Hati Seorang Ibu

Assalamualaikum dan selamat hari raya untuk admin dan readers IIUM Confessions. Aku terbaca confession, ‘Menantu dan Mertua’ (https://iiumc.com/menantu-dan-mertua-2/) tadi, so here’s my confession. Untuk confessor tu, you’re not alone.

Aku juga mengalami nasib yang lebih kurang sama dengan confessor tu. Suami aku anak tengah dan ramai adik-beradik, tapi attitude tu lebih kurang sama dengan suami confessor. Tak peduli, acuh tak acuh dan bila raya, biarpun aku beraya dengan anak dan mak aku je, dia tak kira, janji dia dapat balik beraya dengan family dia.

Aku baru berkahwin dalam 6 tahun. Dan selama itu la hal ni berlarutan. Suami aku berusia pertengahan 30an dan aku hujung 20an. Kami berlainan negeri dan aku bekerja. Itu sedikit sebanyak detail tentang aku dan suami.

Pada awalnya memang aku sedih. Terasa disisihkan. Terasa tak penting. Macam bukan bini. Kami kerap bergaduh sebab hal-hal begini. Tinggalkan anak isteri untuk spend time dengan family dia, dikecualikan dalam apa-apa kenduri kendara, tak raya bersama, itu dah biasa bagi aku.

Sedih sebab kita dipilih untuk jadi isteri, bukan kita memaksa untuk diperisterikan. Tapi tak guna nak memaksa jika dalam hati dia tiada aku dan anak-anak. Itu yang aku fikir selepas muhasabah diri.

Banyak kali aku cuba untuk jadi selayaknya isteri, tapi kalau seorang saja yang berusaha dan selebihnya hanya menyerah, nothing gonna happen. Dan aku laluinya sendiri hingga sekarang. Tanpa mengadu kepada sesiapa waima mak aku sendiri. Dan pada tahun ini, tahun ke 6 perkahwinan kami, aku dah boleh move on. Nampaknya dia yang tak mahu berkerjasama.

Raya baru-baru ni, dia balik ke kampung dia seperti biasa. Dia ambil cuti seminggu. Aku dah tak menangis dan anak-anak kami pun dah tak tanya mana daddy diorang. Semua macam biasa. Sebab dah terlalu biasa bila dia takde, kami selalu ditinggalkan.

Pada minggu ini (seminggu selepas raya-waktu aku send confession ni), suami aku bekerja. Dan aku bawa anak-anak kami bercuti di Kuantan dengan izin suami. Mandi pantai. Makan seafood. Shopping. Ya, tak ubah seperti seorang janda anak dua. Tapi aku peduli apa. Jiwa aku dan hati anak-anak perlu penyembuhan.

Walaupun anak-anak tak tanya banyak pasal daddy diaorang, tapi aku tahu mereka mengharap waktu riang ria begini, ada daddy diorang bersama. Bukan aku nak balas dendam, ketepikan, atau belakangkan dia, tapi kami juga perlu digembirakan, dibahagiakan, sama seperti family dia.

Dan aku cipta kebahagiaan tu sendiri untuk anak-anak dengan rasa kesal dalam hati kerana sepatutnya dan seharusnya kebahagiaan itu kami rasa bersama, dan bukan cuma dia seorang dengan mengetepikan aku dan anak-anak.

Aku ada kerja, aku ada kereta, rumah, dan aku boleh survive sebenarnya tanpa dia walaupun hati aku dah tak de dan impian aku dah hancur. Pernah aku rasa nak bercerai seperti confessor ‘Menantu dan Mertua’ tu rasa, sebab fedup nak hadapi ni semua yang berulang sepanjang tahun.

Tapi bila fikir sedalamnya, biarlah hanya aku yang sengsara dan anak-anak aku punya keluarga yang lengkap dan tidak terpisah dari daddy diorang. Sebab bila dah berkahwin dan punya anak dan keluarga sendiri, aku sedar yang hidup aku ni bukan hanya milik aku tapi anak-anak sebenarnya. Aku kerja, aku buat itu ini, demi diorang.

Sebagai seorang ibu, bagi aku, anak-anak adalah keutamaan aku. Apa yang aku buat, apa yang aku kata, aku fikirkan kesannya pada anak-anak. Kita ni yelah dah hidup puluh tahun, macam anak aku tu, baru hidup 4 tahun dan 2 tahun. Baru sangat lagi nak kenal dunia. Aku nak anak-anak aku ada keluarga yang lengkap, tak macam aku.

Semoga semua yang senasib dengan aku terus tabah dan kuat untuk hadapi hari-hari mendatang. Hal sebegini mungkin nampak kecil bagi sesorang tapi besar bagi orang lain.

– I will survive (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *