to sponsor you with anything. Kaya or not. Your sense of entitlement is appalling. You are the one that supposed to treat your parent. Belanja ke or kalau takde duit…masak juadah sedap untuk mak ayah ke… buat aktiviti bersama ke.. so many ke.. ke..
    Make a lot of doa for your parents. We are not maksum… may Allah guide your parents and all of us towards the right path and grant us all with his Jannah.

  4. Kenapa tak nak kerja. Kalau aku kat tempat kau, aku akan kerja. Risau dengan lelaki zaman sekarang. Bukan semua bertanggungjawab. Kalau kena tinggal, nak hidup macam mana?. Takkan nak expect parents tanggung kot?. Panas tak selalunya hingga ke petang. Kat adik2 aku pun, aku bgtahu kerja lepas kawin, jangan duk umah harap ke laki…naya kalau jadi pape..

    • Yes, pelik juga dgn confessor ni. Nmpak mcm byk complaint. Sepatutnya dia ambil pengajaran dari family dia & be someone better/contoh pd org lain. And..cari lah kerja. Kesian pada husband. Dh kawin pun masih mengharap parents sponsor atas alasan ‘kaya’. Sick!

  5. semoga suami awak seorang yang soleh! ameen. x jdi mcm ayh awak.. semoga ayah saudari dikurniakan hidayah Allah.

  6. Insyaallah rezeki tu ada wpon xkerja. Biar kita jaga kebajikan suami dan anak2. Percaya dgn rezeki allah.
    Bab parents tu, sy rasa awak xperlu tunjuk sgt kebencian.. raya ni dok umah dendiam, celebrate dgn kengkawan mana yg ada. Bkn nk galakkan utk awak derhaka, tp lebih baik awak ambil masa utk pulih, mental maupon emosi.

  7. Mengeluh tak boleh pulihkan kereta. Ambil peluang utk berniaga dari rumah sementara nk puasa dan nk raya ni. Jadi agen jualan kuih raya ke, amek komisen. Atau kalau boleh buat kuih sendiri, buat dan jual. Paling kurang blh kurangkan beban pd suami. Atau pn mengajar ngaji pd budak2. Amek upah sikit. Berfikir utk keluar dari masalah dan kurangkan mengeluh dgn masalah yg ada. :)

  8. Soal duit ni…rse ayah sis x rse pnting untk salurkn pd sis..bila ad duit ni sng nk ngort prmpun yg mata duitan (bukan brukkn lgi ayah sis)…

    Tpi soal rumah tngga bergolak….cube cek blik..biasenya ad yg kurg dlm rumhtgga tu cri kt luar…tp tu la..smue dh sibuk mmg rse bnyk bnde x terpenuhi..

  9. Harta,pangkat dan kedudukan tu sebenarnya dugaan. Maybe ayah kau gagal dalam menguruskan keluarga. Kita siapa nak judge dia. Dia main pompuan ke mabuk tu dosa dengan Allah. Kau sebagai anak tegurla dia elok elok. Who knows dia akan bertaubat. Jahat mana seorang ayah,kita sebagai anak wajib muliakan dia. Maksud aku kat sini,bila jumpa treat him nicely. Kadang small gesture dari kita boleh bagi effect positif yg besar untuk orang lain. Busuk busuk pun darah daging juga. Dah ramadhan ni kan.

  10. Kalau dah kadang rasa sesak, saving tak banyak, kerja je lah. Meniaga online ke, part time mana2 ke. Awk da besar panjang, takpayh harap duit mak bapak even diorg berduit.

  11. Firsly, jusa kalau gov. Xda la kaya pun even ada dato..kebanyakan yg jusa2 or peg. Tinggi kerajaan ni mmg kaki pempuan..gro..pelacur..sorry to say..tambah pula bila ada ‘pangkat’ or ‘kuasa ajaib’..ada pula pihak yg sanggup bg ‘perempuan simpanan’ pilih je perempuan mana..pramugari..vietnam..siam…xsemua..tp ramai yg jump mcm ni..berurusan bila nk settle..atau minta bantuan..kalau yg berumur yg diminta pempuan la..kekadang nmpk baik..xdisangka..maaf ye kalau salah ckp.

    Secondly, kalau ayah kedekut pun duit dia..dia xbg pn xsalah pun..bkn tanggungjwb dia dah sbb dah berkahwin..tp mesti sakit hati bg kat gro2..org asing ngan anak nak berkira kannn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *