hebatnya dhuha ke atas aku – 10:48 PM

hebatnya dhuha ke atas aku

Hari tu ade terbaca tentang mereka yang bercerita tentang kuasa dhuha. Now aku nak cerita betapa hebatnya kuasa dhuha iaitu bantuan dari Allah yang sangat dahsyat ke atas aku.

Aku seorang pelajar ipta aliran sains. Selalunya exam pointer aku tak adalah tinggi mana. Tp dekat 3 la jugak. Tapi masa sem 3,pointer aku bawah 2.0. Yes aku tak dapat ptptn. Kau bayangkan macam mana aku nak hidup dengan nak bayar rumah sewa wifi api air ,nak makan ,tambang van pegi kelas. Rumah sewa bukan bayar bulan. Bayar rm600 sekaligus kot. Yuran lagi rm1000. Awal2 dapat result aku menangis teruk bengkak2 mata. Aku tak bagitahu mak aku. Nanti mak aku risau. Sbb aku bukan dari family senang. Nak kata miskin sangat tu tidak la tapi nak tanggung aku mengaji satu sem without ptptn tu tak mudah. Tapi aku terpaksa bagitahu dengan rasa bersalah. And abang aku tahu dan dia kata boleh je dia bagi rm30 sehari. Dia baru je keje dan aku tak sanggup nak susahkan dia. Aku jadi benci dengan diri sendiri dan anggap aku ni anak tak guna. Masa tuu aku marah2 dekat Allah. Aku persoalkan kenapa Dia buat aku macam ni. Walaupun aku tahu aku yang bodoh tu yang dapat result macam tu. tiap kali doa memang aku menangis. Serious aku jarang menangis dalam hidup aku. Tapi aku tak boleh hold masa tu. Aku rasa dunia aku gelap.

entah macam mana aku tergerak nak berniaga online. Sebagai dropshipper. Tapi aku buat suka2 je. Masa tu peniaga online tak ramai macam sekarang. Awal2 tu aku dapat dalam rm20-30 je sehari atau seminggu. Tu pun aku dah happy sangat. Masa tu henfon pun C3 weh harapkan fb je la. Smartphone takde sebab aku bukan orang berduit. Suprisingly untung aku meningkat dengan cepat. Daripada 20-30 sehari jadi rm100-200 sehari. Dan meningkat hingga rm400 lebih sehari.Kau bayangkan la sape nak bagi kita banyak tu saje2. Betul2 tak disangka. Aku speechless. Aku tak tahu nak ucapkan apa pada Allah. Aku rasa nak menangis. Aku sebak dan terharu Allah tolong aku sampai macam ni sekali walau awal2 dulu aku selalu berkelakuan teruk pada Allah. ALLAH BETUL2 BAIK dengan orang yang teruk macam aku.

Untuk pengetahuan aku memang dari awal masuk u dah start solat dhuha. Aku start buat lepas dengar lagu nasyid doa dhuha. Aku dok hafal lagu tu je semayangnya aku tak buat. Lepas tu aku selalu tengok mak aku buat kat rumah. Aku terikut. Dan aku sangat2 gemarkan ketenangan yang kita dapat dalam solat dhuha. Rasa sunyi dan nyaman. Harmoni. Susah nak cerita la korang kena try. Cuba buat dalam pukul 10 pagi. Dan mungkin yang aku dapat masa tu adalah result daripada dhuha yang aku buat. Allah lepaskan pada waktu yang sesuai. Pada masa kita benar2 perlu baru kita hargai pertolongan Allah tu.

Pertolongan dari Allah sesungguhnya jauh lebih banyak dari yang yang perlukan. Aku ni berniaga tak bagitahu kawan2 pun. Tapi diorang pelik apasal aku macam banyak duit. Aku memang tak de masalah kewangan lansung masa belajar. In fact aku siap bagi pinjam kat abang aku, bagi duit kat adik aku yang tengah belajar, beli macam2 supplement kesihatan untuk ma abah aku, topup kan adik and ma aku tiap2 bulan, belikan tiket flight dekat rm1000 utk family sebab masa tu emergency kena pegi kl, belanja kawan2 aku. Aku ni memang jenis suka belanja orang walaupun time aku takde duit mana pun. Bukan ape tapi aku Suka tengok dorang happy dapat makan free. Dan aku memang sentiasa belikan makanan untuk kucing kat rumah sewa aku. Bukan makanan kucing, tapi nasi + ikan goreng tiap kali balik kelas. Kawan aku selalu cakap aku suka menyusahkan diri sendiri tapi aku rasa bagi makan kat haiwan pun salah satu cara menjemput rezeki. Bukan begitu? Lagi satu jangan kedekut nak sedekah. Ada balasan rezeki yang tak disangka2 untuk kita.

Aku cerita bukan sebab nak bangga mampu cari duit banyak dan sebagainya. Aku cuma nak galakkan kita semua solat dhuha. Sebab aku dah rasa kesannya ke atas aku. In fact aku rasa sangat perlu kita solat dhuha hari2 untuk tunjukkan rasa syukur kita pada Allah. Buat je dua rakaat sehari. Dan jangan la tidur pagi. Kita tak tahu kesusahan apa yang bakal kita alami dan percayalah keajaibannya akan berlaku bila saatnya perlu. Dan aku taknak korang jadi macam aku mengeluh marah2 bila ada masalah dalam hidup. Rasa bersalah nanti. Lagi satu bila kita solat dhuha urusan kita dipermudahkan. Minda yang tenang tu pun satu bentuk rezeki tau. Banyak duit pun tak guna kalau fikiran tak tenang masalah bertimpa2. Aku minta maaf panjang benar aku tulis. So aku rasa sampai sini aje lah aku doakan kita semua istiqamah dalam berbuat kebaikan insyaAllah. Assalamualaikum.

P/s jangan lupa solat dhuha ^^

– jemah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *