Harta Wakaf

Assalamualaikum.. Pertama sekali, nak ucap terima kasih kat admin sebab approved..

Cerita aku start masa aku first sem… aku ada roomate actually bagi aku dia ok la… tapi yang aku tak boleh tahan dia suka buat harta aku macam harta wakaf…

Masa starting belajar dulu2 masa aku mula2 dapat u… my parents memang sediakan semua la kemudahan untuk aku belajar… laptop printer… duit belanja semua… batch aku kebiasaannya diorang tunggu duit ptptn masuk baru beli benda2 tu semua…

Alkisah… aku ni jenis tak berkira dengan roomate… anyway laptop aku memang aku letak atas meja study plug semua la sekali dengan printer… so memudahkan aku nak pakai just on and printer pun tak yah susah2 nak simpan nak password bagai… aku pun pesan pada roomate… if nak pakai laptop aku ni guna je la… tak yah minta izin lagi pun 1 bilik aku tak nak berkira… bagi aku leceh la minta izin bagai.. kadang aku tengah tidur dia kejut cakap nak pakai laptop… so aku bagi la kelonggaran… lagi pun dia pakai depan mata jer… tak ada masalah..

tapi bila macam dah lama2 tu aku rasa dia macam naik lemak… contoh ada 1 hari tu aku keluar gi jalan2… then bila aku balik jer… orang dari bilik lain guna kan laptop aku sesuka hati tanpa izin… then sape bagi kebenaran? aku tengok jer laptop aku di wakafkan… hangin pulak aku… ada lagi 1 hari tu aku balik dari makan.. aku tengok laptop aku hilang.. aku dah risau nak nangis dah.. sekali aku message dia.. dia cakap laptop aku dia bawak pegi lab… memang la lemak berkrim di sukai ramai betul… ada 1 hari lagi tu tentang printer… memang aku sakit hati… aku punya printer bukan la pakai ink yang refill.. aku jenis beli ink original yang mahal dalam RM 30-40 harga untuk 1… bagi aku kalo setakat roomate aku nak guna untuk assignment dia ke print2 sket2 ke which is ok… print la tak yah minta izin pun aku tak kisah…dah roomate…

tp…..
yang aku tak boleh tahan giler bila dia ambil assignment kawan dia buat macam assignment dia print kat printer aku…. macam tak da rasa serba salah pulak… dah la ink tu aku beli aku tak pakai sesen pun duit dia… semuanya atas duit aku… slumber je dia buat printer aku tu wakaf… haishhhh hangin sangat2…

Pernah ada 1 hari… bilik aku memang ada wifi dekat bilik.. yang aku beli sendiri bayar tiap2 bulan rm50.. then aku memang share pakai la dengan roomate aku SAHAJA… aku tak minta pun dia bayar.. sebab aku mampu… then yang aku tak boleh tahan…
1 hari tu aku cuti… 3-4 hari… aku balik kampung… aku tinggal kan la wifi aku tu untuk kegunaan dia… aku malas bawak balik rumah.. sebab rumah aku pun dah ada unifi… tinggal la untuk dia… dia nak buat assignment lagi memerlukan…
tapi yang aku tak boleh tahan… ada kawan aku report.. tak tau la elok ke tak dia report… tapi bagus la dia report… dia cakap masa aku tak ada dia angkut kawan2 dia buat assignment kat bilik guna wifi aku….hurmm…. susah la orang macam ni… dah la internet tu kuota berapa GB jer… memang aku tak boleh nak tahan and bersabar…

Lastly… kesabaran aku meletop… printer aku bungkus simpan dalam almari… kunci.. nak pakai aku keluar kan dari kotak and print… teramat leceh… wifi aku tukar password… peduli la mulut2 cakap 1 bilik pun nak berkira.. g mam*** bukan duit diorang bayar… and laptop aku, aku tukar password… next sem nya aku tukar bilik sorang… amannn… sakit jiwa orang macam tu… bagi betis nak peha… geram pulak aku… lain kali jangan terlampau baik… tu la pengajaran aku…

– Izara

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *