hati anak kecil

ibu aku dah meninggal awal tahun lepas akibat breast cancer. after a year sakit teruk. ibu tinggalkan babah, abglong, abg ngah, aku dan adik aku yg kami panggil baby. baby ni oku. dia tak boleh bercakap. a.k.a bisu. dan dia pun ada masalah kesihatan jugak. abg long sekarang kerja kat luar negara. abg ngah pun study kat luar negara.

after 8 month ibu pergi, babah mintak izin nak kawen dari ktorg. ibu tiri aku tu sebaya dgn babah. kawan babah masa sekolah. ada 4 org anak dan dua darinya dah nikah. ktorg tak kisah asalkn ibu tiri tu boleh jaga baby dgn babah. aku n abg2 dah besar, boleh survive sendiri. aku pun dah kerja.

ibu tiri yg kami gelar umi, baik orangnya. dia jaga babah dgn baby baik jugak. makan pakai semua terjaga. tapi masalah umi ni, senang terpengaruh. anak sulung umi, kak A jarang masuk campur urusan family. tapi kakak no 2, kak S sangat suka hasut umi. baru2 ni suami kak S diberhentikan kerja atas masalah rasuah. so kak S dgn family pindah duduk rumah ktorg.

kisahnya bermula bila aku beli kereta baru, kebetulan babah baru pencen. kan orang pencen dapat sejumlah wang yg banyak. dan babah pulak pegawai kerajaan gred tinggi. tapi kereta tu aku tak guna satu sen pun duit babah, semua duit sendiri dan abg long aku tambah sikit untuk deposit. kereta lama arwah ibu , myvi aku bagi umi guna sebab nak senangkan dia pergi mana2. si kak S ni hasut umi kata aku dan babah hanya bagi sisa pada umi, sedangkan aku dapat kereta baru. umi pulak terpengaruh sampai merajuk taknak cakap dgn babah. tapi umi jenis cepat sejuk sendiri.

kisah kedua, kak S dan suami duduk rumah tanpa kerja. babah jenis tak boleh tengok orang takde kerja, so babah suruh diorg tlg umi berniaga. babah ada bukakkan satu kedai dobi utk umi. diorg sbb kerja tu takde class. diorg mintak kat babah duit sebab nak buat modal bisnes. rm15k tak silap. babah pun bagi je tanpa siasat. rupanya bisnes tu bisnes asap je. duit tu diorg buat pergi bercuti kat langkawi. babah masih diam.

sekarang, diorg masih duduk disini, tapi diorg dah kacau aku dgn baby. baby tu baru 8 tahun, ada sakit jantung. diorg kerah baby jadi hamba abdi diorg. diorg buat masa umi dgn babah keluar. diorg suruh baby basuh pinggan mangkuk diorg makan, kemas bilik diorg, dan diorg berani naik tangan kat baby.baby tak melawan sbb dia bisu. dia pasif. tapi aku tau sebab badan baby lebam. dan baby ada tulis diari. menitik airmata aku baca apa yg diorg buat. kami pun tak pernah angkat tangan kat dia sebab dia tak pernah buat perangai.

baru2 ni sebelum raya baby masuk wad. umi yg teman dia. lepas tu kak S dtg jumpa umi kat hospital. umi ikut kak A balik tinggal baby kat hospital sorang2. babah ada tanya, umi kata "awak jaga la anak awak sendiri." aku heran kenapa umi jadi macam tu. sedangkan kami tak pernah layan umi macam org luar. abg long hire maid utk umi, maid tu lari sbb tak tahan dgn kak S dan gangguan seksual dr suami kak S. baby je umi jaga. tapi masa ada maid kami jrg suruh umi jaga.

lagi dua hari nk raya, umi cakap dia nak balik rumah lama dia. taknak raya rumah sekarang. baby pun dia tak peduli sgt. rupanya kak S bagitau umi, hasut umi yg babah kawin dgn umi sebab nak jadikan umi maid, jaga baby yg sakit. kalau betul kami nak buat umi macam tu, abg long tak hire maid. aku tak bagi kereta kat umi, babah tak bukak dobi macam yg umi nak. kami cuma mintak keluarga tiri terima baby je. sbb dia sangat perlukan kasih sayang seorang ibu. babah pun ikut umi, raya tahun ni kat rumah umi. tapi umi tak ajak kami pun.

baby , nampak sangat muka sedihnya. harapkan ibu dah takde. ibu tiri pun tiba2 berubah perangai. hari raya pertama, orang lain beraya, kami kemas baju berangkat ke negara org. takpelah dik. biar takde mak bapak, baby masih ada abg long, abg ngah dgn kakcik yg sygkan baby sepenuh hati.

– kaklang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

45 Comments

  1. suh ayah kau cari lain jela, semak ade adik beradik tiri mcmni, mempergunakan ayah kau, dengan laki x kerja, pastu perangai huduh, pasni cari anak dara, yg muda, boleh jaga baby lama sikit, cari yang beragama sikit…. kesian adik kau, ahli syurga tu wei, dont mess up with him…. nanti lagi lama lagi melarat….. semak org mcmni….

  2. Bukan nk hasud..cuma nak ingatkan..tanggungjawap anak2 masih ditangan ayah kamu..terutama pd adik kecik..pujuk ayah tinggal dgn kamu..bukan tinggalkan kamu adik beradik..

    Dr cter kamu..akk S suka menghasud..apatah lg ayah kamu dpt duit pencen..jgn nnt blanja adik kamu terabai dek disebbkan hasutan anak tiri ayah kamu..
    Renung2kan..rambut sama hitam..hati lain2..

    Sdgkan nak bniaga xde hitam putih pun ayah kamu boleh bagi gitu je duit 15k..inikan pulak kalu tinggal sbumbung dgn dorg je..

    Jangan disbbkan isteri..anak2 dia dilupakan..tanggungjawap dia terlupa ditunaikan..bantu ayah kamu..supaya x bdosa..

  3. x slmt idop kakak tiri ko tu sbb nayakan korg…si mak tiri tu pon x sedar diri yg bpk korg sygkan dia…duk pk dia jd maid…haih..nasib la dpt korg sbg anak tiri..kalau aku kat tmpt ko, rsnya mak tiri n kakak tiri ko tu ari3 dpt maki dr aku..geram btul aku baca

  4. Sedihnya..
    Aku dh lalui semua tu..
    Mak tglkn aku waktu aku usia.. 2tahun..
    Dpt Mak tiri pd usia 4 tahun..
    Xtahan d dera.. d benci.. d aniaya..
    Umor aku 9 tahun aku tgl sorang² kt rumah arwah nenek smpai la skrg..
    Ayah aku ade dtg jengok² aku..

  5. Ni adik beradik tiri nakharom.perangai mcm mangkuk jamban.xkenang dek untung..eei..kalau aku masak la kau …x betul tetap x betul..

    Yg mak tiri kau tu pun sama..org tu nak kahwen da kira bagus..sama2la jaga..kira beruntunglah hang dpt suami baru yg baik hati..

  6. Halau je kak tiri s kau tu. Suruh Duk umah umi lama dia. Jgn duk ajak duk serumah. Dh la jenis memghasut. Hasad dengki lg. Laki plak makan rasuah. Eloklah tu.

  7. Saya minta kakak atau abang baby bawakla baby keluar dari rumah tu selagi suami kak S tu ada. Takut kang kena rogol pulak. Sedangkan maid pun dia ada nafsu

  8. selalu nye dgn second wife hati lelaki jadi cair secair2 nya. nah duit 15 ribu nak. buatla apa2. kalo dgn first wife….apa nak duit …!! nak buat apa..!! membazir…!!

  9. tanak komen byk sgt pasal hal keluarga masing2 ni unik kan.

    cuma satu je nak respon… pinjam duit 15k menipu kata nak meniaga ek? sekali bawak pergi bercuti. bercuti pulak ke langkawi?

    langkawi? really??? pergi la oversea dah alang2 menipu tu kan.. haduiiiii la hai

  10. Kalau saya jadi cik,
    Saya buat report polis.
    Takdelah. Face to face. Apa yang cik confess dkt sini, terangkan dekat umi cik tu ha. Mintak babah bawak umi n baby keluar makan. Tunjuk semua diary tu dkt umi. Bagitau elok2. Explain baik2. Biar umi tu faham tau sedar yang anak dia tu yg sbnrnya bawak masalah.

    Kalau umi nak menangkan anak dia si s tu jgk, cerai je lah. Takde mak tiri lagi baik drpd tgk adik dan ayah cik sndri menderita.

  11. Dik.. buat part 2 ye.. akk nk tau sgt pasal baby. Hope baby happy kt sana, sihat…
    Dn akk hrp2 juga mak tiri kamu insaf dn tau citer sebenar, moga bapak kamu juga tau mana kaca dn permata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *