Assalamualaikum. Harap admin sudi approve. Terima kasih.
Aku buat confession ni sejurus lepas aku habis baca pasal 'Kosong' tu. Actually, lepas aku baca pasal 'Hati Mati' tu lagi sebenarnya aku nak buat confession ni. Tapi masa tak mengizinkan.
Aku sebenarnya berada dalam situasi yang sama dengan dua confessor tu. Ya. Hati mati. Hidup kosong. Dan aku lost. Aku dah rasa yang hidup aku ni lost. Aku buat baik ke, jahat ke, sama je.
Aku pun macam korang juga. Orang selalu nampak aku ni seorang yang baik. Ramai juga yang bangga dengan aku sebab aku mampu bersabarbatas segala ujian hidup aku. Sampaikan diorang selalu minta kata nasihat daripada aku. Nak jadi macam aku lah. Macam-macam. Yang buat aku rasa aku ni hipokrit gila.
Ya. Aku suka tolong orang. Aku suka bagi nasihat kat orang. Aku suka berkawan dengan makcik-makcik usrah. Sebab tu orang nampak aku ni, 'baik'. Sebab tak semua anak muda suka berkawan dengan orang tua kan.
Dulu kalau ada buat dosa, aku akan buat solat taubat, menyesal. Walaupun lepas tu akan buat balik. Tapi sekarang, entah lah. Lepas buat dosa tu, menyesal memang lah menyesal. Tapi bila nak bertaubat, aku jadi macam 'hm Allah nak terima lagi ke taubat aku ni. Lepas taubat, aku buat balik' aku fikir macam takde guna tau kalau aku taubat. Aku benci dengan diri aku.
Tapi aku usaha juga nak kutip balik rasa nak bertaubat tu. Aku selalu buka ceramah soal taubat, tidur pun aku pasang zikir. Tapi, hati tu. Tak rasa apa-apa. Ya Allah. Aku sedih tau sebenarnya dengan diri aku. Diri aku dah kotor sangat. Aku mudah sangat buat dosa. Dosa yang aku buat sama dengan dosa confessor 'Kosong' buat.
Aku taknak buat, tapi nafsu weh. Kadang aku menangis bukan sebab dosa. Tapi sebab aku tertekan, kenapa hati aku ni keras sangat. Aku kadang sampai doa biar Allah buang nafsu jahat tu dari diri aku. Aku nak jadi normal. Aku taktau kenapa aku ditakdirkan ada nafsu sekuat tu. Aku tak tahan. Serius sedih gila. Ni tengah nangis aku tulis ni.
Sampaikan sekarang, aku rasa macam takde guna aku mohon doa pada Allah. Aku tak rasa yang Allah akan makbul. Tapi aku doa je. Cuma pengharapan tu tak kuat. Aku selalu je amalkan amalan amalan yang patut kita buat untuk bertaubat, tapi paling lama bertahan pun, 2 minggu. Lepas tu, stop.
Entah lah. Aku cukup kecewa dengan diri aku sekarang. Aku anak yang baik, aku kakak yang baik, aku adik yang baik, tapi aku bukan hamba Allah yang baik. Aku pun bukan jenis perempuan yang suka contact dengan lelaki. Tapi, itu je masalah aku. Entah. Speechless. Setiap kali bila tiba Ramadhan, aku excited tau. Aku selalu berharap akan ada perubahan besar dalam diri aku. Tapi hampeh. Seminggu awal puasa je aku mampu kawal diri aku. Tapi Alhamdulillah setakat ni aku belum buat lagi dosa dosa walaupun nafsu tu kadang datang menguji.
Tolong jangan kecam. Aku perlukan tembakan doa daripada kalian semua. Juga komen-komen yang positif. Doakan aku. Doakan aku jadi manusia normal. Doakan Allah buka pintu hati aku.
– Sinner
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
https://www.youtube.com/watch?v=D78chmFqTaY tengok video matlutpi ni. Dengar dialog tu elok-elok. Kalau boleh repeat dengar video tu pasang kuat-kuat tiap hari
I can relate to this.