Hasad

Aku merupakan pelajar yang boleh dikategorikan biasa-biasa. Tapi aku sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang aku nak. Sejak dulu aku hanya hampir dapat apa yang aku nak tapi tak sepenuhnya. tak sesempurna yang aku inginkan. Dari kecil aku dah diajar untuk bersaing, bersaing dengan sepupu dan kawan-kawan.

Setiap kali aku melihat orang lain duduk di tampuk yang aku impikan, akan muncul hasad dengki dalam diri aku. Aku seorang yang akan ingat semua perkara yang pernah orang lakukan pada aku, walaupun kadang-kadang aku seorang yang pelupa tapi ada sesetengah perkara yang berbekas dalam ingatan aku. Sehinggakan aku mampu ingat setiap tingkah dan tindakan orang lain pada aku sejak dari aku tadika lagi. Aku masih ingat pembuli yang sentiasa menghalau aku bermain, guru tadika yang mengutuk aku kerana lembab. Setiap butir kata mereka aku ingat, dan sejak dari itu aku belajar akan makna Dendam.

Fatin (bukan nama sebenar) merupakan pelajar terbaik semasa kelas tadika aku, aku sering dimarahi guru kerana pendiam dan lambat membaca. Ketakutan membuatkan aku memilih salah satu tiang di kelas sebagai tempat aku menghabiskan masa seharian. Hari berganti hari, selama setahun aku membungkam menyimpan dendam yang tebal. Ayah menempatkan aku di sekolah yang jauh dari rumah, jadi mustahil untuk aku sekelas dengan teman-teman dari sekolah tadika atau lebih tepat musuh. Selesai sekolah rendah aku masuk ke sekolah menengah, kehidupan aku seperti biasa, aku mula sesuaikan diri apabila dibanding-bandingkan dengan yang lain sehinggalah aku ke sekolah menengah. Sekolah itu terdiri daripada dua pelajar iaitu pelajar biasa dan yayasan.

Pelajar yayasan ialah pelajar yang cerdik dan layak untuk menduduki asrama yayasan. sedangkan aku hanya pelajar biasa,walaupun masih ramai pelajar cerdik tidak tinggal diasrama tapi aku masih pelajar biasa. Farah merupakan salah seorang pelajar yayasan. sekali lagi aku didombakan. Farah asyik menjeling ke arah aku, aku cuba menegurnya tapi dia acuh tidak acuh sahaja melayan aku. sejak itu aku mula menyimpan dendam, dendam untuk jauh lebih baik dari dia. Title aku sebagai pelajar biasa amat sukar untuk ditempis, bertahun aku cuba untuk menyaingi dia. setahun demi setahun aku berusaha, makin lama makin membuahkan hasil, dia makin jauh ke belakang. tapi aku belum puas aku memerlukan satu tanda yang menunjukkan aku telah menang. sehinggakan semasa SPM aku tercalon sebagai salah satu pelajar terbaik. Jauh meninggalkan dia.

Pada awalnya, aku sedari perasaan dengki dan dendam membawa aku ke suatu titik yang tinggi. kejayaan yang aku sendiri tidak pernah bayangkan. Dengki makin lama makin menguasai aku, aku makin tidak puas dengan kejayaan yang aku ada. Pantang sahaja ada orang lebih baik dari aku, akan aku benci kerana dengki. Aku masuk ke peringkat STPM semata-mata untuk mengatasi rekod abang aku. Aku dahagakan pujian, aku inginkan semua mata memandang aku. Rakan sekolah aku yang juga pelajar terbaik semasa SPM dikhabarkan akan masuk ke tingkatan 6. Dia merupakan pelajar asasi kejuruteraan mekanikal. Aku benci! Pasti semua mata-mata memandang ke arahnya, aku mula menyebarkan cerita buruk tentangnya kepada kawan-kawan. kKnangan aku dengan dia dulu yang sudah termaktub, aku buka kembali, segala yang jahat aku sebarkan ditambah dengan penyedap cerita. Dengan harapan dia akan dibenci dan keluar dari tingkatan 6.

Tapi rancangan aku gagal, makin ramai yang menyenanginya. hari pertama dia di tingkatan 6, soalan dia yang pertama ialah soal huruf vokal yang kami belajar. hati aku berbelah bahagi mahu mengajar dia, takkan aku nak ajar pesaing aku sendiri. tapi aku tetap ajar dia untuk menampakkan bahawa bukan aku yang memegang watak antagonis. Kadang-kadang aku tidak sedar apa yang aku lakukan. Segalanya telah sebati dalam diri aku. sehingga suatu tahap tingkah lelaki itu menyedarkan aku bahawa aku dah jauh tersasar dengan dendam yang aku simpan. Akhirnya aku lupakan segalanya dan mulakan hidup yang baru.

Sehingga suatu masa, dendam aku kembali semula bila aku dihina oleh seseorang. masa itu kelas geografi yang ditutor oleh rakan kami sendiri. Kadang-kadang muka aku yang blur menyebabkan orang keliru samada aku faham atau buat-buat faham. Sehinggakan rakan aku yang mengajar suruh aku ulang semula, ketika itu ada seorang lelaki menghina aku…” alah dia tu bukan tahu apa pun” marah menyelubungi diri aku. Ketika itu dia duduk bersebelahan dengan rakan aku yang aku dendam dulu budak asasi. Mungkin dia mula faham diri aku dan membalas kembali “eh, dia tahu…” sambil mengangguk kepadaku.

Aku bangun dan terangkan segalanya yang rakan aku soalkan sebentar td. Mata aku tidak lepas dari memandang tajam dengan merah dendam kepada lelaki yang menghina aku. Sekali lagi aku membentuk kawah dendam. Dendam yang hanya menunggu untuk meletus. Sehingga sekarang aku masih berdendam. Ada sahaja orang yang berjaya dan lebih daripada aku, akan aku dengki. Apa yang orang dapat aku inginkan juga, walau dengan apa cara sekalipun. Ia dah jadi salah satu dari diri aku, dia membawa aku. Membawa sehingga aku mampu berdiri ke tahap ini.

– Ak

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *