Harta Yang Tidak Seberapa

Salam. Nama aku Rafflesia, berumur 30 tahun. Aku pendekkan cerita sahaja lah ya. Cerita ini berkisarkan tentang keluarga belah mak aku.

Mak aku mempunyai 11 adik beradik, 4 perempuan & 7 lelaki. Sejak arwah abah (atuk) aku meninggal, tinggal mak (nenek) seorang sahaja. Ketujuh-tujuh pakcik aku tinggal di taman yang sama dengan nenek aku.

Pada dua tahun lepas, nenek aku meninggal dunia disebabkan covid. Pada masa inilah, hubungan adik-beradik mak aku menjadi tak berapa baik & renggang.

Terdapat berlaku beberapa perselisihan faham semasa nenek hidup & selepas meninggal dunia. Antaranya, perebutan harta tak seberapa yang ditinggalkan, iaitu barang kemas dan sebuah rumah pusaka.

Barang kemas juga telah dijual, dan dibahagikan sama rata nilainya atas persetujuan beberapa orang adik-beradik.

Selepas pembahagian nilai tersebut, secara tiba-tiba ada seorang pakcik lelaki untuk meminta bahagiannya secara faraid. Tanpa menolak segala hutang yang ada, dan mahukan nilai asal secara bulat-bulat.

Keadaan menjadi huru-hara seketika & saling menyalahkan antara satu sama lain. Masing-masing menunjukkan perangai setelah nenek tiada.

Sehingga kini, hubungan antara adik-beradik antara lelaki & perempuan tidak lagi semesra dulu.

Untuk bahagian rumah pusaka pula, ada sebahagian yang mahu jual saja, ada pula yang mahu dibiarkan begitu saja. Dibiarkan, tapi untuk maintanance (bil air & api) dibiarkan tidak berbayar.

Rumah tidak berkemas, tidak bersapu. Balik hanya untuk suka-suka, tengok tv, anak-anak bermain dan balik ditinggalkan begitu saja.

Air kotak dibiarkan tak habis di dalam fridge. Baki & sisa makanan tidak dikemaskan selepas digunakan. Mana tidaknya, mengundang kemarahan orang lain (makcik-makcik) yang lain.

Macam aku katakan tadi, rumah pakcik-pakcik aku (7 orang semuanya), berdekatan & satu taman dengan rumah arwah nenek aku.

Buat masa sekarang, rumah pusaka arwah nenek aku telah didiami oleh pakcik bongsu buat sementara waktu.

Disebabkan ketiadaan rumah sewa yang lain, dia duduk di situ atas persetujuan adik beradik yang lain (9/11 orang) sahaja yang bersetuju. Lagi 2 orang pakcik aku membangkang disebabkan masing-masing ada hak terhadap rumah pusaka tersebut.

Setelah berbincang, pakcik bongsu tersebut hendaklah membayar sewa setiap bulan, dan sewa tersebut hendaklah dibahagikan kepada adik beradik mengikut turutan.

Pada masa sekarang, hubungan antara pakcik & makcik (adik-beradik mak) aku tersangatlah tidak baik, disebabkan campur tangan isteri pakcik-pakcik aku ni.

Nak dijadikan cerita, selepas tiga hari nenek aku meninggal dunia, selepas malam tahlil tersebut, makcik-makcik (adik-adik ipar mak aku) buat tiktok berjoget, bergelak ketawa di dalam rumah arwah nenek aku.

Ada 2/3 video tiktok ya. Selepas majlis tahlil. Selepas hari ketiga. Katanya, hanya untuk suka-suka & kenangan sahaja.

Sekiranya kalian yang membaca ni, apa perasaan ya? Sangat kurang ajar, bagi aku sebagai seorang cucu kepada arwah nenek. Mereka biras-biras, semuanya duduk satu taman & memang kerap berjumpa. Untuk apa tiktok pada malam tahlil tersebut?

Bila mak aku bersuara hal ini kepada pakcik-pakcik (adik-beradik lelaki mak), dikatanya itu semua hanya untuk release kepenatan selepas majlis. Adakah alasan ini boleh diterima akal? Mengarut.

Makcik-makcik (isteri pakcik-pakcik) aku semuanya bukan budak berumur 20an, semuanya dah beranak pinak, berumur 30-40an. Takkan benda yang sensitif ini pun nak dijadikan bahan hiburan & content tiktok?

Selepas peristiwa tersebut, hubungan mak & adik-beradik lelaki yang lain menjadi sangat hambar. Masing-masing menunjukkan rasa tidak puas hati atas teguran tersebut. Mereka tetap memilih untuk back-up isteri masing-masing, dan dikatanya tidak bersalah.

Dan kini, selepas 2 tahun arwah nenek meninggal, hubungan ini bagaikan retak menanti belah. Tiada persefahaman, tiada bertolak ansur. Tiada rasa hormat & kasih sayang antara adik-beradik.

Kini, kami meneruskan hubungan macam biasa sahaja. Kami tetap bersama dengan mak, selepas tiada lagi hubungan baik antara adik-beradiknya.

Saya pernah bercakap dengan mak, andai satu hari mak meninggal dunia, saya tidak akan menjemput adik-adik beradiknya.

Semasa mak saya hidup, dibuatnya mak saya macam tiada. Tiada perasaan, tidak perasan kewujudannya. Jadinya tiada beza selepas dia tiada. Mak hanya terdiam.

Sayang, sayang sekali dengan pengakhiran hubungan ini. Kami cuma berharap agar semuanya nanti baik-baik saja. Biarlah keadaan, masa & takdir yang menentukan semuanya.

– Rafflesia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *