Aku ceritakan perjalanan hidup aku pertahankan sesuatu hubungan selama 7 tahun.
Nama aku Pika (bukan nama sebenar), aku berkenalan dengan seorang lelaki bernama Zaki (bukan nama sebenar) ketika kami menuntut di dua tempat pengajian yang berbeza di Sabah Aku orang Sabah, dia orang Sarawak.
Awal 2-3 tahun perkenalan, Zaki yang beri aku duit belanja ketika zaman belajar. Yalah, umur kami sama tapi pengajian kami berbeza. Zaki kerja lebih awal dari aku. Dia diploma, aku degree. Sampailah hubungan yang tahun ke 4, sini kisahnya bermula.
Zaki tinggalkan aku dengan alasan jauh & hal keluarga. Masa itu, aku tak tahu apa salah silap aku dimana. Susah senang aku dengan dia.
Hakikatnya, Zaki tinggalkan aku demi seorang perempuan bernama Aina. Dia blocked aku dj fb, twitter, Instagram, WhatsApp, WeChat n etc. Dia tak bagi aku ruang pun. Allah Maha Mendengar, dia dengar doa aku.
Allah tunjukkan kuasaNya. Aina dapat tahu Zaki tinggalkan aku disebabkan dia. Perempuan yang baik takkan rosakkan hubungan orang lain. Dia rasa seakan perempuan yang paling jahat di dunia ni kerana menghancurkan hubungan orang lain.
Aina kenal seorang lelaki ni then dia tinggalkan Zaki semata mata Aina mau Zaki sedar apa yang Zaki buat selama ni salah. (Macam mana aku tau? Nanti aku ceritakan)
Zaki called aku dan bagitau aku, Karma Hits Me. Cuma Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini Zaki called aku menangis disebabkan perempuan lain. Hati aku sedih, ya sedih. Sedih tengok dia menangis gara2 perempuan lain. Sedangkan aku?
Aku masih menangis akan dia. Aku belum move on lagi masa tu. Apalah perasaan aku ketika itu? Sedih, hancur, kecewa, marah. Semua bercampur. Sampai satu tahap, aku terima dia balik. Aku bagi peluang.
Kami bahagia, kami teruskan dengan planning mau Tunang/ Nikah. Hubungan kami lancar, sehinggalah satu hari ujian datang bertubi tubi. Zaki confess dengan aku bahawa dia kenal seorang perempuan, Zaki terjatuh suka, terjatuh hati, terjatuh sayang.
Apalah perasaan aku ketika itu? Hancur, lebur, kecewa. Aku gave up, aku mengalah. Tapi Zaki pujuk aku. Dia sayang aku, dia takut hilang aku, dia takkan teruskan dengan perempuan tu.
Aku maafkan. Aku bagi peluang. Tidak sampai beberapa bulan, Zaki confess lagi sekali.
Perempuan yang sama bernama Azira, dia sayang perempuan ni, dia sayang aku. Tapi aku kata tak boleh pilih dua dua.
Paling menyedihkan Azira tahu kedudukan dia, dia tahu siapa Zaki, siapa aku. Tapi sayang, Azira tak undurkan diri. Kenapa aku yang perlu undur diri? Kenapa aku yang perlu dibuang?
Zaki buang aku sekali lagi, dengan alasan aku jauh & hati dia tiada dengan aku.
Ya Allah. Hancur hati aku. Kecewa aku rasa cuma Allah yang tahu. Susah senang aku dengan dia dari kosong. Dari tiada apa apa, hingga lah kami berjaya ke tahap ini.
Hancur, kecewa, sedih segala usaha pengorbanan aku langsung tidak dihargai selama 7 tahun. Zaki buang aku ketika aku sakit. Ketika aku jauh dari family. Dengan PKPB, aku langsung tak boleh jumpa family aku. Aku kerja jauh dari keluarga.
Zaki tinggalkan aku ketika terlantar sakit. Demi seorang perempuan, dia sanggup buang aku dalam hidup dia.
Suatu hari, Allah tunjukkan segalaNya. Disaat aku terlantar, Azira post story yang dia bahagia dengan orang lain tanpa rasa bersalah. Zaki blocked aku lagi sekali semua fb, twitter, ig & call biasa pun dia blocked aku. Dia lupa kifarah yang bakal ada.
Tidak tahu erti syukur kah? Tidak tahu erti menghargai kah dia?
Aku & family aku cukup baik sanggup terima dia biarpun apa dia buat sebelum ni mnyakitkan. Kenapa ulang benda yang sama? Tidak cukupkah pngajaran yang Allah berikan? Apa salah aku?
Apa dosa aku sampai aku diuji begini? Aku malu, aku bagitau family planning kami untuk kawin tahun depan. Bulan yang dia tinggalkan aku, adalah bulan sepatutnya aku bertunang.
Tapi PKPB, terpaksa tangguh. Cincin sudah ku cari. Baju sudah aku pilih. Aku tak pernah curang. Aku tak pernah marah, aku tak pernah halang apa dia mahu. Aku cuma pertahankan hubungan aku.
Dia susah, dia sakit aku ada dengan dia biarpun aku jauh. Aku tak pernah tinggalkan dia. Susahnya hidup dia, aku ada. Tapi aku tetap tidak dihargai.
Aku Sekarang dalam fasa kemurungan & depression. Doakan aku agar aku lepas semua ujian ni.
Aku sakit. Aku kecewa. Aku hancur. Peluang yang aku beri tidak disia siakan.
Andai jauh dijadikan alasan, usahalah sebaiknya untuk dekat. Bukan aku dibuang. Andai kata mereka baca, sedarlah kamu bahagia atas penderitaan orang lain. Aku tak mampu maafkan.
Sakit yang aku rasa betul betul buatkan mental & fizikal aku down. Aku tinggalkan kerjaya aku sebagai Engineer. Jiwa aku kosong. Hati aku kosong. Semangat aku kosong.
Aku seakan mayat hidup. Aku ada rasa tidak mau teruskan hidup. Dugaan aku terima bertubi tubi.
Aku tak minta jadi begini. Kalau aku tahu, aku tak kan terima dia dulu. Ya, aku bodoh. Sebab sayang aku jadi bodoh. Sebab sayang aku pertahankan hubungan aku. Susah senang aku tidak dihargai.
Aku tahu hati tidak boleh dipaksa tapi yang buat aku kecewa kenapa bawa aku tunang/ nikah?
Kenapa tak pandang usaha aku? Kenapa tak pandang pengorbanan aku? Tiada nilaikah aku dimatanya?
Doakan aku supaya terus sabar.
– Pika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit