hati icu

Ni aku nak cerita pasal perkara yang menyesakkan diri sendiri. Tiada tujuan buka aib sesiapa mahupun buka aib sendiri…harap admin approve citer aku..
aku baru je berkahwin…dan sekarang tengah mengandung 5 bulan.tak lama lagi bakal menimang cahaya mata..Alhamdulilah..
sejak aku berkahwin ni..aku tiada tempat bercerita ataupun mengadu..biasalah perempuan selepas berkahwin dia akan kekurangan kawan..suami la tempat mengadu..bercerita..bermanja…tapi laki aku bukan nak dengar sangat aku mengadu..hehe sebab aku suka mengadu pasal akak kandung dia..stress aku dibuatnya…
yela kan…akak dia seperti suka masuk campur hal rumah tangga aku..aku dah kahwin la..jadi biarlah segala masalah keluarga aku..aku dan suami je tanggung..
peristiwa terbaru…dia datang rumah aku..boleh dia buka lampu dari ruang tamu sampai ke dapur..bilik dan segalanya..mungkin nak tengok cara aku menjaga rumah..kemas ke tidak..tapi tak elok la..walaupun aku kahwin dengan adik kau..kau tiada hak nak buat macam itu..itu rumah aku…
begitu juga perabot..dia yang akan tentukan…ish ada ke patut..aku kadang-kadang terpaksa mengikut kehendak nya..berhutang untuk membeli perabot..aku tak suka berhutang..dan yang paling menyakitkan kadang-kadang sampai bergaduh dengan suami aku..sebab laki aku macam akan menyokong kakaknya..aku isteri???? siapa nak sokong… aku dah tak tahan..sampai bila akan jadi macam ni..memerlukan sokongan dan pendapat.. insan hati tersiksa..

– hati ku kritikal

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *