Kali ni aku nak cerita kisah aku. Umur aku dh 2x. Masih belajar somewhere in KL.

Serious aku cakap. Aku banyak buat dosa. Hal2 kaitan lelaki. Belum terlanjur je. Tapi tu dulu lah. 5 tahun yg lepas. Tapi aku jd macam tu sebab aku kurang kasih sayang. Memberontak. Selalu kena pukul dekat rumah. Dan aku trauma. Masa ni, aku benci parents aku. Aku selalu doa diorang mati. Jahat kan aku. Tapi lepas tu aku macam trauma dengan lelaki jugak. Aku boleh cakap. Aku tak sosial. Tapi those kind of girls yg senang terpengaruh.

Jadi, aku dah trauma dgn lelaki. Dan trauma dgn mak ayah aku . Diorang bukan setakat pukul aku je. Diorang selalu gaduh depan aku. Memori pasal diorang gaduh jerit2 masa aku kecik, masih segar dalam ingatan aku. Memori aku nangis teresak2 dalam bilik sbb takut, pun masih ada. Bila dah besar sikit. Bapak aku buat hal dgn perempuan lain. Dari assumptions aku dan cerita mak aku, ada je possibility dia tido dgn perempuan lain.

Sakit? Mestilah. Sampai aku dah tak tau nak sakit macam mana lagi. Hati aku jd keras. Tp walaupun macam tu, aku selalu mintak tlg dgn Allah. Mintak dia kuatkan aku. Lembutkan hati aku.

And He did. How?

Aku jumpa turning point aku . Aku dh mula berubah. Join usrah2. Walaupun mak ayah aku mcm tu, aku nekad. Aku nak berubah dan nak diorang berubah sekali. Aku nak kitorang semua masuk syurga sekali. Aku nak lupakan benda lepas. Aku nekad.

But life is not like what we planned.

Pendek cerita, ayah aku buat hal lagi. Adik beradik aku macam orang gila. Mak aku menangis macam orang gila. Kau faham tak, semua orang menangis depan kau. Apa je aku boleh buat? Sikit pun aku tak nangis. Aku cakap tak apa lah kalau mcm tu.

Tapi aku tipu. Setiap malam aku nangis. Aku benci bapak aku. Tp aku rindu kehadiran dia dalam rumah. Aku sayang mak ayah aku tapi aku tahu aku tak boleh pentingkan diri. Aku support mak aku mintak cerai, sebab aku dh tgk dia menderita lama. Hati aku sakit. Hidup aku berubah sepenuhnya.

Aku menangis dgr room mate aku call mak ayah dia. Aku ada mak ayah tapi macam tak ada.

Bila mana aku mengharapkan mak aku, aku dapat tau, dia ada lelaki lain. Sakit. Serious sakit. Tp aku faham . Aku kena adil. Jadi aku cakap dekat mak aku, kahwin lah kalau itu dapat bahagiakan dia . Buat lah.

Tapi akhirnya aku jd tertekan yang amat sangat sampai kena ambil ubat. Yep. Depression. Sebabnya doktor cakap, aku tipu hati aku. Aku tipu perasaan aku.

Lepas aku pulih dari 'sakit' tu, aku mula buat refleksi diri aku balik. Aku mula bersangka baik dgn Tuhan. Aku kuatkan semula hati aku. Jadi skrg, aku terima je mak aku nak kahwin lain. Bapak aku dah kahwin lain. Dia siap bawak anak2 tiri dia jumpa aku. Diorang yg nak jumpa aku. Seronok ada kakak. Reaksi aku? Aku hulur tangan suruh diorang salam aku.

Aku rasa bersalah jugak kt mak aku. Aku bagitau dia tp dia cakap dia tak terkejut. Sebab hati aku mmg macam tu. Ya, bila difikir semula, hati aku yang dulu dgn skrg mmg tak sama.

Memang aku dh berubah. Tp aku jadi trauma dgn idea perkahwinan. Aku suka nak ada anak sebab aku nak besarkan anak2 yg bebas dari sbrg penderaan mental. Aku rasa aku nak bg kasih sayang yg aku ada ni dkt diorang. Tapi macam aku cakap tadi, aku tak suka dgn idea perkahwinan. Lelaki pun tak da yang nak dekat. sebab aku buat orang susah nak dekat dgn aku. dan aku tak rasa ada org nak dkt aku.

paling penting adalah the fact yang walaupun hati aku dah tak sekeras dulu. Tapi hati aku masih rasa berdosa dgn dosa2 lama.

Soal taubat, dekat dgn tuhan semua tu aku buat. Cuma macam aku cakap. Hati. Hati. Hati. Hati aku selalu rasa sakit. Selalu rasa pedih. Walau sekuat mana aku selalu paksa diri aku, ada something dkt hati aku yg susah aku nak explain. Itulah. Hati aku.

– Perempuan

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Hidup ini mmg hati kena carik2 sampai pedih kaw2 , pernah rasa, da ujian Allah mmg Sgt sakit…x pyh menafikan, terima je , sabar byk2, setiap manusia mmg Ade dosa Sbb kite x maksum Dan suci …amalkan zikrullah selalu, beribu Kali, insha Allah hati akan rasa tenang, kerana dgn mengingati Allah , hati tu akan pulih ..

  2. When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.

    Walaupun ujian sebegini yang awak terima, awak masih punya ibu. Masih punya ayah. Tak tahulah cara nak awak semangat semula. Berat lagi bahu yang memikul. Tapi percayalah, dugaan yang datang ni tak lain untuk buat awak matang. Ada ujian yang lagi besar tengah menunggu.

    Cuba awak buka surah Ali Imran ayat 200. Ada surat cinta untuk awak.

  3. Masa depression ada undergo psychotherapy dan counselling session tak? If you still need it, go to get it.

    Apa yg pntg, teruskan bercerita kepada kawan2 yg boleh support. Jgn pendam :)

    Dan yg lg penting, luahkan pada Allah. Baguslah kalau dah byk bertaubat. Teruskan dan raih peluang utk dekatkan diri dengan pencipta hati :)

  4. Jika kamu tahu apa yang Allah beri disebalik masalah yang dihadapi nescaya kamu akan berharap hidup ini bermasalah sahaja kerana yang disimpan oleh Allah adalah lebih baik dari apa yang diberi

    Habib Ali Zainal Abidin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *