Hasil keringat – 11:13 PM

Hasil keringat

Aku tahu ramai yg baca iiumc ni. Ada juga yg terdiri dari golongan bekerja dan majikan. Aku merupakan diantara pekerja makan gaji di KL ini. Kenapa aku makan gaji? Kerana cita-cita ayah aku ingin lihat anaknya berjaya dlm bidang yg ayah aku pilihkan. Aku pulak, sayangkan ayah, ikutkan sahaja katanya. Mungkin tak lama lagi aku balik kampung dan jadi petani je.

Aku kini nak confess tentang perasaan aku. Sangat frust dengan majikan aku. Dah 2tahun lebih aku menahan sabar. Aku bukan bekerja dengan bangsa lain. Opis aku beroperasi dengan pekerja serta majikan yg 100% Melayu serta beragama Islam. Aku pada mulanya agak gembira bekerja dengan semuanya Melayu. Namun gembira tu, memakan balik hati aku.

Pertama pasal cuti. Aku tahu ramai jer pekerja yg hanya dapat cuti tahunan 12hari je setahun. Malahan ada yg 7hari sahaja. Kira aku bernasib baik. Dapat 16 hari cuti tahunan tidak termasuk MC yg hanya 8hari. Tiada insurans nyawa, atau medical cover untuk pekerja di syarikat ini. Setahun, aku boleh claim RM200 untuk medical treatment. Banyaklah kan? Dari tiada. Nampak tak aku cuba positif ni. Kalau dibanding dgn company2 lain, malahan company lebih kecil dr company aku keje ni, cuti tahunan pun dapat minimum 21hari. Siap dapat MC 15hari. Medical treatment dicover. Aku ni, kalau jadi pape, harapkan Perkeso je lah. Kalau kitaorang nie nak mintak cuti, ahaaa..kena seminggu awal. Kalau tak, bos tua ni xmo layan. Katanya, sila ikut procedure ofis. Adalah staff yg EL sebab makciknya meninggal jatuh bangunan, bos xbagi balik. Katanya pas waktu kerja boleh lah ziarah. Orang dh meninggal pun. Nak kejar apa. Dan kalau anak sakit berhari2, si pekerja perempuan ni EL berhari2. Bos akan sound dan cakap, "Eh, husband kamu takde ke? Tak boleh ke dia pulak yg jaga anak2 tu. Asyik awak jer". Dapat pulak husband yg nak isteri je bekorban, maka, berhentilah banyak staff sebab susahnya mintak cuti.
Cuti raya. Bak aku kata, kami semua Melayu. Tahun baru cina sebelum ni, company cina yg most of their workers are chinese, cuti seminggu ye. Kami? Nama je semua staff melayu. Bos bagi cuti sehari sebelum raya. Tu pun tolak annual leave masing2. Kata bos buat apa nak raya lama2. Perlu ke ziarah semua orang. Apalah nasib aku dapat majikan camni.

Bab kedua, tentang kerja. Aku ni, bukanlah kisah kalau kena buat kerja kerani walaupun aku ni eksekutif. Tapi janganlah dari kerja eksekutif, kerani dan akaun pun aku kena buat. Dari satu segi, aku dpt belajar lebih. Dari segi lain, aku jadi penat dan terbeban kerana kerja aku dah lari dari skop yg sepatutnya. Bila produktiviti aku turun, bos aku kata aku bodoh. Dia ingat, senang nak jumpa staff yg sanggup buat tu semua. Itu belum bila kerja dah banyak aku terpaksa balik lewat dan kerja dihujung minggu. Dan aku tak layak untuk dapat OT. Hanya yg bergaji kurang dari rm1500 sahaja boleh claim OT. Aku yg bergaji rm2300 ni, terpaksa lah kerja secara percuma. Namun aku kuatkan semangat. Kerja jugak disini.

Bos mulut takde insurans atau bak kata budak skrg, mulut longkang. Bos aku dah tua pun. Umur pun dah 50 lebih. Sebaya ayah aku pun. Bila dia tak puas hati, dia sound ikut otak dia je. Mujur dia jarang maki je. Tapi ayat dia selalunya makan dalam. Selalunya dia akan kata aku ni bodoh. "Baik xpayah jadi eksekutif, jadi kerani je patutnya. Kalau dah rasa taknak kerja sini, bolehlah berhenti, kami tak perlukan pekerja macam awak." Entah kenapalah aku sabar jugak disini walau bos tak pernah nak hargai aku sebagai aset dalam company dia.

Sebelum ini walau bos berperangai macam hampeh, cuti susah nak dapat, OT tak dapat, kerja bertimbun, kena marah selalu, staff yg suka bergosip dan mengutuk serta banyak lagi lah, aku masih bersabar dengan harapan bos akan naikkan gaji ataupun bonus. Namun pada awal tahun ini, bos buat hatiku retak berkecai serta berderai. Kami tidak dapat sebarang kenaikkan gaji mahupun sebarang bonus. Atas alasan kini ekonomi merudum. Aku faham ekonomi merudum, tapi pada tahun lepas aku telah siapkan banyak projek. Mustahil tak dapat untung. Sekurang-kurangnya berikan kami ganjaran setelah berpenat lelah bekerja. Bukan mintak bonus berbulan-bulan gaji. At least berilah saguhati RM1000.00 bagi kami. Akhirnya kami diberi RM50 seorang sebagai token penghargaan. Pabila kau dah bekerja bersungguh2, penat, habiskan masa, buat dan siapkan projek beratus ribu, berjuta2. Akhirnya hanya terima RM50.00. Itukah nilai usaha dan titik peluh aku? Ke aku dan semua staff tak perform dgn baik. Bila aku kira semula duit bagi salah satu projek kami siapkan, ada baki yg mencecah RM15k. Itu baru satu. Kami ada berpuluh fail seperti itu. Mana duit semuanya?

Dapat pula berita, seorang dari bos kami beli kereta porsche baru. Seorang lagi audi. Mereka juga bercuti berminggu2 di luar negara. Tunaikan umrah berkali2. Tapi kebajikan kami sebagai pekerja? Telah ramai bekas pekerja yg telah menyuarakan ketidakpuas hati mereka terhadap sistem di opis ini. Namun, bos adalah bos. Mereka dengan angkuhnya berkata "kalau rasa nak kerja dgn kami, kerja. Jika tak suka, berhenti sahaja. Ada lebih ramai lagi yang mahu bekerja dgn kami". Sebab tu ramai yang berhenti kerja.

Kami semua tak dibenarkan solat dalam opis. Kerana bos tak mahu carpet yg baru ditukarnya itu punyai kesan air wudhu. Dan jika kami harus solat di surau, di tingkat lain, dan ambil masa lebih dari 15minit gara2 perjalanan nak tunggu lif dan orang ramai di surau, bos akan marah dan kata kami sengaja curi tulang. Oh bos. Aku hingga hilang kata2.

Aku yakin rezeki adalah kurniaan Allah. Namun jika orang lain mengambil hak aku. Aku tak redha. Itu aku yg kerja didalam opis. Bagaimana perasaan despatch dan kerani yg bergaji lebih rendah? Di dunia bolehlah beli kereta mahal2. Di akhirat kelak, merangkak lah si majikan mencari pekerja yg dianiaya nya. Aku tak kata aku dianiaya. Aku yakinkan diri bahawa ini bukan rezeki aku. Namun hatiku kecewa sangat hingga berdetik2 di hati, jiwa dan otak aku, adakah ini tempat yg aku harus kekal untuk mencari rezeki yang halal. Atau aku harus tinggal dan mencari rezeki di tempat yang lebih baik. Namun aku juga takut, kata org kini ekonomi merudum, jgn berhenti kerja. Aduh! Bagaimana dengan hati aku yg terluka ni.
Buat majikan diluar sana, tolonglah jangan aniaya pekerja anda. Jika anda layan mereka dengan baik, kami akan berkhidmat dengan lebih baik. Andai anda pernah tertipu dgn sesetengah pekerja, jgn jadikan itu sebagai punca semua pekerja dianaktiri. Aku pun taknak makan gaji, cuma inilah cara menjana pendapatan yg aku tahu buat masa ini.

Jadi bantulah aku yg dalam dilema. Perlukah aku berhenti kerja, atau aku patut stay.

– Aku seorang pekerja

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *