hebat nya kau

Assalamualaikum.

Aku baru pindah ke kawasan kampung. Papa aku alhamdulillah rajin ke surau. Surau kampung ni, mostly orang tua je yang ada. Tak pasti la sama ada pemuda kampung ni suka pergi masjid jauh-jauh ke or apa, tapi memang nak cari sorang orang muda pun takde weh.

Imam surau ni, duduk jauh. So dia jarang datang surau, especially subuh. Yes, such a lame reason right…. And imam ni jenis pantang di tegur, kalau orang tegur tajwid dia salah ke kan, maka melentinglah beliau dengan 100 harkat nya dengan jelas tanpa dengung apatah lagi tanda mati.

Anyway, since dia jarang datang surau, orang lain lah yang jadi imam, logik lah kan. Dah dia tak datang kan. Masalah nya, bila orang lain jadi imam, dia tak suka, rasa macam orang tu nak rampas jawatan dia – what the fish? Sampai orang lain takut nak jadi imam.

And ada la sorang abang manis ni, he's a foreigner. Rajin sangat pergi surau. So bila imam takde, dia la jadi imam, atas request dari makmum lain juga. Masalahnya, muncul lah golongan holier-than-thou ni, termasuklah imam tersebut.

'kenapa bangla jadi imam? Tak de orang melayu dah ke kat kampung ni?'

The fish mannn? Hebatnya? Kau rasa kau special sangat ke sebab kau melayu? Kau lupa ke siapa yang cipta bangla tu? Kau hina ciptaan siapa tu?

Ni masalah common antara orang kita. Racist. Takde siapa boleh pilih dia nak lahir sebagai kaum apa. Takde siapa mintak dihina atas kaum yang tuhan tetapkan untuk dia.

Bukan senang nak pegang jawatan. Akhirat nanti, awak akan di soal, amanah ke awak? Responsible ke awak? Berat tau. Jangan la tunjuk contoh x baik, especially if you're holding a highly respected title macam imam. Kalau rasa tak mampu, insecure and dengki je kerja, stop lah. Duduk la diam-diam.

– ie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Masjid2 dkt kg. banyak imam2 yg di amanahkn buat kerja tapi semua pakat2 bagi alasan utk xdtg masjid.. mereka sanggup pertahankn jawtan sebb setiap hujung bulan ada masyyuuuķ..

  2. Imam tak amanah. Mcm kompesor cakap kalau tak leh nak buat letak je jawatan. Imam tak sedar diri. Dah la amanah tak laksana, org lain tlg marah pulak.

    Rasanya imam ada elaun kan?

  3. Kan. Racist sgt.

    Kalau kita melayu sendiri racist dengan bangla yg seagama
    Jangan la bising pulak bila western countries racist dengan Islam.

  4. BERWASPADA DENGAN PENGAKUAN “AKU” Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain.. Hari ini, ramai orang bersolat di Masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan Solat Sunat, menuntut ilmu..tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan.. Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah.. Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (“aku” lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan Iblis Laknatullah daripada seorang Hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada Makhluk yang paling HINA sehinggalah ke Hari Kiamat.. Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para Malalaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah.. hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya.. Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun Ilmu dan Amalan kita lebih banyak daripada mereka.. Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat.. ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya.. Tetapi golongan yang bersifat merasakan diri nya lebih bagus dari org lain ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya.. dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya.. Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini.. Peringatan buat diri yang hina ini dan ahli-ahli Keluarga serta sahabat yg dikasihi sekalian. SILA SHARE DAN SEBARKAN Ustaz Iqbal Zain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *