Hati Mati

Assalamu'alaikum wbt.

Menjelang akhir Ramadhan, rasa sangat rugi kalau kita tak ambil peluang pengampuanan Allah swt untuk dosa yg lalu dan akan datang. Ada seorang hamba Allah ini mengadu bahawa hati dia MATI ! Bila kata hati mati bukan satu perkara yg main buat saya jadi saya bertanya untuk kepastian apakah benar hati dia mati? risau kalau kita bersangka buruk pada Allah swt. Ya, dia kata hati dia mati.

Sebelum ini dia pernah menjadi orang yg kuat beribadah dan beramal soleh tapi belakangan ini dia sering merasakan setiap tindakan dia tidak ada jiwa dan 'kosong'. Puncanya bermula dari dia tangguh solat kemudian diikuti solat gajah dan kelamaan tinggal solat. Dia juga melihat perkara terlarang. Pada ulanya dia terasa dosa dan kelamaan menjadi kebiasaan. Jadi, walau dia selalu solat dan mengaji atau zikir, tapi dia tidak berasa 'roh' seperti selalu bahkan bukan sahaja ibadah tapi apapa aktiviti dia terasa 'kehilangan'.

"Wallahi aku tahu ini tanda hati mati!"

katanya sangat terasa seolah Allah 'tidak pandang' dia dan 'tidak menghiraukan' dia. Tapi, dia sangat berharap pengampunan Allah untuk ramadhan kali ni. Dia minta pandangan dari ramai ustaz ustazah tapi hati dia tetap berasa tidak puas! katanya mungkin punca hati tidak boleh terima lagi kebaikan katanya,

"semua amalan dan doa yg disarankan tu terasa tak cukup untuk hidupkan hati dah mati ni! aku dah cuba!"

Saya tak tahu nak cakap macam mana, rasa sangat sedih dan useless sangat tak dapat bantu hamba Allah ni. Nampak dia macam kusut dan serabut tak ada hala tuju hanya kerana nak dapat semula pengampunan dan 'pandangan' Allah kepada dia. Allahu,, macam mana nak bantu dia? Saya yakin ada yg berpengalaman dalam ramai ramai yg baca ni.. tolong lah bantu… bulan ni sangat sesuai untuk pengampunan Allah…Allah…bantulah hamba ini..

Saya mohon pandangan, sokongan, kata motovasi sebanyak mungkin dan juga tembakan doa buat hamba Allah ini dan seterusnya seluruh muslimin muslimat diluar saya yg sedang berusaha berperang dengan diri sendiri untuk dapat pengampunan Allah swt.

Jazakumullah khairan jaza'

Allah.. Allah.. Allah..

– Pendosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Buat je solat taubat hajat n tahajjud, istighfar jgn skali2 tggl, even rsa mls atau berat nk bt atau xnak bt atau xterbuka hati nk bt, buat jugak paksa3x diri tu…InsyaAllah lama kelamaan hati tu dpt kembali pada Allah, Allah kan maha lembut, penyayang, pengasih, yakin dengan Allah!

    Oh ye, jgn lupa baca Alfatihah ntuk diri sendiri, confessor pun bacakan juga ntuk kwn tu…1more thing, tiap kali bt apa2 niat supaya hati jd bersih dri dosa, contoh: 1) sambil pungut smpah niat spaya hati bersih, 2) basuh toilet ke pinggan ke, tlg org ke…smoga asbab kita tlg org, tlg agama, tlg masyarakat, fmily n diri sendiri hati makin bersih.

    WAllahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *