Haruskah Aku Berdamai Dengan Takdir?

Assalamualaikum.. Nama aku Mawar, aku berusia 30an, seorang balu yang baru kematian suami. Al-fatihah buat suami aku. 

Aku tengah buntu sekarang sebab abang sulung aku, dan ibu aku berkeras nak aku berkahwin dengan sepupu aku yang jugak merupakan seorang duda anak 1. Tapi anak dia duduk dengan ex-wife dia. 

Dipendekkan cerita, masa suami aku hidup lagi, keluarga aku bergaduh, berselisihan faham keluarga paksu (anak paksu yang nak dijodohkan dengan aku). Abang aku satu2nya yang masih berhubung baik dengan family paksu.

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba2 paksu hantar rombongan meminang. Jadi dengan alasan nak eratkan semula hubungan kekeluargaan antara kami, abang aku paksa aku nikah dengan anak paksu, aku gelar anak paksu ni Amin la.. 

Masalah sekarang ni, aku betul2 taknak and tak setuju dengan penjodohan ni.

1st, aku masih sayang and teringatkan arwah suami aku, tak sampai setahun lagi, takde siapa boleh gantikan tempat arwah kat hati aku.

2nd, aku memang benci Amin. Dari kitorang kecik hubungan kite orang tak baik. Dia suka buli aku, cari gaduh dengan aku, pendek kata jangan nak cakap benda baik2, nak senyum sesama sendiri pun tak pernah.

3rd, aku tak suka kahwin dengan sedara mara. Banyak yang buruk dari yang baik nanti. Sebab seterusnya memang aku taknak kat Amin, aku benci dia, macam mana aku nak hidup dengan dia. 

Sekarang ni abang aku paksa aku, dia kata dia wali aku lepas arwah ayah takde. So, wali ada hak untuk nikahkan aku tanpa persetujuan aku. Kejam kan?

Ibu aku pujuk rayu aku. Katanya, Amin tu yang suruh mama dia masuk meminang aku, tu yang maksu aku tanya ibu, ibu pulak pergi cerita kat abang aku.

Abang aku kata dia buat untuk kebaikkan aku, dia tahu Amin baik bla, bla, bla.

Aduh, sumpah aku buntu, aku serabut. Apa ke buang tebiat Amin tu, kiteorang tak pernah sebulu, tiba2 nak masuk meminang. Gila. Ini memang gila.

Alasan tak masuk akal, dia cakap kat abang aku dari dulu dia suka aku, tu dia suka buat aku marah.

So, bila sama2 dah single ni, tu dia terus masuk meminang, tak nak aku terlepas kat tangan orang lain buat kali kedua.

Sumpah, nak muntah hijau aku dengar. Dengan orang lain dia boleh tipu, tapi bukan dengan aku. 

Sekarang ni aku ada dua idea je. 

1st, istkharah, mintak petunjuk dari Allah.. Tapi aku takut jawapan tu menuju ke arah yang aku tak nak. 

2nd, aku lari jauh2 bawak diri. Tapi aku tak sampai hati nak buat ibu aku macam tu tapi aku kena pikirkan diri sendiri jugak. Sumpah buntu. 

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. anda tak perlu setuju dengan permintaan mereka. untuk balu atau janda, wali perlu dapatkan kebenaran tuan badan sebelum dinikahkan. persetankan semua permintaan mereka. Anda yang akan hadap sendiri sekiranya apa-apa berlaku kelak setelah dinikahkan.

  2. Klu sis xsedia sis bgtau si amin tu ckp sis xleh lupekan arwah suami sis lg… Mintak masa.. ckp xnak tunang xnak ade ape2 skrg ni… Pastu ugut la sikit mak tu, ckp klu mak paksa jugak jgn tya kenape lepas ni org hilang tanpa khabat berita… Abg sis tu, dia ckp mcm tu sis ckp je ape susah nikah siam boleh… Sis dok lemah longlai sedap la org pijak2 kepala…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *